Tuesday, January 26, 2010

Ummi Nak Madu Tak?

dalam kehidupan kita sekarang (atau dari dulu lagi) madu adalah perkara yang penting. kat mana2 kita dengar pasal kelebihan madu. bila sesuatu buah yang ada madu dinbelakang nama buahnya tentu sedap. contoh? jambu madu, nenas madu, salak madu, belimbing madu, belimbing madu dan lain2 lah. nak aku senaraikan satu2, alamatnya tak tidurlah aku malam ni. pendek kata, ada madu je gerenti sedap.

cuma jangan kita lupa tentang makna sebenar madu. err.. maksud aku hasil madu lebah. berkat kesabaran dan jerih lebah2 mengumpul madu2 bunga, maka terhasilah madu lebah. khasiat madu lebah? sangat banyak. antaranya? woi samdol, biarlah aku cerita. tak payahlah nak asyik kacau daun.

madu lebah ni dapat menyihatkan tubuh badan, meningkatkan daya tahan penyakit, penawar demam, batuk. ia juga katanya baik untuk menguatkan tenaga kelakian. so far rumah aku memang tak pernah kehabisan stok madu lebah. ooo.... mestilah, kena selalu ada sifat kelakian. kalau sifat kelakian dah habis, nanti jadi kepondanan pulak. i tak rela you!!

sambung balik. stok madu aku selalu standby untuk anak2 aku. alhamdulillah, anak2 aku memang susah sangat nak jatuh sakit. kalau kata nak demam atau batuk 2-3 kali setahunpun susah. taulah anak2 sedang membesar, layak ya rabbi. pantang lepa, asyik main luar rumah je, siap berjemur panas lagi.

dalam banyak2 madu di pasaran, aku memang suka madu asli, lebih bagus lagi kalau dapat madu asli dari kuala tembeling. perghh.. memang asli dan power. tapi sesuai dengan namanya madu asli dari pokok tualang dari hutan kuala tembeling. rasanya? tak le manis macam madu bunga yang boleh didapati dari pasaraya. rasanya ada manis, pahit dan macam2lah. harga dia? memang mahal la beb. sebotol lebih rm60 hengget.

terlanjur bercerita pasal madu, aku storilah kisah anak aku dengan madu aku, opss! masa minum madu maksud aku. pernah suatu masa, masa aku panggil anak2 aku minum madu (yg pasaraya je..) aku aku minum tanpa membantah. sedap katanya. aku nak suruh minum sesudupun susah kalau yg pasaraya, manis sangat le. sesudah anak2 menum sesudu madu seorang, aku suruh anak aku luqman panggil umminya turus sama minum madu, nak sihat biarlah sekeluarga kan.

ayah : luqman, panggil ummi.
luqman : (berlari ke arah umminya)ummi, ayah panggil.
ummi : kenapa?
luqman : ayah, ummi tanya kenapa?
ayah : luqman tanya ummi nak madu tak?
luqman : ummi, ummi nak madu tak? ayah tanya.
ummi : sape ajar ni. gatal nak kawin lagi la tu.
ayah : la... marah buat ape. ayah cuma tanya nak minum madu ni, kalau tak nak ayah nak simpan aje.
ummi : ye la tu. sebenarnya nak kawin satu lagi tu.
ayah : tengok, kesitu perginya otak tu. abang tak de niatlah nak kawin lain. tapi kalau ayang paksa, abang terpaksalah....
ummi : (berlalu masuk bilik dengan muncung yang boleh diikat).


IZZI ADVERTIZING------------------------------------

http://www.bioasli.com/?id=izzi



http://www.bioasli.com/?id=izzi

2 comments:

pB said...

biasalah ...

nurazzah8 said...

Salam...apa khabar? lama tak berkunjung ke mari...

hehehe...kes ni sensitif oiii...orang kata sarang lebah jangan dijolok...

Madu memang manis...tapi bermadu itu ada pahit manisnya...(ewahhh..bukan dari pengalaman sendiri lah..dari pembacaan dan pengalaman rakan2)
Anyway... jika bermadu disertai dengan iman dan berlandaskan ajaran Islam yang sebenar.. ia akan menjadi terlalu manis... saya perhatikan sendiri ada 3-4 couple sahabat baik saya sendiri... even dia dan madunya boleh sama-sama tolong-menolong memasak dan menjaga anak bersama-sama...provided that the HUSBAND MUST BE VERY ADIL DAN SAKSAMA.... pandai menguruskan rumahtangga...
tapi spt akak cakap...my friend and her madu both really menghayati Islam yg sebenarn-benarnya...I salute mereka... if that happens to me..I don't know whether I can react the same thing .. huhu...