Friday, December 18, 2009

Maal Hijrah

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana kita masih dipanjangkan usia lagi dan dapat menghirup udara tahun baru hijrah. kepada orang Islam yg tak pasti apa makna dan kenapa ada tahun baru hijrah ni, bukak la balik buku adik2 atau anak2 kita yg dalam darjah 6 anggur tu. kalau tak faham, dan malu nak tanya adik2 dan anak2, tolong pergi jumpa pak ustaz.

hari ni aku tak de apa2 special, dan tak gi jalan mana2 pun. bukan tak nak bawa keluarga jalan2 tapi kereta aku hantar workshOp sebab tukar cermin depan (windscreen). alhamdulillah, nasib baik aku ada insuranskan cermin tu, kalau tak mau dekat seribu ringgit terpaksa aku habiskan untuk membayar cermin tu. ada insurans, insurans bayarlah.

cakap pasal insurans, aku baru menukar perlindungan insurans iaitu medical kad ke takaful ikhlas. kebetulan kawan sekolej aku masa di kolej eon, uum dulu yg promote. aku terpengaruh, dan menukarnya. may be itu antara hijrah kecik yg aku buat untuk melindungi diri dan keluarga aku. bayar lebih murah dan coverage lebih tinggi. sekarang fikir untuk tukar polisi insurans nyawa pulak.

dalam aku nak menukar insurans, aku juga sempat memujuk beberapa rakan untuk sama membeli insuran melalui kawan aku tu. kawan lelaki la, tolong dia dan menolong diri aku sendiri jugak. aku beli insurans untuk diri aku, dan dalam masa yg sama aku membantu skil memujuk aku. alhamdulillah, dah 2 orang yg berjaya mendapat manfaatnya. cuma kedua2 tu memang dah tahap tua bangka pun masih tak ada insurans (he.he.he.. jangan terasa hati pulak bro). yang paling best ada yg tanya kalau masuk insurans bertahun2 tapi tak kemalangan, tak ke rugi? aku cakap, kalau masuk polisi mahal dan tak mau rugi, mati lah sekali. kemudian tengok berapa banyak dapat duit pampasan. la... tak mau pulak diorang mati accident ke hapa, tau sayang nyawa dan tau yg nyawa tu mmg tak ternilai harganya.

dan itulah konsep insuran secara kefahaman aku. kita bayar untuk simpanan masa depan dengan harapan kita hidup lama untuk merasai duit simpanan yg akan matang. dan jika umur pendek, orang2 yg ditinggalkan tidak terseret dalam kesengsaraan hidup. apa yg mereka dapat nanti biarlah dapat membantu mereka meneruskan hidup, dan anak2 dapat belajar dan juga hidup tanpa melarat di kaki2 lima atau terpaksa menagih sedekah untuk belajar dan meneruskan hidup.




IZZI ADVERTIZING---------------------------

4 comments:

Mak Su said...

maksu tgh skodeng2 bebrp insuran untuk dibeli

Jard The Great said...

salam maal hijrah... =)

Anonymous said...

Hello !.
might , perhaps curious to know how one can collect a huge starting capital .
There is no need to invest much at first. You may commense to get income with as small sum of money as 20-100 dollars.

AimTrust is what you thought of all the time
The company represents an offshore structure with advanced asset management technologies in production and delivery of pipes for oil and gas.

It is based in Panama with structures around the world.
Do you want to become really rich in short time?
That`s your choice That`s what you really need!

I feel good, I started to get real money with the help of this company,
and I invite you to do the same. It`s all about how to select a correct companion who uses your funds in a right way - that`s it!.
I make 2G daily, and my first deposit was 1 grand only!
It`s easy to start , just click this link http://yhurerajyj.o-f.com/sugakut.html
and go! Let`s take this option together to get rid of nastiness of the life

ezzati said...

insurans mmg penting..kt tatau mse dpn ni kann