Wednesday, July 1, 2009

Wayang Special Di Semporna (Sabah)

Minggu ni kepala otak aku rilek sikit. minggu buat gaji dah berakhir. so, boleh tumpu pada xtvt lain terutama training dan disiplin. stock take pun dah selesai semalam, setelah senin dan selasa HR department pun kena buat stock take untuk stationary couting. kali pertama bagi department aku buat stock take stationary. atas permintaan syarikat, aku layan je lah. jangan golak, value stationary simpanan department aku banyak ye... puluh ribu yo, ringgit malaysia bukan rupiah!

malam ni ingat nak tonton wayang transformers dengan luqman. beria2 dia nak tengok. nak beli dvd, rasanya masih copy cap ayam lagi mutunye. ingat nak cari mana2 bapa2 lain yg nak ikut sekali. lagi ramai lagi best.

cerite pasal tengok wayang ni, aku teringat kisah lama aku tontong wayang kat pekan semporna, sabah. dah lama dah. may be tempat tu dah takde lagi dah. dulu2, masa first night dulu... opss! first time pegi sabah (bukan takat first time, kali berikutnyapun asyik2 tengok wayang je kerja aku)aku banyak xtvt merayau dan tengok wayang. sesi recruitment biasanya belah malam apabila aku akan pergi dirumah orang2 tertentu untuk sesi briefing ttg ke'best'an kerja kat company boss aku. sesiapa yg setuju nak datang semenanjung, keluarga dia kami bagi rm100 sebagai saguhati. tiket kapal terbang kami tanggung. tu jauh aku berjalan tu, sampai kg gajah, bugaya dan macam2 lagi. tak lupo sampai gak kat keningau, tawau, kudat dan macam2 kawasan lagi lah. lupo dah namonyo.

belah siang, masa untuk rileks. nak rileks pebende kalau jam 6 pagi kawasan hotel cino aku duduk tu dah riuh dengan pasar pagi. mandi, sarapan dan lepak kat tepi laut dekat balai polis semporna tu lah. ala area floating chalet tu (ada lagi ke?). biasanya pegi seminggu, sebab aku tak dibenarkan bercouple dengan orang belah sabah dan sarawak (ala masa kat 'u' aku ada suka budak sarawak. tapi takde jodoh)aku pendamkan rasa hati padahal meleleh air liur tengok anak2 gadis semporna yg putih melepak dan suka pakai baju tande lengan tu. ada gak orang hubungan syarikat nak jodohkan aku dengan gadis sabah yg aku tengok sangat cantik. iras2 camelia gitu. siap offer diri untuk membantu mengahwinkan aku dan merahsiakan dari pengetahuan org2 semenanjung. mereka kata undang2 sabah dan semenanjung lain (ye ke??)nafsu aku dah setuju tapi sisi baik diri aku kata tidak. sebab dalam dunia ni lebih ramai orang kata 'tidak', aku kata tidak pada perkahwinan sembunyi2. aku bujang lagi masa tu.

dah lari tajuk lagi? ala cam tak biasa pulak menda ni jadik kat blog aku. bace je lah apa aku tulis. potong stim lah kamu!

ni aku cerita first time aku masuk panggung wayang kat pekan semporna. tiket wayang disana agak murah rm1.50 ke rm2.oo hengget je per show. atas dasar ingin belajar kebudayaan orang, aku masuk panggung. cerita cine. dari poster diluar macam cerita best je. aku tak tau best ke tidak cerita tu, tapi sebab dah takde menda nak buat, aku belasah masuk je la. tiket rm2 hengget. ala panggung yg masih guna kerusi kayu boleh lipat tempat duduknya. free seating. aku ambik saf depan. diorang guna laser disk. bila wayang dah nak start aku mula nampak (aku suka toleh)ramai orang masuk. majoriti couple atau orang muda. dan masing2 ambik port berjauhan antara couple. nak projek la tu... lantaklah.

jeng..jeng..jeng.... cerita cina bermula. cerita dah start 10 minit, haram aku tak faham apa. subtitle pun tak ada. kemudian, keluarlah adegan2 romantis yg agak keterlaluan. adegan ranjang. parts celah kangkang diblurkan, tapi yg atas.... memang jelas. apatah lagi aku duduk barisan pertama. memang atas muka aku je lah. astaga! aku mula malu, dan menutup muka dengan jari2 aku. untuk elak aku terlepas scene, aku tengok2 movie tu melalui celah2 jari yg terbuka.

30 minit berlalu, jalan2 cerita asyik2 nak ranjang je. cilanat betul. aku bukan masuk panggung haram sebab ia terletak tengah2 pekan semporna. yg terbesar di semporna lagi. pagi2 buta lagi. masa wayang masih ditayangkan, aku dengan macam2 bunyi pelik. aku dengar2 betul2, bukan dari wayang. aku jadi takut, adakah panggung itu berhantu. aku toleh belakang, mak aii! hanya aku saje yg menonton.

aku ketakutan, dan bingkas bangun. aku meluru keluar dari panggung sambil mata meliar kiri kanan agar selamat keluar. suara2 asing lagi jelas, dari cahaya samar2 aku berani2 takut menolah kearah deretan kerusi yg terlipat. CILAKA!

patutlah aku sorang je duduk atas kerusi. yg couple2 tu rupanya lebih selesa menonton sambil berbaring dilantai. haram jadah! buat movie sendiri kamu ye bah! aku tidak mahu bersetongkok dengan mereka, aku ambil keputusan kembali ke tempat duduk aku dan menonton wayang sampai habis. rugi wooo beli tiket mahal2 tapi tak tengok. he.3x....



IZZI ADVERTIZING--------------------------------

24 comments:

Jard The Great said...

hhahhaha.. aku pernah dok semporna dulu...

pernah gak gi panggung yg ko sebut tu.. bapa bawa satu famili tinguk.. cam aram!!!

huhuhuhu........

Ms.Lilies said...

uik...tu panggung watch n learnt kot wakakaka

izman said...

jard the great,
astaga! patutlah otak ko pun dah tercemar.

izman said...

ms lilies,
aku tengok je, praktis lepas beberapa tahun kemudian.

julietchun said...

dorang baring atas lantai tu beralas ngan sokabar ke?hehehe.

izman said...

julietchun,
la... lupa nak tinguk dekat2. mana la aku nampak wei...

Jard The Great said...

eh.. masih suci la otak aku.. huhu..

Rayz said...

wei... apasal cite bab masuk panggung tu ko tak cite kat aku dulu... ni pi cite bab beli pedang samurai..

joegrimjow said...

bagi dieorg
lagi untung buat wayang sendiri

izman said...

jard the great,
aku tau ko masih suci lagi otak. saje aku nyakat. he.3x (gatai)

izman said...

rayz,
ye ke aku tak crita? saje malas bagi ko pegi sana. ha.3x... syiok woo..

izman said...

joegrimjow,
may be. kang melekat kat situ baru padan muka depa!

Unknown said...

ekk?? bleh yeee gituuu... gile ganas....

Kapten Luffy said...

kakaka

memang lumayan

nurizan said...

patutnya ko rakam je aksi2 ranjang yang kat lantai tu buat kenang kenangan ler.. haha

Nur a.k.a admansyah said...

Ko boleh concentrate ker Bro tgk citer tu di samping ada `soundtrack' menyemak tur??? ishh..

Tingat citer my fren yg tgk wayang kt selatan Thai. Setat citer terus adegan R**j***g. Mmg c*l*ka!!!

DaliaLiyana said...

dok semporna leh tercemar ke??? confuse la...huhuhuh....

Mak Su said...

Ya Allah!!! menonton sambil brbaring? giler konsentrate... kah kah kah

KV said...

betul2 menghayati tu.

cendawanintim said...

aku sampai sekang tak pernah masuk panggung wayangggg!!

haruan tasek said...

tu le lain kali jangan main nonton je filem tak tau...ha...ha...ha

Unknown said...

Ramai semenanjung kata sabah tak maju itulah inilah,well diakui....selama 17 tahun hidup tidak pernah aku nampak panggung di semporna...kecuali layar di kedai mamak itupun kalau siaran sukan.......kali kalau dia cakap stadium percaya juga yg lain...hebat cerita mu brad

Unknown said...

Huhu..d kawasan mana kau jumpa panggung d semporna

izman said...

Night stalker :
kisah ini dah 20 tahun kot. semasa itu di pekan semporna memang ada panggung wayang laserdisk. boleh rujuk orang sempurna. boleh rujuk komen pertama tu, orang yang pernah duduk di sana. bukan satu panggung, tapi ada 2 atau tiga. tak silap tiket depan cuma rm2.