Thursday, July 30, 2009

Kisah di Restoran Makanan Segera (Part 1)

semalam, atas ajakan rakan sepejabat aku ke mc donalds port klang. saje dia ajak makan2 sebab walaupun sepejabat tapi dia banyak kerja luar. pompuan? jantan daa.. kalau md c ni, aku cam biasa memang tak leh lari dari double cheese burger. dia pun pilih set cam aku jugak. tak de yg special, cuma chit chat pasal dunia kerja, dan dunia sekarang. nak ngumpat2 orang? manalah aku reti ngumpat. aku cuma reti mengeji je. kuang.3x...

cerita pasal md d atau fast food ni, ia dah jadi culture di malaysia. asal nak makan, kita ingat fast food tak kiralah kfc, mc d, marraybrown, a&w, pizza hut dan banyak lagilah. anak2 kita dari kecik kita dah ajar, tu yg tarik muka 14 bila diorang nak makan kita tak nak pegi tu (budget dah abis).

aku yakin korang ada banyak kenangan kat restoran makanan segera ni, cam tu lah aku. terlalu banyak. dari kenangan bercinta, blind date, dengan kawan, keluarga dan sebagainya. aku kongsi sikitlah beberapa kisah aku di restoran makanan segera ni :

kisah 1
masa ni aku duk kat teganu. kerja kat emporium HKS kuale teganu. budak pasaraya cam aku mana a da duit banyak, hari2 makang kat kg tiong. kalau hari gaji mulalah makan sedap sikit, kami ke a&w kat bangunan permint, ala sebelah emporium tempat aku kerja je. suatu hari duit takde, tapi geng2 aku nak makang a&w juge. kami tong2 duit. pastu adik aku and the geng yg pegi beli, tapau je lah. suruh beli apa aku dah lupa tapi mesti ada makanan dan air sekali.

lepas diorang beli, diorang keluar. aku perhatikan diorang duduk bising sama2 mereka kat luar restoran. aku panggil.

aku : kenape?
kwn aku : natang orang dalang tu dok bui air.
aku : mu mitok air mende?
kwn aku : air apple.
aku : kalu mu oder, tok kang die dok bui.
kwn aku : ye.. mang. aku oder. dok caye mu tanye adik mu imrang.
aku : doh gitu, mu masuk balik la tanye die.
kwn aku : ok. jom imrang temang aku.

selepas seketika :
aku : dapat air apple?
kwn aku : dok. die kata doh bagi.
aku : bagi aku resit?
kwn aku : (menyuakan resit)
aku : mane ade mu oder air apple. mu ambik apple pie ni.
kwn aku : doh apple pie tu bukang air jus apple ke?
aku : mu ni dok skoloh ke? apple pie tu kuih yang dalang die inti apple.
kwn aku : aku mane fahang dok die tulis omputeh. aku ingak apple pie tu air apple.
aku : dak pe lah dok jadi nok buat guane. dulu mok mu suruh skoloh mu lari. kite gi beli air tebu je buat minung. makang tak dok air, cekik mapoh!


kisah 2
masa ni aku kerja kat apm. hari sabtu tak kerja, tapi kalau ada urusan penting, HR manager aku paksa aku datang kerja. sabtu agak free sikit la. aku biasanya datang dalam jam 10 ke 11am selepas abis cerita kartun dragon ball kegemaran aku.

suatu hari staff pompuan ofis aku mintak aku tolong belikan mc d kat port klang. kebetulan masa tu aku nak keluar beli sedikit barang untuk projek gardening kat kilang. rasanya jam pukul 10 pagi kot. dulu mana ada 24 jam, jam 9 atau 10 pagi baru bukak restoran. staff aku tu order breakfast set.

org mc d : selamat pagi. boleh saya bantu?
aku : pagi. bagi saya breakfast set satu.
orang mc d : err.. breakfast set? mana ada encik?
aku : tak de ke?
orang mc d : memang takde encik. ini je set kami ada (sambil tunjuk menu)
aku : (dah kemaluan yg amat besar tapi cepat2 cover)ye ke takde? masa saya duduk US (amerika syarikat) dulu, saya pagi2 cam ni memang ada.
orang mc d : kat sini tak de encik. tapi saya pernah dengar kat luar negara memang ada. diorang bukak 24 jam encik.
aku : betul tu. takpelah, bagi saya set mc chicken, dan nugget.

nota kaki : aku baru balik oversea? baru balik penang ada la... kire over the sea jugak la.

12 comments:

julietchun said...

sian kawan ko kempunan nak minum air apple,kekkekekeke. kalo makan kat kedai harus perati menu btl2, kalo tak phm baik tanya.

izman said...

julietchun,
aku setuju, menu kadang2 mengelirukan (menipu pun ada).

air apple tukar jadi air tebu. he.3x

ima shhs said...

siang2 kawang mung tuh...kui..kui..kui..;))

Relevan said...

He he..ko suka mc donald ke iz?..kwn lak suka ayam kentocki..tp semua Amerika tuuu..guane?..

Nek Cun said...

Fast food ni sebenarnya tak elok sangat kalu makan selalu kerana dia boleh buat badan jadi obesiti... tapi bila dah lewat dan tak sempat nak masak, perut pulak dah keroncong, apa lagi... balun ajer ler... masa tu dah tak ingat pasal obes ke tak obes ke... hehehe...

secangkir madu merah said...

kesiannya mamat teganu tuh..

izman said...

ima shhs,
memang kesian, termasuk akula.

izman said...

relevan,
suka, tapi jarang2 makan la.

abis tu semua dlm negara kita milik org luan, dah camaner!

izman said...

nek cun,
betul tu. tak leh jadi kebiasaan, tapi bulan ni saya dah lebih 3 kali. kena diet balik ni.

izman said...

secangkir madu merah,
memang kesian kat dia kak, air dengan pai pun tak kenal.

Kapten Luffy said...

nasiblah aku jarang sangat makan fast food ni

izman said...

monkey d luffy,
aku makan kalau ada duit je..