Friday, July 17, 2009

Megi Baldi

he.3x.. ada yg terkejut ke aku kutuk kawan2 aku terutama si saiful, dan khairul dalam blog ni? jangan pelik, tu biasa tu. mereka dah terbiasa, dan orang yg aku kutuk2 tu adalah sahabat2 baik aku. mereka2 ni pun adalah subcriber blog aku. no heart feeling la... pada aku sahabat ni tempat kita boleh buat lawak kasar atau 'bergurau biawak' kata orang kampung aku. tak faham? gurau ganas la, termasuk kutuk mengutuk, pukul memukul dan sewaktu dengannya.

crita bab kawan2 ni aku teringat kisah suka duka bersama kawan2 masa duduk hostel dulu. masa tingkatan 4,5 dan enam atas. masa tingkatan 6 rendah, aku duduk rumah. duduk hostel adalah suatu saat yg best 24 jam dengan kawan2, bermain tanpa jelingan ibubapa. tapi ada warden yg memerhati. ada juga senior yg menjeling. paling tak syiok duduk hostel ialah makanan. makan sedap cuma sekali seminggu iaitu hari sabtu. hari lain? ikan jaket, telur goreng berminyak, ikan kukus, sayur tak sedap, serba serbi tak bestlah!

yg bagus, bila ada ramai kawan2 senasib. bila lapar macam2 lah idea mc gyver keluar. kawan yg ada berkakak angkat dengan pekerja dewan makan asrama ditugaskan menggoda kakak2 angkat mereka, mintak telur, roti, atau sekadar suruh masak nasi goreng. tapi aku storilah sikit antara makanan yang paling aku tak leh lupa masa aku duduk hostel dulu, makan mee segera aka megi.

biasanya bila dah ujung2 bulan, sementara menanti duit kiriman keluarga, hanya serdak2 megi segera yg tertinggal. bila nak studi, dewan makan pulak buat taik, makanan tak sedap! camana nak studi untuk exam. otak perlukan oksigen dan zat makanan yg cukup untuk main spirit of the coins sampai pagi. opsss! maksud aku nak studi sampai pagi. nak makan megi sorang2 kesian lak pada kawan2 yg dah papa kedana. so, kami kumpul kawan2 yg ada megi segera ni. dalam 7 orang group aku tu, biasanya adalah 4 orang yg masih bersisa megi nya. kalau tak cukup korum, kami carilah sape2 yg nak masuk geng. dapat megi dalam 10 bungkus dah cantek! buleh makan 20 orang tu.

cara dia? kumpul semua mee segera yg ada. macam2 jenama ada megi, vits, cintan, pama, dan lain2. cari baldi, pegi basuh baldi dengan sabun, dan bilas dengan air panas yg disediakan diasrama untuk membunuh kuman2 dari dalam baldi yg biasanya digunakan untuk merendam pakaian tu. biasalah budak asrama, bukan rajin membasuhpun. kalau rajin, rendam malam jumaat, basuh pagi sabtu. kalau malas lagi rendam dengan 'kao attact' semalaman dan esoknya cuma bilas. he.3x..... kalau dah ada title senior, tempat aku senior dipanggil 'menteri', bulehlah suruh adik2 basuh. tapi aku tak! (he.3x).

dah melalut lagi. ok, baldi yg dah disamak tadi, bolehlah diletakkan semua megi yg ada, patahkan kecil2 untuk lebih afdal. masukkan air panas secukup rasa. tutup mulut baldi dengan surat khabar yg diambil dari perpustakaan asrama. gunakan banyak2 surat khabar agar partikel zarah udara panas dapat mengembangkan mee semaksima mungkin. biarkan dalam 10 minit. kalau lama sangatpun bahaya jugak sebab mee terlampau besar kembangnya. silap pandang dah macam cacing kerawit. campurkan semua perencah, gaulkan dengan menggunakan pensil atau pen. pastikan dakwat tak masuk dalam adunan, kang makan megi warna biru perisa dakwat cina pulak. dah sebati adunan, agihkan pada fakir2 miskin yg kelaparan itu. bekas makanan budak asrama semua gerenti ada lah.

sedap makan megi tu disulami dengan air teh kakak dewan makan yg biasanya dibancuh satu tong besar tu. lepas makan, otak dah segar, apa lagi! main uno lah! opss... maksud aku kita ulangkajilah!


Gambar hiasan : geng ketua2 biro asrama smps bersama warden dan pengetua. aku? berdiri nombor 5 dari kiri. kalau dari kanan, aku nombor 5 jugak.

argh... rindunya masa time duduk asrama dulu.

13 comments:

ije said...

kenangan tul bila ingat kisah tinggal kat hostel masa sekolah2 dulu. =D

Yunus Badawi said...

Kenangan yg sukar dilupakan kan?

Asrama anak aku tak kasi budak2 makan megi terutama bila nak periksa. Jadi bila balik rumah mereka sebat habis2an mee segera hehehe

kuchalana said...

kekekeke... kehidupan diasrama cukup mengajar kita erti kehidupan...

aku pon dulu masak dalam baldi.. kene satu hari tu.. silangau yg buat meggie tu lupa yg ada stoking dalam tu.. ko tau la masak lepas kol 11 mlm.. slalu lampu dah kene padam... jd nak cepat xda la dia perasan ada barang lagi dalam tu...

yg best org last yg nak amek kuah lebih terperasan ada stokin bola dalam tu... nak wat camna.. smua dah masuk perut... kekkekeke

Monkey D Luffy said...

hahaha

makan megi berjemaah memang best

izman said...

ije,
betul... seronok kalau ada experience dok hostel kan...

izman said...

yunus badawi,
tak kasi makan megi? siannya! mmg ada camtu, diorang kata makan megi lemahkan otak. aku tak setuju.

izman said...

kuchalana,
ada stoking dalam megi baldi geng ko dulu? ish.3x..... tak dapat aku bayangkan. kalau aku mau muntah ijau. tapi sedapke??

izman said...

monkey d luffy,
betul. lagi sedap kalau mmg betul2 kebuluran.

Abang Long said...

Jangan selalu makan megi baldi, nanti badan jadi macam baldi ... hahaha

- j o h a r i - said...

zaman skool la paling seronok skali kan..kalo la bleh blk ke satu tahun yg lalu, aku nk sgt ke tahun 2001..kitalah bintang masa tu kan

Nek Cun said...

Izman, makan megi ketika duduk di asrama adalah satu kemestian. Tak sah dan tak duduk asrama namanya kalau tak pernah makan megi. Tapi bila dah berumahtangga, janganlah amalkan lagi... malu ooooo!....hehehe...

NONIE AZIZ said...

kalau ko ngorat kakak yg keje kat kantin hostel aku ngorat anak tokei mamak kantin sekolah aku...tiap2 petang makan free sodap plak tu..kalau kat hostel punya kantin makanan dia macam kat speital kerajaan punya makanan...tak sedap langsung!!!

cendawanintim said...

yang ikan jaket aku tak tahan tu, baling kat dinding belum tentu hancur!