banyak jugak poksu aku beli, tapi aku cuma ambik rm10 je. ikut hati mmg nak beli banyak tapi tak mampu nak bayar muatan lebih. yg beli sebelumnya dah sekotak besar, beg pakaian lagi. keropok lekor ni berat wo. keropok lekor tu pun aku malas nak beli tapi moksu aku yg paksa aku bawa balik. macam2 dia bekalkan aku, dengan kuih frozen yg diusahakannya, keropok lekor, dodol, keropok keping. tapi aku tolak sebahagian besarnya. ambik sikit2 je buat syarat. nak tolak semua kang, kecik ati moksu aku. lepas mami aku meninggal dunia, moksulah paling rapat dengan aku. masalah aku senang aku crita dengan dia, malah masa aku kena bomohkan oleh suatu perempuan dulu, moksu dan poksu akulah yg beria2 ubatkan aku. Alhamdulillah, aku sembuh selepas berubat dengan bomoh kat gong badak dan yg kat pahang. dan lepas dari itu aku masih tak serik2 lagi sehinggalah aku berkahwin. dah kahwin, aku dah jadi baiklah!
lepas beli keropok lekor, paksu aku bawak aku pegi melawat tempat bersejarah terbaru negeri terengganu iaitu runtuhan stadium sultan mizan.
paksu aku offer nak tolong ambik gambar aku didepan stadium tu, tapi aku malu. kalau runtuhan stadium rom ok lah. paksu aku ajak pergi dekat stadium pun aku tak nak. MEMALUKAN!
bila "MASA DAH TIME" dengan berat langkah (sebab barang banyak sangat, tu langkah perlahan) paksu aku hantar aku ke airport yg jaraknya cuma kurang 10 minit sebab ada berpuluh trafic light.
perjalanan macam biasa, dalam masa 50 minit. sampai lcct adik aku dah menunggu. lepas dropkan adik aku kat rumah dia, akupun drive balik ke rumah aku. seronok tengok anak2. masa kat teganu aku tak le risau sangat tinggalkan family sebab adik ipar aku dan seorang anak saudara menemankan family aku dirumah.
seronok dengar luqman bercerita dan bertanya itu dan ini. masa aku balik, pika tengah tidur diruang tamu. mengikut isteri, dah jenuh pika bertanya bila ayah nak sampai. sampai tertidur! kesiannya anak perempuan kesayangan aku. sambil borak dengan wife dan adik ipar menikmati kopi panas dan keropok lekor asli ikan tamban, si pika mengingau dan menyebut "Ayah! ayah". sayunya hati aku. aku pangku diriba, pika celik mata, memeluk pinggangku dan kembali tidur. Tidurlah! ayah juga rindu kalian.
17 comments:
situ ek kepok yg sedap....lenkali pi sana aku nak pi situla...
anak2 yg rindukan ayah mmg camtu...laki aku balik outstation lom sempat bukak kasut anak2 dah hantar report masing2...
all of u are 1 happy family.
semoga Tuhan panjangkan kebahagiaan ke hujung hayat
Ms aprt 1, ko beriye slang ganu but msk part 2... dh jadik KL balik! cehh..
I Love Terengganu... I love keropok!
Touching plak ending story ko nie... hu..hu..
kena bomoh?? ngeri lah plak mendengornyer.
posisi mengambil gambar sama je cuma lokasi ngan accesories je ada beza.. haha
malu ker stadium negeri ko runtuh
hahahaha
kita pun dah lama jenguk ganu..apa khabar agaknya orang sana?
sronoknya gi tengganu, tak gi jalang2 ke masjid kristal ke? mesti gi tuh.. anak2 rindu kat ayahnya, uminya?
salam, nak sikit kepok boleh?...
eh..baca emel dari akak ya...
Kak Azzah8
Aritu ko letak posting pasal telur penyu tu , abis aku kena badi ngidamkan telur penyu. Maner nak carik kt kl ni... Masa lunch gi kat restorn MZ kat depan KL International hotel tu, tapi itu pun takde gak... hampeh tul
aku ingat tempat bersejarah baru yg ko cakap tu betul, hampeh,kekeke.
syahdu ko rindukan anak2.
isk.. sedey nyer part yg anak u panggil ayah tu.. huhuhuhu...
sayu ati aku bila baca part anak ko rindukan ko tuh...alahaiiiiiii
klu ko bawak balik kopok lekor tu byk, kompem lagi mahal drpd kopok lekor kat kl... caj flight kan main mahal.. :D
oohh...... baru paham. yang jauh didekatkan, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula anak kesayangan :)
p/s: maksu ingat nak tidoq kat TC beach ler, tq :D
sedapnye kepok lekor
waaaaa
nak jugak
Post a Comment