Sunday, July 12, 2009

Jalan-jalan Ke Genting Highland (Pahang)

ha.3x.... agak bersawang blog aku ni, beberapa hari tak ber-up2date. bizi (alasan!).

balik dari teganu minggu lepas, banyak betul acara dan kerja memerlukan komitmen. balik, dah flat screen. makan dan berehat2 bersama keluarga je. so, dah ada masa ni aku update panjang sikit lah ye. lagipun aku baru balik dari genting highland.



sebenarnya trip ke genting ni bukan plan. tadika anak aku, luqman plan nak buat trip ke melaka pada 11/07/09 (sabtu). kerana delivery system dia slow, aku cuma tau tentang trip tu pada hari isnin, itupun sebab ada kawan yg anaknya sekolah tadika sama bagitau. anak aku tak dapat surat tawaran rombongan. hari selasa dah tutup offer, dan masa aku setuju nak joint, mereka kata tawaran dah penuh. 2 bas yg disediakan penuh? ini bukan lawatan budak tadika ni, ini lawatan sedara mara ni sampai ada ibubapa tak leh joint. anak aku merajuk sebab kat tadika kawan2 asyik cerita nak gi melaka.

ala, anak aku bukan batak pun nak gi melaka, tiap2 tahun kami pergi, dah yg terakhir end last year dan bermalam kat chalet. cuma bila2 kawan2 luqman asyik bercerita tentang lawatan, anak aku mulalah buat muka sedih balik tadika. malas nak berkira dengan anak2, dan nak pastikan mereka gumbire, aku buat trip ke genting pada 10/07/09. aku ajak adik aku, imran joint sekali. kebetulan sebelum tu dia asyik tanya bila nak jalan2 lagi. since diapun tak pernah gi genting, aku ajak gi genting je lah. dekat.


Gambar : Keluarga imran bersama mak mertua, adik ipar & bapa saudara isteri. imran berdiri kanan sekali.

awal2 pagi 10/07/09, aku dah sampai gohtong. aku park kereta kat hentian skyway genting kerana family aku sepakat naik cable car. keluarga imran yg excited first time ke genting guna kereta sampai puncak. aku naik cable car sebab luqman beria2 nak naik cable car. masa gi sentosa island (singapore) last year aku tenguk suka sgt luqman naik cable car. aku risau pika nangis sebab masa kat sentosa island tu pika sgt2 takut naik cable car. Alhamdulillah, anak perempuan aku si pika dah bertambah berani. tak de feel takutpun. terbang duit aku rm25 ambik gambar family dalam cable car.



sebab well plan walaupun singkat. biasalah orang HR, terer bab2 plan ni (puji diri sendiri). keluarga aku dan keluarga imran yg termasuk mak mertua, adik ipar, dan bapa saudaranya sama2 daftar masuk. daftar je, bilik masuk petang. kami gi main2 kat outdoor theme park dulu.


Gambar : depan outdoor theme park (dari kiri : luqman, pika dan sepupu mereka; irfan & marsha.

bagi aku dan isteri, lawatan kali ni just untuk layan anak2. kami bukan nak main untuk diri sendiri lagi. since wife dah 7 bulan lebih pregnant, akulah yg kena temankan anak2 dalam setiap permainan. kalau ada permainan yg hanya 2 orang buleh main dalam satu masa, terpaksalah aku main dua kali. mainan2 wajib yg aku main termasuklah game naik kuda, cawan berpusing, kapal terbang, gajah terbang, dan semua mainan kanak2 yg org tua buleh join sekalilah. bukan semua menda aku boleh joint, mainan redeo kuda tu aku tengok je sebab anak2 yg main. kalau aku berkeras nak main juga, mampos aku kena humban bawah gaung tu.



banyak gambar masa bermain aku tak dapat publishkan sebab ia dalam digital camera adik aku, sebab kali ni aku bawak camera digital slr canggih model olympus E-420 yg aku pinjam dari sepupu aku. nyesal tak bawak camera digital cikai aku. so, aku cuma dapat rakam gambar org lain la, untuk rakam gambar aku, adik aku yg rakam guna camera dia. ingat mula2 tu nak bawak tripod, tapi beg sandang penuh makanan anak2, dengan beg kamera yg pelbagai accesories,dengan nak pimpin dan dukong anak2 lagi, tak dayo eden! anak perempuan aku si pika lepas kena tinggal masa gi teganu minggu lepas, susah betul nak berenggang. lepas tangan dia je nangis, takut kena tinggal lagi la tu! sikit2 nak dokong, alahai anak pompuan!

since ini kunjungan aku yg tah keberapa puluh, aku dah tak excited nak main games (dah takut). aku cuma perhatikan adik aku imran dan keluarganya leka mencuba ini dan itu. games yg tak pernah aku main cuma space shot, dan mainan baru iaitu superman tu. lain2 tu dah main. space shot dulu aku pernah nak main, aku beratur panjang. bila dekat2 turn aku, aku tarik diri. mana taknya, orang2 yg main sebelum aku tu buat hal. turun je space shot ada yg muntah, ada yg kencing dalam seluar, dan ada yg terpaksa dipapah sebab lutut dah lembik (alasan orang penakut!).
wife aku lagi best, cuma main mainan cawan je, itupun lepas aku janji takkan pusing cawan2 tu. asal anak2 gembira, kami dah seronok.

dalam jam 3pm, kami gi check in. sebab aku reserved guna genting worldcard, aku dapat bilik tingkat 11, manakala adik aku yg request bilik besar dapat tinggat 7. kami check in, rehat, solat dan makan. kemudian sambung main games lagi.



untuk makan disini kami banyak pilih fast food je. adik aku yg kali pertama datang memang terkejut dengan harga makanan disini. ala aku masa first time dulupun terkejut jugak, tapi cover sebab gi ngan awek. bila dah kawin, bawa isteri dah biasalah. dah tau ceruk rantau genting, eksyenlah ngan wife sebab dah khatam jalan.
siang malam asyik mentekedarah makanan segera, dah kfc pilihan utama.



itupun nasib baik jugak aku dah ingatkan keluarga aku dan keluarga imran agar bawa bekalan dari bawah bukit, sebab harga atas bukit melampau. imran macam tak percaya, tapi may be malas nak lawan cakap abang kerana takut kena sumpah mula percaya. nasib baik kami masing2 dah beli air mineral, air kotak, makanan ringan dan sebagainya. bayangkanlah harga air mineral botol besar dah rm5, burger rm4.50, nugget rm3.50 dan sebagainya. bagi yg kaya, oklah. tapi yg marhaen macam aku ni terpaksalah budget. tapi pegi dengan budak2 biasalah, ade je menda diorang nak. kejab lolipop, kejab popcorn, kejab nugget, kejab belon.... terpaksalah ikutkan. ada jugak yg aku tak layan, meraung jugak si luqman aku tak belikan dia mainan. mainan kecik je, harga rm35 hengget, padahal kat pasaraya cuma rm7 hengget. nasib baik pika ok, asal aku dokong, semua mainan tak penting.

sebelah malam, lepas makan kami masih jalan2. kali ni belah dalam pulak, first world indoor games. anak2 yg seronok bermain, dan bapa budak yg terkulat2 membayarnya. biarlah, asal mereka happy.

genting sebelah malam agak sejuk, tapi aku heran anak2 masih selesa tidur tak berbaju. aku berbaju ke tidak?. ish.3x... soalan budak darjah 3 anggur betul.

awal2 pagi bangun solat subuh. mujurlah ada hot shower. lepas mandi aku ambik keputusan jalan2 sekitar genting. dengan bersenjatakan camera, aku pusing2, sarapan kat mc d, ambik gambar pemandangan yg cantik. aku gi sorang je, wife jaga anak2 yg masih tidur. adik aku dan keluarganya aku tak mau kacau. hirup udara segar. cuma setengah tempat agak lagi berkabus sebab wujudnya manusia menghisap rokok. dalam pkul 8am, barulah aku kembali ke bilik dengan sarapan dan surat khabar. seronok tengok anak2 masih lena sambil diawasi isteri. dalam 180 keping gambar yg dapat aku snap sepanjang di genting. dan dari jumlah itu, tiada satupun gambar aku. waa... sedihnya. gambar aku bersama keluarga semua dalam camera imran. satu2nya gambar keluarga yg aku bawa balik ialah gambar dalam cable car. jadilah!

dalam jam 10am hari sabtu aku dah check out. aku singgah dekat tempat mainan token tu. imran pegi tapi tak main. anak2 aku mana lepaskan peluang. seronok anak2 main games. cam biasa ayahnya kena bayar. sesekali bolehlah, kalau selalu botak kepala ayah nak cari duit. kat genting ni semua berbayar, dan mahal lak tu.


untuk menaikkan nafsu korang agar bercuti2 dalam negara, ni aku sertakan beberapa keping gambar di genting. nak banyak boleh, tapi kawan2 yg pakai pc dengan connection lembab terpaksalah tunggu 3 hari untuk bukak semua gambar nanti.ha.3x...






dah bosan main (dan budget dah habis), kami turun ke alam nyata semula menggunakan cable car jugak. masuk kereta, anak2 yg kepenatan terus masuk mode beradu. sebab dah lapar, kami singgah hentian awan besar makan tengahari (tengahari kebenda dah jam 2pm). dan balik rumah lah. perjalanan kami memenatkan, tapi melihat senyuman di wajah2 anak2, aku rasa trip ke genting adalah berbaloi.




"Segala-galanya ada di Malaysia, pergilah melancong".

17 comments:

Ms.Lilies said...

aku baru bawak apak mertua aku aritu...kalo dia pun rasa syok apatah lagik budak2 kan...

secangkir madu merah said...

izman, memang sronok klu dapat bawak anak2 berjalan makan angin..keluar duit utk melihat anak2 gembira berbaloikan?...

Monkey D Luffy said...

rasanya iklan kena guna pengaruh budak ni

senang nak untung

haha

Nur a.k.a admansyah said...

Bro... aku suke ayat ko yg last sekali tur... heh..heh...

Aku pun dah lama X bwk 3A jenjalan, dah terbayang Genting sbnr-nya! dekat & menghiburkan!

Abang Long said...

Nanti kita melancong ... tunggu emel ya ?

ILA said...

aku pulak
tunggu jajan dari genting!!
nak gakkk!!!!
keskesss

- j o h a r i - said...

hajat di hati mmg nk gi genting..tapi byk plak tempat mainan yg x sesuai utk ibu mengandung..so kena la gi tmpt lain..

izman said...

ms lilies,
mmg seronok budak2, makayah tumpang semangkuk la.

izman said...

secangkir madu merah,
mmg berbaloi kak. nak keluar negara tak mampu, kat malaysia pun dah ok.

izman said...

monkey d luffy,
sebab tu la iklan byk guna kanak2 dan pompuan; mereka inilah yg mempengaruhi keputusan org lelaki cam kita ni. mereka merengek je kita dah tak keruan. he.3x..

izman said...

nur aka admansyah,
bawak, jgn tak bawak. seronok. aku yakin anak2 ko pun mesti suka.

izman said...

abang long,
orait! kalau nak jenjalan, kena sebelum start bulan puasa.

izman said...

ila,
jajan? ko ingat jajan dari atas bukit tu murah? aku tak beli apa2 la... budget kecik je.

izman said...

-johari-
kalau tak nak main, just bawak hirup udara segar genting je. org ngandung hidup udara segar ni bagus.

ku tak sempurna said...

mahal brg2 kat atas tu... susah nak naik kot.. hihihi..

.
.
.
.

tetiba rasa nak gi GH la plak... sejuk lagi ke??

Abang Long said...

Paling tinggi pernah naik ialah ke Cameron HIGHLAND. Jadilah .... high juga ...

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.