Friday, July 24, 2009

Tahi Lalat Suwey

Pernah tak anda jalan2 di pasaraya besar, tiba2 anda disapa oleh orang cina yang menyatakan bahawa tahi lalat diwajah anda pembawa suwey (sial). katanya, tahi lalat di bahagian2 tertentu diwajah kita telah menyekat rejeki atau menghalang kita dari berjaya dalam hidup, kerjaya dan juga cinta.

menda ni pernah terjadi pada aku suatu masa dulu. sedang syiok2 jalan2, seorang apek tegur aku. dia kata tahi lalat di atas bibir aku menyebabkan aku tak jadi kaya. sebagai penyelesaian, dia suruh aku buangkan tahi lalat tu menggunakan khidmat dia. "tak le' sakit ma..., sijijab saje sudah ok" kata apek itu mengumpan aku buang tahi lalat di wajah aku yg dikatakan suwey. bab2 kepercayaan orang cina aku tak nak bahas, sebab kalau aku bahaspun mereka amalkan jugak.

pada aku bukan tahi lalat tu yg suwey, tokey kedai tulah yang menjadikan hari tu aku suwey. satu, nak sumpah seranah dia. kedua, nak berbahas dengan dia yg asyik tak nak lepaskan aku pergi. ada ke tahi lalat pemanis mulut tu dikatakan suwey, tak sayang mulut punya apek. kok ye pun nak berniaga, kenalah hormat orang agama lain. kang silap2 haribulan, kena pelangkung sampai keluar tahi baru tau. dia buta he hapa, tak tengok betul2 peranan tahi lalat tu diwajah aku. nak memikat awek2 masa bujang dulu2, harapkan kekayaan, memang takde langsung. nak harap hensem, pun takde langsung. yang ada cuma wajah hitam manis, dengan lesung pipit serta tahi lalat yang memikat inilah (tolong jangan muntah ye...). tak percaya? ko tanyalah aku sendiri (kuang.3x).


Sumber gambar : http://www.ramalanprimbon.com/wp-content/uploads/2008/10/tahi-lalat.jpg

cerita bab tahi lalat ni, akupun tak pasti ia datang dari mana. ada orang cakap sebab lalat berak masa kecik2 dulu. ye lah, kesana kemari dan tidur, asyik telanjang bulat je... tu yg lalat sempat berak. kalau betul lalat yg berak, kalau tahi lalat besar tu, sebab lalat berak ciritke? apa2pun, aku percaya ada sebab Allah jadikan manusia dengan tahi lalat. kecik cinonet je. aku dulu siap termimpi2 nak ada tahi lalat macam rano karno. manis banget tahi lalatnye. cuba bayangkan tanda2 tu bukan tahi lalat, tapi tahi gajah. pergh! penuh muka gamaknya.

aku pernah tanya seorang kawan cina dipejabat, percayakah dia dengan buang tahi lalat ni. dia kata percaya. malah dia mengaku pernah buang tahi lalat bberapa tahun lepas. dia siap cerita proses buang tahi lalat menggunakan cucukan jarum halus yg menjadikan tahi lalat memudarkan warnakan dan akhirnya hilang. ada kata tahi lalat tu tertanggal, tapi kawan aku ni dia kata dia prefer anggap ia memudarkan warna dan hilang. tahi hilang, tiada lagi kesan tahi dan rasa. apa ko merepek ni setan!

kawan ni siap tunjuk bukti gambar sebelum dan selepas buang tahi lalat. pada aku, masa dia ada tahi lalat lagi hensem. dah buang tu macam pondan pun ada. kuang.3x..

kawan melayu : nasib ko dah tak suwey ke lepas buang tahi lalat suwey dimuka ko tu?.
kwan cina : ada untung? lagu suwey adalah! aku punya bini lagi marah, dia cakap dah jadi orang lain. mak akupun marah.
kawan melayu : bini dengan mak ko marah tu, lantak ko lah. aku tak peduli. soalan aku, nasib ko dah tak suwey lagi ke?
kawan cina : gampang ko ni. mana ada ubah. same je. kerja pun masih tak naik pangkat, gaji same je. main nombor ekorpun tak pernah kena. lagi suwey la...

kesimpulannya, kepada orang Islam tu, toksah lah gatal2 nak ubah2 ciptaan Allah kalau ianya tak mencacatkan wajah kita. ada rahsia disebaliknya. kalau suka sangat ubah2 muka, buang itu ini, bedah itu ini, suntik itu ini kat muka, percayalah suatu hari elok2 Allah jadikan wajah kita rupa orang, kita bukan jadikan ia lagi cantik tapi udah rupa beruk.

Fikirkan lah!!!

8 comments:

sonata anak kancil said...

bersyukur lah dengan ketetapan Ilahi...apa nak risau2kan? itu kan keunikan diri seseorang...kalau seme sama - ala tak cantik la dunia ni!

Jard The Great said...

seb baik tahi lalat aku tak kelihatan..ehehe

Anonymous said...

Banyak2 tahi lalat yg aku ada pun..paling best kat telapak kaki..
orang tua kata...suka berjalan.
Memang kenyataan pun..pantang cuti mesti aku nak jalan(tak mesti gi tmpat jauh)
smpai kan baju tak berlipat kat umah pun aku tak kesah...ehehhh:p


ila

izman said...

sonata anak kancil,
setuju dengan ko. tahi lalat tu antara faktor bezakan seseorang.

izman said...

jard the great,
tahi lalat yg tak nampak? ish.3x... ko buat aku tertanya2 kat manakah ia. jahat la ko jard.

izman said...

ila,
berapa banyak lalat kat rumah ko da.... sampai badan penuh tahi lalat.

ye ke kalau tahi lalat kat kaki suka jalan? aku takde tahi lalat kat kakipun suka jalan, kena check betul2 ni....

ku tak sempurna said...

..... nak memikat awek2 masa bujang dulu2, harapkan kekayaan, memang takde langsung. nak harap hensem, pun takde langsung. yang ada cuma wajah hitam manis, dengan lesung pipit serta tahi lalat yang memikat inilah (tolong jangan muntah ye...).
BLUEEEEEEEEEEKKKKKK... sorry termuntah...

tak percaya? ko tanyalah aku sendiri (kuang.3x).

wakakakaka...

adoi laaaa...


suwey tak suwey bukan pasal tahi lalat...

ima shhs said...

bersyukur itu penting dlm hidup kiter...:))