Monday, July 6, 2009

Balik Terengganu-Part 1 of 2

Alhamdulillah, perjalanang aku ke dan balik dari terengganu berjalan dengan lancar dan selamat. cume balik kampong urusan keluarga, tak de menda pong. sebelum ada yg menyumpah, aku nok mitok maaf pada cendawanginting (http://cendawanintim.blogspot.com)kerana tok ade kesempatang mase nok jupe. xtvt padat do'oh. nok gi jalang2 pun dok dang.

inilah kali pertama aku nak terbang guna air asia. biasanye mas je. kalau obersea tu, mas atau sia je. since murah, dan ada urusang aku cuba air asia le. 04/07/09 aku ke kuale teganu menaiki pesawat dari lcct. adik aku anto gi air port. dari masuk terminal lcct, berjalang2 sekitor, daftar masuk, makang dan sebagainye aku asyik hadiahkang senyumang (senyuman) je. tapi natang harang, semua dok balas senyumang aku. aku jadi maroh, tapi kemudiang baru aku sedor patutlah semua orang dok herang aku senyum. diorang dok napok senyumang aku yg menawang ni. aku paka topeng muluk.

menunggu di lcct mmg membosankan. tempat dah lah tak cantik, kecik lagi. masuk balai pelepasan menunggu naik flight, lagi cam haram. tivi ada banyak tapi siaran macam sial! gambar gile kabur. siaran tivi yg tunjuk gambar orang, tapi kelihatan macam muka beruang. kalau nak budget duit dari pakai tivi berbayar pun, pasang la antena. aku tak tau sape punya tanggungjawab. dua pihak je, kalau tak mab, mesti air asia.

macam biasa aku dengar, air asia memang tak reti tepati masa berlepas. dan ianya betul untuk kedua2 penerbangan pergi dan balik. since aku tak kalut ape dan aku takde pilihan, aku redha je lah! perjalanan mengambil masa lebih kurang 50 minit. dan alhamdulillah, aku selamat sampai ke KT. pok su aku dah menunggu. kita balik umoh dulu.

lepas makang tengohari, mandi, semayang; kami sekeluarge keluo bando. mule2 tu ingak nok gi sediri je, malah nok nyusoh moksu dan poksu aku. tapi diorang beria2 nak bawok aku pusing2 teganu. lame doq balik, takut aku sesak (sesat). anggapang yg tidok baik pade aku, setakak bando tu tempak mainan dan tempak lama aku keje, dok muking sesak punye. aku balik taung lepahpun dok beza sarangpong (sedikitpun).cam biasa,
dok payoh mari teganu kalu doq mari paso payang.






sebab naik flight, aku doq lah borong sakang (sakan). yg wajib tu aku belilah. untuk isteri yg sarat tu, aku beli telur penyu, serunding, keropok ikang, keropok pedah dan sedikit makanang tradisi cam dodol dan toh ape name lagi aku doq ingat. ingat aku je gile duriang, moksu poksu aku pun gile doq gomo buoh deriang. doq maha mane.
keropok macam2 aku beli, dari semahal rm18 sekilo hinggalah yg rm10 12 paket. nok bagi kawang2 opih (office). tu belum kire hok kawang2 oder (order). ade oder kiring duit, ade oder paka air liur. dak pe, aku beli. kalu doq bayo, aku potong gaji (ha.3x... sambil gelak macam org hilang akal).

baguh gi jalang ngan poksu aku ni, bila penuh barang kat tangang (tangan) aku, die ambik sipang kak kereta. tu yang beli dok kabor duik ngalir macamng air tu. sesekali. kalau selalu, botok pale.

doh penat jalang. moksu aku ajok makang bihung sup kat tingkat satu paso payang. dia kata paling sedap kat bando KT.


dari pengamatan aku, gerai tu sangat laris. sup dia sedap. cukup masam manisnya. bihun dia lembut. cuma pada aku kurang asinnya. kalau dia letak hirisan lobak asin lagi sedap.

dah kenyang, sambung pusing2 paso payang lagi. dah penat, kamipun keluar. since aku doq pernoh pegi mydin mall. poksu aku ajak gi mydin mall. ramanye manusie!


doh penat, kami balik rumah. sesi urusang keluarga. belah malamnye, poksu aku ajok keluar lagi. menikmati keindahan teganu. selain pegi pusing2 area universiti darul iman dan univ malaysia teganu, kami juga masuk pasaraya hock kee seng. pasaraya yg aku banyak kenangan. kat HKS jugalah kali pertama kali aku berpacaran dengan cine. liana (aku letak nama melayu untuk pompuan cine ni)mana agaknya kamu sekarang? kalau dulu masa ada wayang best kat rex atau cathay terutama cerita cine, mesti kami pergi. aku ikut je sebagai bodyguard, belanja tiket, makan semua dia tanggung. aku kerja stor, dia kerani. so, memang patut dia bayo sebab dia paksa aku tengok (he.3x). kalau dulu, masa ujung bulan nak tunggu gaji, aku kekeringan... liana lah harapan aku. tak kan nak harap keluarga, malu oo... ngan liana pun aku tak pernah mintak duit dia, aku lelaki sejati. malu mintak duit pompuan. cuma, kalau liana ajak makan aku kata 'dakpelah. dak moh makang. liana pegi la makang sorang" dia faham, dia akan cakap 'mang, awok temang saye makang'. ada ayat tu, memang makan freelah. since aku selalu jugak keluar makan dengan adik aku si imran yg kerja sekali kat pasaraya tu, kami makan free lah. kalau gaji, turn akulah pulak belanja makan. kenalah macho sikit. ajak makan kat restoran a&w atau kafe kat bangunan permint. eh! apsal terfeeling lain ni. dah full stop!

dah puas pusing. kami balik rumah borak anak beranak. sambil2 timba pengalaman ilmu meniaga dari moksu aku. moksu aku buat kuih frozen dan diedarkan ke emporium hks, sri manja dan pelbagai lagi. antara kuih frozen yg dijual dialah samosa, karipap, roti lilit sosej, batang keramat dan apa lagi tah.

hari beransur lewat malam. semua masuk tidur. aku masih di ruang tamu tengok tivi sampai lebih jam 2 pagi. mata tak mahu lelap, teringatkan anak2 yg biasa tidur bersama. lagi sayu wife telefon bagitau anak perempuan aku tidur dengan rajuk yang panjang, tunggu ayahnya tak pulang2. pika ni, memang tiap2 malam tidur di ribaan aku. anak perempuan kesayanganlah katakan. dari bayi macam itulah perangai pika. ingin tidur diriba aku berbanding umminya. kalau matanya sukar tidur, akulah yg mendodoikannya. aku tak biasakan buai untuk anak kedua sebab anak pertama si luqman berbuai sepanjang malam. tidur buas pulak tu, takut jatuh buai. untuk si pika, pilihan lagu2 adalah lagu2 lama yg papa aku pernah nyanyikan pada aku seperti 'lancang kuning', 'tidurlah wahai permaisuri'. kadang2 tu kalau dah bosan naynyi lagu2 lama tapi anak aku tak mau tidur jugak aku nyanyikan lagu jay-jay, rahim maarof, gersang, search dan sebagainya. kalau tak tidur jugak aku yanyikan lagu deep purple atau nirvana. ha.3x...puas hati!

dari aku di lcct hingga ke malam, aku tak tau berapa puluh kali anak2 call nak bercakap. untuk pika, terpaksalah umminya dailkan. luqman sebab dah ada phone sendiri, dia call sendiri je. masing2 leka bertanya bila ayah nak balik rumah. sayunya hati. nasib baik aku dah kurangkan dari 3 hari ke dua hari je. kalau tak, lagi sayu aku.

malam mula menghampiri subuh, mata aku masih segar. nak baring, hati sebak teringat dan rindukan anak2 (ummi diapun rindu jugak). aku paksa diri untuk tidur kerana aku perlukan rehat, esok ada urusan lagi.



IZZI ADVERTIZING------------------------------

17 comments:

Mr PenyuBiru said...

weh! mung balik ganu dok kabor kat ku. kalu dok buleh kirin kepok lekor. err.. bini mug nok wak mende ngan telur penyu tu. ngidam ke? hehe

Ms.Lilies said...

wallaweih....slow giler aku baca entry ko kali ni hahahah....ganu abis languagenya ye...

Mak Su said...

susah nak nyebut nama cendawanintim ;)

izman, kasik ler suggestion skit, hotel gapo ada kat situ, tak mo yg mahal2 ler.

ima shhs said...

wah..behh nyer mung balik gannu... meh kopok leko sket..:))

julietchun said...

aku pun sama cam lilies, merangkak2 membacanya. Kalo gi ganu pahtu dok gi pasa payang rase dok lengkap je pejalanang tu,hehe. Sori mang kalo saloh.

izman said...

mr penyu biru,
mitok maah, dok dang! keje bolok. telo penyu tu rebuh je, bukang ngidang,saje nok makang.

izman said...

ms lilies,
aku saje je. nanti eposid kedua aku guna bahase biase2 je.

izman said...

mak su,
hotel kat mane? teganu ke telok cempedak? konfius. he.3x..

ape2 email saya kat damak_76@hotmail.com

izman said...

ima shhs,
best. tapi tak seronok sgt sebab masa singkat dah keluarga tak ikut. Insyaallah lepas wife bersalin dan lepas pantang, nak gi lagi. kite tengok penyu telor...

izman said...

julietchun,
ko kena belajar, mana tau dapat romeo teganu nanti, senang sebab dah ada asasnya.

haruan tasek said...

wah balik ganu.... kepok lekor le jawapang nya,,,, ada bawa untuk kami ker?.... dengar penyu mangking pupus kat sana betul ker?

arsaili said...

salam bro..sori tak sempat nak contact...trip ke port klang terpaksa dibatalkan ahaha..ada urusan separa rasmi kat sana , ingat selesai urusan leh contact mung, tapi cancel la plak..next time kita jumpa lagi bro

Nek Cun said...

Weh, mung balik ganu dok makang nasik dagang hak makcik duduk tu ko? Alahang, yang hok RM45 rial tuh? Nekcun syok sungguh nasik tuh.. buleh kiring gi beli dok?... hahaha...

Monkey D Luffy said...

aku nak telur penyu

apa rasanya? ada macam telur penyu ker?

hehe

cendawanintim said...

lempang 10 das!!!dush2!!!

aku memang tak ingat date ko nak datang teganu...tup2 ko dah blog out pasal teganu dah...aisehhhh..

nampak gayanya tunggu turn aku plak pi klang la nak jumpa ni!

[S]itie [B]Um [B]Um said...

kite xpernah naik air asia

eiman@nurizan said...

mang, part 2 patutnya guna base ganu trus.. baru terasa keganuannyer..