Thursday, July 16, 2009

Chandayu Rastoran (Pulau Indah, Selangor)

Entry ni sebenarnya agak basi sebab dah berlaku 2 hari lepas iaitu pada 14/07/09. aku dan kawan2 sekilang iaitu ang, anas, saiful, shah, wan maslina, khairul, dan azmir sepakat meraikan hari2 terakhir en. rusli iaitu seorang assistant manager yg akan berhenti minggu ni. ni just utk kawan2 rapat je sebab kami dah selalu lepak bersama. kalau sape2 yg biasa ngan blog aku ni may be perasan aku selalu keluar ngan en rusli ni. lagipun aku dah kenal dia dari apm lagi. lagi best dia jiran belakang rumah aku. dapur rumah dia setentang dengan dapur rumah aku. so, kalau aku nak pinjam tangga, aku jerit je. senang! since dia dapat better offer di shah alam, dia akan kerja sana. rumah masih kat situ lah.

kali ni tempat makan kami ubah sikit. asyik2 bagan seafood, muara seafood. macamlah kat port klang ni itu saje tempat makan yg best.kali ni aku adjust lain sikit. Chandayu rastoran. bukan salah ejaan, itulah nama restorannye. aku tak pasti ia ejaan jaman jahiliah dulu atau ejaan orang laut. abaikan! restoran ni terletak Pulau Indah, pelabuhan klang (selangor).



bagi yg nak datang sini, tempat ni agak tersorok sikit (tersorok banyak sebenarnya). ia terletak selepas jambatan kedua menghala ke pulau indah. kalau orang luar klang tu, korang cari je signboard pulau indah. terus je sampai korang jumpa exit ke jeti star cruise. jumpa exit tu, kena terus lagi sampai jumpa jambatan kecil. restoran tu betul2 tepi jambatan tu sebelah kiri. kalau korang jenis failed jalan2 ni (sama species dengan aku, tapi aku bab makan jarang failed)korang call lah tokey restoan tu di talian 016-2686664 (Izim)atau 016-2502029 (Rafi). kalau segan nak call diorang, call aku buleh tapi kena belanja aku makan sekali lah.


Gambar : orang yg akan berhenti kerja, dan diraikan.

ni sedikit gambar kawan2 yg hadir:-




kawasan ni takdelah membosankan bagi yg minat makan. walaupun agak tersorok dari dunia nyata yg sibuk, tempat ni sebenarnya gateway kepada kaki2 pancing nak nak sewa bot pandu sendiri untuk memancing di laut. so, sambil2 tunggu makanan siap tu, bolehlah nikmati keindahan malam sambil menghidup udara segar (sambil2 bau minyak petrol dan diesel dari bot2 yg berlabuh dan bergerak).



sebab kami semua dalam keadaan sedih kerana sahabat baik akan meninggalkan kami, kamipun tak berapa selera nak makan. kami sebak sampai pilih makananpun tak ada idea. untuk tempahan kali ni, saiful yg order. sebab kami pergi 9 orang, kami buat serba 2 hidangan. payah nak berebut2.


Gambar : Tomyam


Gambar : Udang goreng tepung


Gambar : Udang masak pedas


Gambar : Sotong goreng


Gambar : Sayur kailan ikan masin.


Gambar : Ikan Senangin masak stim



Gambar : Ikan siakap 3 rasa


Gambar : Ketam masak berlada. ada satu lagi yg aku tak ambik gambar iaitu ketam masak kari

makanan dah sampai, tunggu apa lagi. NGAP ajelah!



yang aku geram, orang lain dah abis makan, tapi kawan aku sorang ni tak henti2 mengunyah. species bela hantu raya kot si saiful ni. habis kepala ikan diratahnya. kita saksikan rupa orang yg aku kutuk ini.


lepas makan2, gambar2 ala kadar. sesi ngumpat sikit2, bagi ucapan sikit, dan kemudian baliklah. tak kan nak tidur sana.


17 comments:

ILA said...

Aha..sedap gakkk...menu yg terpamer tu.
Alright..one day!! nak cuba mkn kat sna!!
tak tersedar pula kat situ ada restoran.

ehem2!!! nak testing tart ke??
bley jerrrr...tapi wat marketing tu kena terus jalan..
jgn nak duk diam jerrr...hehe..
bila selalu wat jamuan kat luar tu apa salahnya ada manisan lain seperti fruith tart ke ..cuppies cake ker...dan yg sewaktunya..keskesss

izman said...

ila,
ko nak belanja kawan kena ikhlas la... dengan akupun nak berkira.

ye lah, apsal tak terfikir nak ada kuih2 ni.

Abang Long said...

Esok ajaklah Abang long kesana pulak ... ikan yang distimkan boleh makan apa !!! hahahahahaha .....

izman said...

abang long,
betul ke abg long boleh makan. biasa2 jumpa asyik2 air kosong je. dan asyik2 saje je makan dan abg long tukang tengok. kalau betul nanti kita enjoy.....

Mak Su said...

laahhh, abis tu, sapa basuh pinggan?

AZANI said...

izman:apa khabar,jengok sat.
teringat lak zamanb kita kena behenti dulu,kawan buat makan makan.

~~ciklinn~~ said...

sunguh menyelerakann semua2 tu..harus ku skodeng2 tmpt ni nanti.. hehehhe

salam kenall..

Monkey D Luffy said...

banyak tu = tak ada selera

kalau berselera entah camana plak

hahaha

cendawanintim said...

oooooooooo, kutuk si saiful erk...nanti aku tepon dia bagitau!!!

Cinabeng said...

adusss.. sementara nk tunggu puul 7mlm neh utk dinner kat hotel nan indah neh...

aku dah terliuq tinguk gmbr2 kat sini!! uwaaaaaaaaa... lapar!!!!

izman said...

azani,
biasalah bang, masa org berenti kita raikan. kalau kita berenti, syukurlah kalau ada kawan2 yg ingat dan raikan jugak.

izman said...

-ciklinn-,
jangan tak skodeng! best tau.

trima kasih singgah. dtg selalu...

izman said...

monkey d luffy,
kalau berselera? akupun tak leh bayangkan. ha.3x...

izman said...

cendawanintim,
o... pandai nak report ye! ala si saiful ni sporting! memang hari2 aku kutuk dia, dah kalis dah.

izman said...

maksu,
basuh pinggan? abis yg saya bawak sorang staff pompuan sorang tu untuk ape? dia khas utk basuh pinggan lah! kuang.3x..

izman said...

cinabeng,
ish..3x... semacam je nickname baru ko ni jard.

eleh, makan konon! cakap je jaga badan.

Eugene said...

hi bro, makanan kata sana mahal tak? brp u byr tuk smo hidangan tu? cadang nak p makan.