Tuesday, July 28, 2009

Orang Asli Lata Meraung

Aku masih nak cerita pasal orang asli. kali ini pengalaman aku berurusan dengan mereka. sape yg ingat mereka bodoh, sori. mereka tidak bodoh. malah ada kalanya lebih cerdik dari kita yang bersekolah tinggi ini (aku memang bersekolah tinggi, sebab sekolah aku atas bukit).

ini cerita benar, ia terjadi masa aku jaman sekolah2 dulu. may be form 5 kot. biasalah budak2 kampung, takde kerja pegi jalan2 ngan kawan2. tempat hiburan pada kami kebiasaannya ialah sungai, hutan, dan pusat hiburan (kuang.3x). suatu hari aku dan beberapa orang kawan ke air terjun lata meraung kat sungai kiol untuk mandi manda. sumpah! untuk mandi manda je, tak de niat nak skodeng. apa kat mana lata meraung tu? malas aku nak cerita, korang bacalah kat sini kalau nak tau http://jerantut-pahang.blogspot.com/2008/10/air-terjun-lata-meraung.html

lepas mandi manda, semuanya dah kecut. kamipun balik. dalam perjalanan balik, kami melalui perkampungan orang asli sungai kiol. kebetulan masa tu musim buah. ada durian dan rambutan. durian aku tak heran sebab kat rumah aku banyak. aku tertarik pada rambutan gading. besar2 siot! diorang jual rm5.00 seikat.

ala orang asli. ingat nak jek sikit bagi harga murah. aku letak harga rm3.00.

orang melayu : kamu bagi tiga hengget seikat, aku ambik.
orang asli : tak buleh! 5 hengget seikat.
orang melayu : kamu pokok sendiri, entah2 tumbuh sendiri, atau kamu cari kat hutan, bagi tiga hengget aje lah!
orang asli : mana buleh. apai aku tanam pukuk mutan ni. susah2 aku panjat tadi. lime engget dah kire murah. kalau kat bando, lapan engget.
orang melayu : tige hengget dah. kire kuranglah. orang melayu same orang asli kawan.
orang asli : memang urang melayu same urang asli kawan, tapi anak akuk nak makan. kene beli beras.
orang melayu : ha.. dah kawan, bagi kuranglah! nah tige engget. bak aku rambutan tu (sambil hulur duit 3 ringgit)
orang asli : okeylah. dah kamu nak kurang, akuk terimalah 3 engget (mengambil duit dan mengambil hampir separuh dari buah rambutan dari ikatan tadi dan meletak bakinya ke tanah)
orang melayu : kenapa bagi sikit. kamu tipu.
orang asli : mana ada akuk tipuk. tadi kamu cakap nak kurang, kamu ada 3 engget. akuk bagi rambutan untuk 3 enggetlah.
orang melayu : (mengambil rambutan dan berlalu. terkena aku. lahanat punya orang asli, cerdik jugak kamu yer).

10 comments:

Abang Long said...

Seorang askar bertanya kepada seorang asli yang sedang memancing.

"Banyak ke ikan dalam kolam tu"

Lalu dijawab oleh orang asli "Akuk belum kira lagi..."

ima shhs said...

hahaha...padan muker ko...kui..kui..kui..

relevan said...

Orang asli dh bijak pandai sekarang ni..

secangkir madu merah said...

orang asli skrang pon dah masuk unibersiti tau.. jgn pandang tak de mata ha...

~0~ said...

hahahahhaha....
bijak btol...
xbaik kenakan orang bang kan da terkena...heheheh

izman said...

abang long,
he.3x... terkena askar tu..

izman said...

ima shhs,
tu dulu, cuba sekarang. cukup2 aku belitkan dia.

izman said...

relevan,
betul tu bang. kah' pun 'salute' kat orang aseli ni.

izman said...

secangkir madu merah,
setuju kak. mcm saya cerita kat atas tu, kwn baik saya rupanya ada org asli.

izman said...

'o',
saje nak bagi dia riak je tu. kalau aku lawan balik, tak beli beras la dia.