Wednesday, December 31, 2008

Trip Ke Melaka : Episod Finale di Bandar Hilir

Ini sambungan dari Episod bergelap di KM Chalet dan ini merupakan episod akhir trip ke melaka.

kami sampai awal di bandar hilir disebabkan awal check out dari KM Chalet. kami cuma singgah sekejab utk isi minyak dan breakfast. di bandar hilir, kenderaan adalah sangat sesak, dan memang payah nak parking. setelah pusing2 akhirnya kami park disebelah menara taming sari. nak try naik? orang punya la ramai. yg berbaris je aku yakin lebih 150 orang. kita usha tempat lain dulu yer....

lokasi pertama ialah taman dihadapan muzium2 tu, yg aku tak tau ape kenamanya. cuma anak aku cukup suka tengok keretapi, kapal terbang dan kereta bomba. adegan memalukan di situ ialah bila luqman menangis meraung2 nak naik keretapi. orang2 kat situ semua tengok gelagat aku dan luqman. malu tok sah cerita, tapi kerana anak lelaki kesayangan, aku layan je pujuk luqman. pintu keretapi berkunci, nak masuk camaner. aku cuma pujuk luqman akan bawa dia naik keretapi kat port klang. penat la aku, dulu janji nak bawa naik air asia, sekarang janji naik keretapi pulak.




pastu kami ke a farmosa.




then sebab kunjungan lepas tak naik bukit st paul, kami naik bukit tu. mak aikk.... mengah jugak la. sebab mengah ialah kurang eksesais, perut dah besaq, dan kena dokong pika. oksigen! bila sampai atas, lega lah sebab pemandangan dia cantik.








turun bukit st paul tu, kami dah hilang arah sebab kepenatan. hajat utk ke muzium samudera terasa sangat jauh. sampai kat muzium samudera, panas terik. kami lepak di medan samudera. tempat ni ada menjual pelbagai kraftangan, baju2, topi, dodol, cenderahati, dan ada medan selera. tahun lepas wife dan shopping sakan beli beg tangan mengkuang, baju dan belacan. kali ni aku cakap jangan beli belacan sebab boot kereta pack dengan pakaian, busuk nanti. adik aku sekeluarga shopping sakan, sampai akhirnya tak larat nak masuk muzium samudera.




yg aku frust sangat kat medan samudera ni ialah aku tershopping pisang salai terlalu banyak. ye lah utk habuan kawan2 dan jiran2. dodol sikit je aku beli sebab sikit sangat satu packet, dan dah biasa sgt. pisang salai ni pada aku susah nak jumpa. tapi sayang seribu kali sayang, pisang salai tu langsung tak rasa pisang salai. dah rasa asap api pun ada, rasa minyak tanah pun ada. nak bagi orang, rasa tak sampai hati, cuma pada member2 rapat tu terpaksalah aku bagi key chain dan dodol.

dah penat jalan2, kali pusing balik menara taming sari. orang masih tak berkurang, makin panjang barisan ade la. so, kami ambil keputusan gi next time je. aku tak heran sebab kat sentosa island kat singapore hari tu dah naik. lebih kurang sama je feel dia kot. kami masuk dataran pahlawan mall cari makan. dah kenyang, kami pun bertolak balik. sepanjang jalan kami asyik makan je sebab banyak benor bekalannya.

cuma yg lahanat sikit ialah kami beberapa kali tersesat dlm perjalanan keluar ke hiway. signboard aku rasa tak mencukupi dan mengelirukan bagi org luar mcm aku. banyak jugak signboard yg terhalang oleh rimbunan pokok2.

akhirnya, kami selamat sampai ke port klang setelah 2 hari di melaka. insyallah tahun depan kami akan pergi lagi sebab banyak lagi tempat yg kami masih belum sempat jenguk seperti berikut :-







ok, sekian dulu laporan trip budget ke melaka.

9 comments:

ILA said...

Salam di hari pertama 2009 Izman!!
Cuba tengok kaki kau skrang..
ada rasa 'slim' tak after balik dari melaka:p

jane said...

salam tahun baru.!!

wah....cuti sakan ya.

cendawanintim said...

roger n out...tuk laporan trip ko tuh...

sila posto FM aku!!!!!!!!!!!!!

Mak Su said...

alamak izman, saya baru baca ler episod percutian ni... lupa nak habaq hari tu, km chalet mmg jauh banget dari bandar, ia kat kuala linggi, kalau orng betul2 nak mandi laut saja, mmg sesuai ler, tapi kalu nak ke bandar, mmg makan hati, tempat jauh, mkn pun susah gaks, dulu tu kitorang cari tempat makan sampai kat mana ntah, tapi waktu malam ler, ada muara ikan bakar yang nearby ler. waktu siang, kami paksa tukang masak kat km chalet tu buat mee goreng and nasi goreng utk kami, tapi time tu org tak ramai ler :), kami dilayan ler.

err, sian kat engko lakibini anak beranak, nak tahu, time wealls gi bercuti kat bandar melaka plaks, wealls duduk kat bandar hilir, ada hotel style apartment baru bukak, memang baru bukak bebeno, ada duduk pun omputeh jer, kami dapat bilik RM45 semalam, betul2 dekat ngan famosa, muzium tu semua. :)

moga di percutian yang lain lebih happening buat korang semua ek :)

izman said...

ila,
selamat tahun baru utk ko sekeluarga.

kaki slim aku tak pasti, tapi kulit makin gelap ada le..

izman said...

jane,
cuti budget ciput je.

selamat tahun baru

izman said...

cendawanintim,
FM? aku tak faham (sengaja tak faham).

izman said...

mak su,
actually tempat tinggal aku tak kisah. bab makan payah je kisah sikit.

hari kami pegi cuma kami je bukan group family gathering kat km chalet tu, so enjoy je ape yg ade.

anyhow, kami enjoy trip ke melaka tu. dah tak kan serik utk ke sana lagi.

Anonymous said...

Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!