restoran ni pada aku biasa2 je. cuma lokasi dia tak jauh dari rumah aku menyebabkan aku selalu hang-out kat sini. semenjak kebelakangan ni ada pulak wujud gerai otak2 kat tepi restoran tu yg menyebabkan orang bertambah ramai. maklumlah ramai pompuan2 muda yg tolong meniaga. pada aku baguslah kalau muda2 belajar meniaga, boleh jadi usahawan melayu yg berjaya kelak.
malam tu korum cuma 3 orang iaitu aku, khairul dan tee. since aku dah tee dtg jam 930pm, kami pekena la dulu teh tarik dengan otak-otak. otak2 kat sini dijual rm0.60 satu, dan saiz dia agak gemuk. pada aku secara peribadi, rasanya agak kureng dan orang yg membakarnya tak pandai bakar. dah beberapa kali aku makan kat situ, kalau tak hangus, mesti tak masak. masih berlendir lagi otak2 tu. kalau pilihan otak-otak kat area klang/shah alam; pilihan aku sudah semestinya di restoran char kuew teow jln meru dan restoran sakuna di kampung jawa, klang. kalau pilhan otak2 kategori pantai timur, aku suka kat area ladang, kuala terengganu dan restoran mok naa, kuantan. ni hah rupanya rejeki aku semalam...
dalam jam 1030pm baru lah si khairul sampai, nak tak nak kami tunggu dia jugak sebab turn dia yg bayar. dia sampai, disamping dia order mee goreng basah utk dia dan anak2 dia, dia order otak2 lagi. bila otak2 sampai, aku sekali lagi terpaksa makan otak2.
selalunya group kami berempat, tapi selepas sorang lagi iaitu taufiq berhenti, dia selalu menyibukkan dirinya. selalu tak dapat join utk acara makan2. tak pe lah, may be dia sibuk dan lagi dia tinggal kat pantai baru, KL. jauh tu nak datang.
wife aku tak marah? dia nak marah buat ape, bukannya laki dia pergi dangdut ke hape. dia tau laki dia jenis manusia lurus langgar dinding punya. pada aku, kita kena bahagikan masa untuk keluarga, kerja dan kawan2. lagipun wife aku kenal kawan2 aku. aku saje tak bawa anak2 sebab malas nak dedahkan diorang dengan asap rokok yg tak henti2 kat kedai2 mamak. tak elok utk diorang. lagipun diorang dah dapat habuan masing2. kalau diorang perangai baik, ayah dia akan bagi macam2. sekarang, setiap hari isnin petang, diorang akan dapat beli yakult yg datang rumah ke rumah. dahsyat betul marketing diorang nak lawan vitagen dan solivite. anak2 aku yg jadi penggemar vitagen pun dah mula menyukai yakult. harga yg jual rumah ke rumah pulak lagi murah. since ia bagus untuk perut budak2, aku melanggan tiap2 minggu. kadang2 kalau bukak peti ada lagi yakult yg belum habis, akupun bedal jugak. sape cirit birit dan sembelit, aku syorkan minum yakult.
malam tadi aku tak keberatan keluar minum sebab aku tak de aktiviti. nak tengok crita house, dah season lama. novel tak beli baru lagi. wife dan anak2 akan layan cerita awan dania, pastu crita intan. kedua2 nya aku tak minat, walaupun sesekali ada layan jugak.
lepas abis minum, kami baliklah. then tidurkan anak2, sambil aku layan cerita chuck. aku baru je follow crita ni sebab dah tak de crita lain dan heroin dia menarik hati aku (apa aku melalut ni..).
dalam duq layan tivi tu, kepala merewang jauh tentang dah lama tak pergi memancing di laut. dah lama aku stop, seminggu sebelum puasa stop, dan sampai sekarang belum start memancing lagi. rindunya saat memancing kat pulau ketam, atau sekadar di tepi muara tanjung gila. sebelum tidur aku masuk bilik stor sambil2 intai kelengkapan memancing. masih tip top. bukannya yg mahal, sekadar kelengkapan asas memancing untuk orang2 baru belajar. tunggulah laut reda dulu, aku akan sampai balik ke pulau ketam.
Koleksi Gambar lama, sewaktu memancing kat pelantar memancing di muara tanjung gila.
10 comments:
otak2 mengabang lipot lagik power maaaaa!!
yolah, aku pon tak ske nak sekat xtiviti asben aku...takkan nak duk ngan aku jer selalu...aku ada kawan, dia pon ader kawan...tapi biarlah family come first in any situation...
Eshhhh...kalau aku tak leh lerrr..nak benarkan huby kluar bergebang2 dgn kawan2nya kat luar sangat. Nanti sapa nak layan mulut aku yg jenis pok pek2 ni..hihikk
Dulu lepas kahwin dalam 5 tahun dulu, mmg kerap dia kluar dgn geng2 cikgu.main badminton ler..ngeteh lerrr..tapi skrang tak leh lerrr..anak2 dah pndai demand nak mgepit dgn ayahnya jerrr..hehe
gi sana (Pulau Ketam) tidur kat sana ker balik hari?
salam ijeman,
suka lepak kat blog ni...banyak info kat tepi2 sidebar
cendawanintim,
ye ke, mengabang telipot kat kenai mane ye.... area sane aku mmg familiar.
betul tu, family first (first wife)kuang.3x
ila,
aku pun dah lbh 5 thn kawen, pun agak bebas gak. he.3x.
anak2 nak berkepit ngan ayahnya kah, atau emaknya kah! kah.3x
mak su,
tak pernah tidur kt pulau ketam. biasa pergi mancing balik hari yg sama. naik feri 45 minit je. tapi ramai gak kawan2 yg suka memancing dan bermalam di atas pelantar memancing tu.
jane,
mak aii... nama aku pon ko dah jawakan jadi ijeman.
info yg baik, gunakanlah. yg tak baik tu jgn ikut. nasihatkan penulis blog ni sekali (aku la tu..)
Salam...
suami sy pun rajin juga keluar dengan kekawan... kalau dalam seminggu tak menyembang dengan kekawan pengsan gamaknya... hihihi
naz ilyn,
tq singgah.
biaq pi lah dia. asal dia tak abaikan rumahtangga dah la.
Post a Comment