Thursday, September 18, 2008

Orang Tak Puasa & Restoran Tandas

dalam bulan2 pose ni, tak dapat lari dari kita dengar orang Islam yang tak pose dan makan disiang hari. lagi haru bila kena tangkap dengan jabatan agama Islam, pastu depa pakat pi usung keliling bandar guna kereta mayat. biaq depa insaf sikit. tapi kalau dah muka tebai, buat apa pun depa tak kisah. nanti2 depa gi makan lagi. orang Islam macam ni buat malu orang Islam saje. Sebab tu dari satu segi aku setuju kalau kes orang bukan islam masuk Islam dan murtad, bila depa nak mohon masuk keluar Islam, aku sokong kalau depa diberi keluar Islam serta merta. Duduk jadi Islam apa ke jadahnya. Buat malu kita orang Islam je. apa2pun biarlah ulamak2 kita putuskan apa hukuman dan tindakan pada mereka yg murtad.

Berbalik pada kes tak puasa, kalau korang biasa masuk tandas2 awam (lelaki terutamanya), korang dapat lihat pelbagai kotak rokok, air kotak, jajan, bungkus nasi lemak, mc D, kfc, dan sebagainya. tak jijik kah mereka makan dalam tandas?

Atau mereka dah terlalu maju sehingga tahap macam gambar2 kat bawah ni. mengikut cerita terdapat restoran bernama "Modern Toilet" di negara Taipei. Ia boleh memuatkan 100 orang pelanggan dalam satu2 masa. yang mempopularkan restoran ini ialah ia berkongsep dalam tandas, tiada yang tiada tandas, melainkan tandas belaka.

Aku yakin, kalau ada francais restoran tandas ni kat malaysia, tentu ramai pelanggan tetapnya ialah orang Melayu yang tak posa dan makan dalam tandas disiang hari di bulan pose. Kalau aku? mau muntah hijau 7-8 kali sebelum makan.

















izzi note : thanks azrin untuk email gambar restoran tandas ni.

8 comments:

cendawanintim said...

tak sanggup aku nak makan makanan gitu..

ko sanggup ker??

izman said...

cendawanintim,
aku? bagi duit dan suruh makan kat situ, siap la org tu aku lempang.

arsaili said...

salam..bila kemajuan menghilangkan ke'sensible'an ...isk2

izman said...

arsaili,
tu lah pasal. hilang akal dan moral agaknya.

muadzlife said...

mmg famous pun restoren nih...
penuh sentiasa...

izzti.izztiha said...

wuih..gelinyer..ais krim rupa najis tu yg amat geli tu,,uwekk,,time kasih ye izman,,tp muskil ni nak tanyee..izzti note kt post ni..sape izzti tu??sy pun izzti gak..nk tau sgt jwpn ni le x izman jwbkan kt shoutbox izzti?hehehe,,time kasih..

izman said...

muadzlife,
dlm astro "afc' pun dh beberpa kali keluar crita ni. walaupun nanti ada francaisi restoran ni ka malaysia, geli la nak gi. najis!

izman said...

izzti.izztiha,
izzi note, bukan izzti note. izzi tu singkatan untuk IZman bin pauZI atau easy (mudah). he.3x.

nanti saya jengok korang.