Tuesday, September 9, 2008

Lewat berbuka

Patang semalam (08/09/08), tengah sibuk berkemas nak balik kerja tiba2 ada call bagitau ada urgent meeting. dipanggil oleh executive director. cis! malas betul la, orang dah nak balik ni, teringin nak makan roti jala. sampai sekarang belum rasa lagi kesedapan roti jala. kalau lambat melepas la. lagipun hari tu wife aku tak sediakan kuih.

masuk meeting rupanya berkaitan pre-briefing utk costing sepanjang januari hingga julai2008. aku biasalah kena jawab isu2 berkaitan gaji, overtime, stationary, safety, statutory deduction, donation, allowance, uniform, sundries, housekeeping, training, dan sewaktu dengannya. biasalah syarikat mana suka kalau cost overtime tinggi, tapi productiviti rendah.

so, mana aku kena, aku jawab la. tapi ada juga department yg melenting bila dikatakan overtimenya tinggi. dah facts, nak buat camner. masa ko suruh overtime ko tak fikir, pastu nak bising HR bayar overtime. Mangkuk betul! dah ada approved form utk overtime, aku bayar la. salah ke? yg salah kalau orang buat overtime tapi tak bayar. bodoh tahap kambing betul.

meeting tu berlarutan dgn salah menyalahkan satu sama lain. aku buat selamba je bagitau berdasarkan facts. yg tak bestnya ia berlarutan sampai 3 minit nak berbuka puasa. yg muslim mintak keluar. dibenarkan. biasalah, walaupun rumah dekat je, tapi ada 3 trafic light yg mesti dipatuhi. ambik masa 5-8 minit nak sampai rumah. kalau nak gi kerja memang cepat sebab tak de trafic light.

sampai wife tunggu berbuka sekali, sayunya. berbuka dengan kurma dan terus makan nasi je sebab kuih tak sempat beli. tak pelah, tu je rejeki yang Allah bagi untuk hari tu. wife pun tak merungut, dah faham kerja suami dia.

hari ni (09/09/08), rasa nak demam. hidung mula berair. sah kena selsema. masa sahur tadi nak makan ubat selsema dan ubat demam tapi hidung sampai saat ni masih berair. ni jangkit dengan member seopis ni. redha je la, ini mungkin ujian Allah dan nak bersihkan dosa2 lalu.

hari ni ingat2 nak buat 5S kat meja aku. agak messy sebab baru abis audit ts16949 sepanjang minggu lepas. kami dapat 11 ncr; 2 major dan 9 minor. ok la tu. alhamdulillah department aku lulus dgn baik sebab tak dapat apa2 ncr. yg ditegus masa audit tu biasalah, kenalah improvekan! meja aku atau apa2 barangan aku, aku tak suka orang lain tolong kemas. payah aku nak cari. aku suka susun sendiri. kalau orang susun dan aku tak jumpa cari, mulalah aku nak marah orang. tu yg aku malas suruh orang. baik aku buat.

hari ni, mission buka puasa aku ialah dapatkan roti jala.

4 comments:

cendawanintim said...

laaaaaaaagi teruk dari pompuan mengidam nak makan roti jala..!!

kuchalana said...

ko jaga kapex ke bro.. standard la.. kebanyakan compony letak budget staff base on budget depatment.. klu bos salah buat budget.. smua akan rasa kesan dia.. kene lak bos yg slow.. mmg kesian la anak2 buah..

izman said...

cendawanintim,
mengidam? kena tanya wife aku ni.

izman said...

kuchalana,
yup. buat capex dan costing sekali. salah kena bising, betul, tak naik gaji byk pon