pada sabtu lepas (20/09/08), ia mengenai berpuasa di singapura. lebih spesifik suasana di area masjid sultan dan arab street. aku biasa je, tapi anak2 aku; luqman dan pika siap tunjuk kat tivi bila tv3 tunjuk tempat tersebut dah kami pernah sampai. kebetulan kami sekeluarga baru mengunjungi singapore pada bulan julai 2008, sempena perkahwinan kawan disana.
Selepas solat, kami bersiar2 disekitar masjid sultan melihat istana kampung gelam yg terletak bersebelahan dengan masjid sultan. inilah benteng terakhir orang melayu dan akhirnya diambilalih kerajaan untuk dijadikan muzium (harap2 di Malaysia, raja2 melayu tak dijadikan begitu kelak).
dalam majalah 3 tu diceritakan juga psl kawasan utama melayu di singapura iaitu geylang serai. masa di singapura, kami menginap di hotel di geylang serai. kosnya lagi murah dan lebih selesa kerana majoriti penduduknya melayu. senang nak makan sebenarnya.
Selain attend majlis kenduri kawan aku kat area masjid al-falah dan gi kenduri di restoran garuda di tengah2 kota singapura. aku tak ingat tempat dia, tapi dekat2 orchard road la.. plan kami yg utama ialah bersuka ria di Sentosa Island. Hampir satu hari iaitu hari kedua, kami kat pulau sentosa tu. yg plg best disitu ialah underwaterworld dan dolphin park. budak2 memang seronak giler la. macam2 ada. Semasa kat singapore lebih kurang 300 keping gambar aku ambik. biasalah! ambik pakai digital camera, then masukkan dalam laptop. laptop aku usung merata2, best sebab hampir semua tempat aku connection internet, free je. sambil layan anak2 berehat aku bukak laptop la..
Ni antara gambar2 masa di sentosa island. nak masuk semua, menangis aku. 2-3 keping dah la yer. keseluruhannya trip tu best, rasa nak gi lagi sebab tak berkesempatan gi jurong bird park, muzium duit singapore, china town, little india dan lain2. yg tak bestnya duit dia mahal, setiap satu dollar singapura, duit malaysia ialah rm2.43.
13 comments:
smpat lg ko nk menggatal jln sorang2 ek..sib baik ummi nk ikut...muahahaha
marinahunny,
gatai sikit je. ummipun satu, tak bagi peluang langsung. he.3x
awal n3 dah mula nak menggatal yer...sama ar ngan aku, aku suka gak ngan majalah 3 nih...
malam ni citer house...ko nengok ke idak???
cendawanintim,
sikit je. ko ni tax sporting la...
house? msti tgk, tapi dah separuh jalan biasanya. tgk ulangan la. terawih abis lewat, tak kan nak ponteng kot
pegi singapore ujung tahun lagik besh tau...byk sgt sale...berbaloila jgk walaupun currency exchangenya tak besh...
thanks jln2 umah kite k
ehh...lupe nak ckp...family kite serupa lah...kaki jalan...ekekke
reena,
terima kasih buat lawatan balas. dtglah selalu.
ye.. kaki mmg buat berjalan (lawak pulak!). berjalan kalau ada daya dan duit. mmg ada hati nk gi lagi, tgh kumpul duit.
weii ko org ganu ke..???
s'pore? baru tertgk kat majalah3, happening gaks kat sana ek
marinahunny,
separuh pahang, separuh teganu. sekarang jd org selangor.
emporium hock kee seng tu tempat aku keje dulu2, pasar payang & ladang tempat aku jalan2, stesen bas mpkt tempat dating. a&w bangunan permint tempat berboros dpt gaji, gong badak tempat tidur, pantai mengkabang telipot tempat berehat.
mak su,
best giler. bawa anak2 gerenti best. hotel dia walaupun murah, tapi dah tahap 3 bintang sini. "segalanya ada di singapura, datanglah" (ishh.. mcm duta underwaterworld singapore pulak).
I br lewat sehari singgah, dah berduyunx2 peminat ngko `serbu'! heh..heh..
aku pun tgk M3 tur.. tapi aku suke tang kelantan tu! fuhhh... jual pencicah (or colek) pun pndtn boleh cecah ribanX2X2! aku blk raye nanti... nak pi carik brg sebotol 2! surrllpp...
nur a.k.a admansyah,
akupun suka juga colek. kalau malas beli je jenama zuza utk colek buah mangga. sedap gak.
Post a Comment