Friday, September 5, 2008

Kisah Kurma dan KFC di Bulan Puasa

Macam biasa bulan2 puasa ni, tak de menda nak di ceritakan sangat. pagi gi kerja, petang balik singgah pasar ramadhan beli juadah untuk berbuka, lepas isyak gi solat terawih. balik dah jam 10.30pm, just layan keluarga kat rumah.

Masih lagi dalam segmen teringat peristiwa masa belajar dulu ketika bulan puasa. kali ni berlaku masa aku menuntut di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah.

Cerita Satu :
Pada bulan puasa, ketika hari jumaat. Macam biasa solat jumaat memang tak leh miss, berdosa besar pada yg sihat dan waras. Masa kat UUM tu, yang baca khutbah jumaat tu bergilir2 dikalangan pensyarah agama Islam dan yg berkelayakan. Ketua semua imam ialah Ustaz Usamah.

Pada hari kejadian, seorang ustaz muda memberi khutbah. memandangkan masa itu awal2 puasa, ustaz muda itu berkhutbah mengenai kurma. semuanya tentang kurma; asal usul kurma, khasiat kurma, jenis2 kurma, dan lain2 mengenai kurma. tiada yang lain dari kurma melainkan kurma semata-mata.

Aku ok je psl kurma, tapi air liur sedikit meleleh la. bukan sebab aku tertidur masa org khutbah tapi membayangkan kesedapan kurma yang mama aku goreng celup tepung.

namun khutbah ttg kurma terlalu panjang, sangat panjang. sehingga ramai yg tertidur. kemudian, jeng...jeng...jeng.... ustaz usamah naik ke mimbar dan menyerahkan sekeping kertas kepada ustaz muda tadi. khabarnya nota itu untuk beliau memendekkan khutbah mengenai kurma yang dah terlalu berjela2 dan mengambil masa terlalu lama. aku tak nampak ustaz usamah bercakap kerana beliau pernah beritahu kalau sesiapa bercakap2 semasa khatib sedang membaca khutbah, hilanglah pahala jumaatnya. tulisan ok kot? Alhamdulillah, khutbah tersebut ditamatkan segera dan kami boleh mula bersolat jumaat.


Cerita Dua
Kisah ini diceritakan sendiri oleh empunya badan kepada aku. Kisah ni berlaku pada bulan puasa jugak. di bandar Jitra iaitu bandar terdekat untuk kami di UUM. kejadian berlaku di restorente Kentucky Fried Chicken (KFC). Masa itu sahabat aku ni bersama kawan2nya sedang cuba memesan makanan tengahari.

Pelayan KFC : Err...encik, encik tau tak sekarang ni bulan puasa?
Hardy : Tau.
Pelayan KFC : Encik tau ke orang Islam lelaki tak boleh makan pada tengahari pada bulan puasa?
Hardy : Tau.
pelayan KFC: kalau tau, saya tak boleh ambik order dari encik. salah tu..
Hardy : Tapi Saya bukan Islam.
Pelayan KFC: Encik jangan main2.
Hardy : Betullah. Saya Kristian.
Pelayan KFC : Boleh saya tengok IC encik?
hardy : Boleh (sambil memberikan IC nya)
Pelayan KFC: Ni nama encik, HARDY ROSE BIN CLEMENT BUYUT?
hardy : betul.
Pelayan KFC : Ni nama ada "BIN", maknanya encik ni Islam. Saya tak boleh bagi encik order.
Hardy : Betul tu nama saya, tapi saya kristian. saya orang sarawak. orang sarawak ada 'bin' tak semestinya Islam. kami bumiputera sarawak. Kalau awak tak percaya ni tengok rantai saya (sambil menunjukkan rantai salib kristian yang dipakainya).
Palayan : O... dah encik kata encik orang kristian, saya terpaksa bagi. tapi kalau kena tangkap dengan jabatan agama islam, encik kena tanggung sendiri ye.
Hardy : Ok.

Moral of the story :
1) masa bulan puasa, umat Islam diwajibkan berpuasa. kecuali orang2 yang dikecualikan oleh Allah.

2) Pelayan KFC tu patut dipuji kerana menunaikan haknya sebagai seorang pekerja yang berdedikasi dan seorang muslim yang bertakwa.

3) jabatan pendaftaran negara telah mengambil langkah bijak dengan meletakkan agama pada IC baru untuk mengelakkan kekeliruan seperti ini.

4) nama macam Islam tapi bukan Islam lebih baik dari nama Islam dan memang orang Islam, tapi perangai macam setan.

5)Rindu masakan mama aku, terutama kurma goreng, kuih telur, seri muka, agar2 dan sebagainya. Wa.... nak balik kampung la.

6) Anak aku dah mula mintak KFC, bujang2 dulu pernah la berbuka kat KFC. dah kahwin ni kalau kat fast food cuma pernah berbuka kat Pizza Hut je, Tiap2 tahun.

7) Kemana ko menghilang wahai Hardy Rose. rindu nak kenakan kau, sahidan, karamjit, roslang, ganthy. Aku doakan korang success dalam apa bidang yg korang ceburi.

3 comments:

kuchalana said...

bykkan kenangan ketika bulan puasa.. terutama ketika duduk diasrama dulu.. masa mematangkan kita..

izman said...

kuchalana,
betul tu. masa belajarlah paling byk kenangan. mematangkan, menggelikan dan sebagainya...

Veronicle said...

so, you're my brother's friend? Hardy Rose is my brother :P