Thursday, September 11, 2008

Roti Jala & Persiapan Raya

Balik kerja semalam (10/9/08), aku terus berdesup gi bazar ramadhan area rumah aku untuk beli juadah termasuk ambik roti jala yg dah aku tempah. hati girang, dah dapat makan roti jala kuah durian. mak datuk, parking penuh... terpaksalah aku parking jauh sket. takpe.

dari jauh aku tgk makcik roti jala tu dah kemas2 barang2 dia. biasalah kuih muih dia dlm 630pm dah licin. bila aku cakap je nak roti jala, dia cakap dah abis. dia pun kata dia baru teringat aku ada tempah. dia mintak maaf. apa aku nak buat, berlalu dengan muka hampa.

baru je 15 tapak berjalan dengan muka asam kecut dan muncung yg boleh diikat, suami makcik tu panggil dan berlari2 anak ke arah aku. dia hulur sebungkus roti jala dan berkata "sebenarnya roti jala ni nak makan sendiri, tapi tak pe la. adik ambiklah". Berapa? Ada 3 keping, RM1.20. Bayar RM1.00 dah la. Aku terus ambik dan bayar. Alhamdulillah, dapat juga roti jala walaupun takat 3 keping. syukur. untuk sejukkan hati aku beli air laici, kuih tepung pelita, dan popia berlada. cukuplah tu...

sementara menunggu berbuka puasa, aku terfikir cepatnya balasan Allah pada aku. Aku baru buat solat terawih separuh, Allah balas aku dapat roti jala separuh. Subhanallah, Maha Agung Allah.

Alhamdulillah, solat terawih aku berjalan lancar. selsema ada sikit2 je dan tak mengganggu.

Persiapan raya? untuk aku belum lagi. aku memang suka last minit shopping. tempat pilihan aku ialah jusco dan the store plaza alam sentral. biasanya cari baju anak2 sikit, ingat nak beli baru kurung untuk pika dan baju melayu untuk luqman kat kompleks pkns. untuk ummi, dia dah ada beberapa pasang yg dah tempah. kalau dia nak lagi, terpulang kat dia lah. untuk aku takat t'shirt sehelai dah cukup. untuk papa dan mama aku tengoklah apa yg sesuai nanti. kena tengok budget jugak. untuk kuih, wife aku buat yg simple2 je, dah tempah kuih termasuk kuih tat nenas kegemaran kami.

so, korang camner????

4 comments:

cendawanintim said...

Alhamdulillah, dapat gak ko makan roti jala ari nih..sian ko, dah tahap lebih dari pompuan mengidam!

ek eleh, ngengada ar tu, dapat makan tat nenas sodap!takper...takper..ada lori ada bas, ada bas ada lori!

izman said...

cendawanintim,
alhamdulillah. tercapai impian mkn roti jala. mengidam? (err...err..)

tat nenas dia mmg best. rapuh, lemak berkrim, nenas yg asli, (ceh..meleleh air liur aku)

lily.lulu said...

alhamdulillah .. dapat jugak ye bang makan roti jala tuh...

mmg sedap yer makcik tuh punya ???
kat area mana bang ???

izman said...

lily.lulu,
alhamdulillah. hilang mengidam.

tat nenas tu paling best kat gong badak, terengganu. kedua sedap kat jerantut, pahang.