Tuesday, September 23, 2008

Koleksi Beg Hari Raya (Limited Edition)

Aku yakin kawan2 kita yang pompuan semua dah siapkan kuih raya, baju raya, tudung raya, kasut raya. namun, harus diingat beg raya juga harus ada untuk meningkatkan penampilan diri kepada bakal2 mak mertua, atau sekadar ingin kelihatan berbeza dari jiran2 setaman.

Aku difahamkan stok2 beg tangan ni adalah terhad. may be satu je untuk setiap jenis. pada gambar beg tersebut ada satu email yang aku yakin pembuat beg tersebut atau jiran pembuat beg tersebut. korang emailkanlah segera sebab raya pun dah dekat. beg tersebut khabatnya sangat popular untuk digayakan di pagi raya oleh masyarakat di afrika barat, bangladesh utara, india timur dan papua new guinea selatan. mereka bukan sahaja meletakkan henpon, lipstik, duit, kunci ke dalam beg tangan tersebut; ada sesetengah wanita turut meletakkan anak mereka didalamnya memandangkan saiznya yang besar dan selesa.

apa-apapun terpulang pada korang nak percaya ke tidak tulisan aku kali ni. pada aku, aku langsung tak percaya. senang2, korang layanlah gambar2 beg tangan ni.


















izzi note : Terima kasih azrin atas kiriman gambar2 ni. Saya yakin pilihan kamu mesti yang corak bunga2 tu kan.

6 comments:

cendawanintim said...

kalu dapat memang voque abis la raya tahun nih..

izman said...

cendawanintim,
untuk ko sesuai. muah.3x. kuang.3x.

shafarina said...

beg no 5 tu nak beli kat mane? cun sey

izman said...

shafarina,
he.3x. ko email je la kat email pd gambar beg tu. raya dh dekat ni. kuang.3x

kuchalana said...

kakakkakak.. hasil seni dari beg sampah xda ka... kekeke..

anyway..

Selamat Hari Raya Dan Selamat Bercuti bro..

Maaf Zahir Dan Batin

Ole..

izman said...

kuchalana,
ko balik mane? kelantanke?

org kreatif ni blh buat duit, wlaupon idea diorang kadang2 aku rasa mcm bodoh sgt.

selamat hari raya kembali. semestinya balik rumah aku di pahang.