Saturday, August 9, 2008

Selamat Pengantin Baru Azrin & Sofian (09/08/08)

Perut masih sendat baru balik kenduri kawin x-staff aku masa kerja di APM. dulu dia kerja supervisor HR merangkap kira gaji pekerja APM. namun dah 2 thn lebih dia berhenti dan kerja gomen. namun kami tetap keep in touch melalui email atau phone.

Syukur dia temui jodohnya. suaminya aku tak kenal. baru tadi aku jumpa. apa2 pun moga dia bahagia. aku sekeluarga ke majlis tu bersama2 x-boss HR aku kat APM. kami together2 datang. x-boss aku tu lagi jauh datang, dari seremban. dia pun dah berhenti dari APM dan kerja kat seremban. kesimpulannya ialah aku, boss hr aku dan azrin semua dah berhenti kerja kat APM. semuanya masih keep in touch.

stail aku dari dulu, aku suka buat kawan dgn staff2 aku. aku suka ajak keluar makan bawa keluarga atau pakwe makwe diorang (kalau ada). kalau kena marah atau maki ngan aku biasalah. akupun biasa jugak kena maki ngan boss hr dan big boss. So kami boleh kenal2. that why, hubungan aku ngan staff atau rakan2 sekerja syarikat pertama dulu pun masih keep in touch. cuma tabiat buruk aku, dlm setahun nombor telefon diorang tak aktif sms atau call aku atau aku call dan sms diorang tak berjawab; aku delete je nombor tu. kawan hape kalau setahun langsung tak leh sms /call atau tak leh jawab sms/call. nak wish selamat hari raya bernilai rm0.10 pun kedekut. mana nilai seorang kawan kalau cam2.

berbalik crita nikah x-staff aku tu,ramai gak kawan2 lama jumpa. sempatla sembang membang dan ambik nombor telefon mana yg dah kena delete (kuang.3x). yg paling best tgk perubahan saiz badan dan perut kawan2. aku kutuk orang dan orang kutuk aku. yg best itulah kawan.

aku juga jumpa kawan aku masa di syarikat pertama dulu yg kebetulan bersaudara dgn pengantin perempuan. dunia ni kecik, cari musuh buat apa. dia lps berhenti kerja 5-6 thn lepas tlh buka perniagaan menternak ayam secara besar-besaran di ulu yam. actually dgn member ni tetap keep in touch sebab dia selalu inform kalau tukar no phone, cuma 5-6 thn tak jumpa. dia byk kali ajak aku tgk projek ayam dia kat ulu yam tapi aku asyik sibuk dan tiada modal. lagipun ayam siam dia takde, tu yg aku liat nak gi tengok. kalau ada ayam siam atau ipoh mali, cepatttttt je aku sampai (opss... terlebih sudah). Nantilah helmi, suatu hari pasti aku sampai. siapkan 3 ekor ayam untuk dipanggang, 35 ekor untuk sup kaki dan 6 pcs deli chicken wings.

dalam kereta, wife aku bagitau org kenduri bagi 5 biji telor dalam pelbagai bekas. apsal bagi banyak sangat. aku ngan boss lama aku meja lain2 sebab dia anak ramai. anak akupun baru dua. org bagi, belasah je la... semua cantik2. mahal2 tu beb. maklumlah anak perempuan tunggal kawin. mak ayah dia pun orang berada. nak balik tu pun ada goodie bag lagi untuk aku dan wife. macam2 ada didalamnya termasuk key-chain yg ada wangian. kalau tau cam2, aku mintak lagi 3 tadi.

Kepada Azrin & Mohd Sofian :
"SELAMAT PENGANTIN BARU. MOGA JODOH KEKAL HINGGA AKHIR HAYAT. MOGA CEPAT DAPAT ZURIAT DAN DIMURAHKAN REZEKI. MUGA PERSAHABATAN KITA LEBIH BAIK DENGAN JALINAN DUA KELUARGA". AMINNN......

4 comments:

PuteriSatu said...

sebab tu aku suka pi kenduri kawin...leh tengok pengantin lawa2...pehtu leh makan free...pehtu dapat goddies....syok...hiks...

izman said...

puterisatu,
masa makan mmg free, tapi kalau tak bawa hadiah kena 'salam berisi' jugak. utk teman rapat biasanya aku belikan hadiah. yg lain, main 'salam berisi' je lah.

Nur a.k.a admansyah said...

hang nie mcm anak dara aku ler... suka collect goodie bag! tak ckp ngan sweets, telur sumer die nak sapu!

minggu depan start cuti sek... lagi ler byk kenduri kawein wehh!!

izman said...

nur a.k.a admansyah,
la ko tak tau ke aku ni mengumpun mcm2. dari coins, duit2, setem, dan mcm2 laie.

fridge magnet dan menda2 goodies2 tu, wife aku yg kumpul.