Ustaz Ahmad Duduki bin Abd Rani ni kawan sekolah aku masa belajar dari darjah satu hingga darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Damak, Jerantut, Pahang.
Memandangkan beliau datang sudah petang, orangpun dah kurang. So, bolehlah aku borak2dengan dia sekejab. masing2 bertanya khabar dan bertukar2 business card (tak kan nak tukar kad phone , atau mastercard kot). Beliau sekarang masih menjadi salah seorang imam di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah (Masjid Shah Alam, Selangor). Beliau juga menjadi penasihat syarie untuk Koperasi Dana Usahawan Global Berhad (www.kodanaglobal.com).
Aku juga terharu gak bila dia bagitau " Ana ada baca ente punya blog". Mula la malu sendiri apa yg aku melalut dalam blog aku selama ni. Tapi dia tau aku siapa, tak perlu nak hipokrit kan! Beliau juga bagitau beliau ada memasarkan cd melalui website www.pendingdingdiri.com . Melalu website tu diterangkan bahawa beliau turut menjadi pengamal perubatan Islam. Ini cd-cd yang beliau hasilkan. Murah je RM70.00 untuk 4 cd.
CD 1 - Muqaddimah Terapi.

CD 2 - Penawar & Perisai daripada Gangguan Jin.

CD 3 - Penawar & Perisai daripada Sihir.

CD 4 - Penawar Saka.

Cara guna :
1)Pengguna digalakkan memasang CD ini 24 jam dirumah atau di tempat kerja sebagai langkah pendinding diri dan rawatan.
2)Bagi pesakit, dengar dan hayati bacaan CD ini sehingga berasa pulih.
3)Amalkan ayat-ayat Al-Rogyah Al-Syare'yah ini sebagai pendinding diri anda.
Cara guna.
Soalan : Bagaimanakah cara menggunakan CD Al-Rogyah _Al-Syare'yah ini? (Hamba Allah, Shah Alam.)
Jawapan : Langkah pertama adalah anda hanya perlu memasang CD ini. Digalakkan anda pasang di dalam rumah dan dengar seisi keluarga. Bagi mereka yang terkena gangguan, biasanya akan terjadi perkara-perkara yang tidak normal seperti :
Mengantuk secara tiba-tiba
Termuntah
Pening
Meracau
Menjerit
Benci mendengar ayat-ayat yang di baca
Marah
dan sebagainya...
Jika salah seorang daripada ahli keluarga anda terjadi perkara seperti tersebut, langkah pertama yang anda perlu lakukan ialah tutup dahulu CD Al-Rogyah Al-Syare'yah ini. Selepas dia kembali normal, anda pasang CD ini sekali lagi. Begitulah seterusnya sehingga pesakit tersebut pulih. Mengikut pengalaman dan aduan sebelum ini, JIN yang menganggu pesakit tersebut akan keluar apabila mendengar ayat-ayat Al-Quran ini. Jika ia masih bertahan, Jin tersebut berkemungkinan akan terbakar dan mati.
Berusahalah dan jangan berputus asa dengan Allah. InsyaAllah, ujian yang melanda diri kita akan diganjari pahala yang besar.
Jauhilah Syirik, Carilah Redha Allah.
Nota Kaki : Gambar Ustaz Ahmad Dusuki adalah ehsan www.kodanaglobal.com. Manakala gambar cd dan penerangannya adalah ehsan www.pendindingdiri.com
4 comments:
bagus gak ko share mende yg ustaz dasuki jual ni.. ramai kengkawan aku jenis pemalu nak berubat dalam hal2 camni.. kata xda apa2.. padahal kita dah nampak bertanduk dah atas kepala.. kekekeke
kuchalana,
menda yg baik sama2 lahi kita sebarkan.
ooo...pernah baca kisah ustaz ni dlm mastika dulu...bagus ye ada usaha cam tu..tak yah gi jumpa bomoh2 ni huhu
p/s :thanks for visiting my blog :D
-cinta milo ais-,
ziarah menziarah amalan mulia.
betul tu, kisah dia kena panah petir tu kan? kalau ada rejeki lebih tu belilah satu set. buat pedoman keluarga.
Post a Comment