Friday, August 15, 2008

Kerenah Anak-anak

Dalam hidup berkeluarga ni, aku paling suka melayan kerenah anak2, walaupun kadang kala memenatkan. dalam meneliti anak2 membesar, aku suka melayan anak2 aku petah bertanya itu-dan ini yang kadang kala aku pun payah nak beri jawapan.

Senario 1 : Dalam kereta menuju restoran ikan bakar di port klang



Luqman : ayah, tu lori apa?
Ayah : Lori Kontena.
Luqman : Lori kontena bawak apa?
Ayah : Bawa Barang
Luqman : Barang apa?
Ayah : Mana ayah tau, barang dia dalam kontena. ayah tak nampak?
Luqman : Ayah baca la apa dia tulis belakang kontena tu.
Ayah : Dia tak tulis barang apa dalam dia. dia tulis nama syarikat kontena.
Luqman : Bukan la..
Ayah : Kalau pandai, luqman baca sendiri lah.
Luqman : Luqman belum pandai baca. Ayahlah kena baca.
Ayah : ..........


Senario 2 : dalam rumah.


Pika : Ayah, nak baby...
Ayah : (pergi mendapatkan beruang (teddy bear)kesayangannya). nah, baby..
Pika : NAK BABY!
Ayah : (Sambil tanya wife) Pika nak ape ni?
Ummi : Dia nak main dengan baby la tu.
Ayah : Pika cakap dengan ummi," pika nak baby"
Pika : Mi.... Nak Baby........
ummi : Tanya ayah?
Pika : Nak Baby..... nak baby....
Ayah : ok, ok. nanti ayah bagi baby.
Wife : Eh! Abang nak baby lagi ke?
Abang : ........

6 comments:

cendawanintim said...

itu ler ko, budak2 memang banyak sangat soklan, sumer mende yang dilihat, didengar nak ditanya...

aku pon, putus idea kekadang..

izman said...

cendawanintim,
ha.3x. tapi aku suka kalau diorang aktif tanya soalan, sebab aku tau diorang cergas dan mengalami pertumbuhan akal.

bab nak adik tu, aku tengah fikir dgn serius ni? projek mega mcm ko jugak le.

anyway, thanks for keropok.

Mak Su said...

huhuhuh, cepat! cepat, cari baby!

awieworld said...

kui3....cerdas betoi otak bebudak skarang ek...

anak buah saya pun macam tu, kekadang nak cakap apapun, atau nak kenekan diorang ker, mesti kene hati2 juga,,,diorang tau tau..ahaks...

izman said...

mak su,
bunyi mcm senang je kan. Insyaallah dengan izin Allah.

izman said...

awieworld,
cam2 lah awie, budak2 skarang lebih cerdas berbamding masa saya kecik2 dulu.

cakap dan berjanji kena buat, diorang ingat wo....