Tuesday, September 29, 2015

Perintah Cuti Akibat Jerebu.

Perintah cuti akibat jerebu.
Semalam, macam-macam lelucon kita baca setelah kementerian pelajaran umum sekolah ditutup akibat jerebu.
Murid dan guru tidak perlu ke sekolah tetapi kakitangan sekolah dikehendaki bertugas seperti biasa. Jadi timbul jenaka bahawa hanya murid dan guru yang bernafas guna paru-paru, sedangkan kerani sekolah, pembantu makmal, dan tukang kebun bernafas guna insang. Hahaha..
Aku tak nak ulas balasan jenaka guru sains; 'seorang perokok/pevapor masa jerebu sedar mereka ada paru-paru, bila merokok mereka ingat guna insang'. Macam-macamlah!
Lelucon ini dipanjangkan pula ke sektor lain termasuk perkilangan. Dihujung telinga orang HR macam aku kedengaran cerita-cerita kami tidak prihatin dan zalim.
Bukan begitu!
Seperti anda, aku juga rasa kerajaan tidak adil kerana umum cuti untuk sekolah sahaja. Jika bahaya kepada guru/murid, ia juga bahaya kepada pekerja kilang dan sektor lain. Tetapi kerajaan tidak boleh sewenangnya umum cuti darurat.
Teringat kisah beberapa tahun lepas, juga akibat jerebu dengan IPU sangat tidak sihat di port klang.
HR membekalkan 'face mask' kepada pekerja dan pengumuman dibuat setiap 1 jam kepada pekerja berkait IPU. Kami menasihati pekerja agar minum lebih air dan menutup hidung dan mulut semasa bekerja.
Dan diakui ramai pekerja yang menghidap selsema, lelah, migrain, sakit tekak dan pening kepala kerana jerebu. Namun kerja tetap kerja. Jika sakit, ambillah MC. Jika tak tahan, bercutilah dengan cuti tahunan. Itu sahaja prinsipnya.
Malam itu, kerajaan umum cuti umum seluruh negara akibat jerebu sangat tidak sihat. Aku dihujani pertanyaan oleh pekerja tentang status cuti umum kepada kami pekerja kilang. Aku panjangkan isu itu kepada pengurus aku.
'Arahan cuti itu tidak terpakai kepada syarikat swasta, wajib bekerja seperti biasa. Arahan 'HQ-Group HR', tertera jawapan SMS pengurus aku di layar skrin nokia 3310 yang baru aku beli menggunakan kredit kad citibank.
Aku panjangkan jawapan kepada pekerja yang mampu aku hubungi.
Di kilang, majoriti pekerja datang seperti biasa. Ada segelintir yang bercuti. Yang luar biasa ialah mereka datang 'menyerang' HR dengan pelbagai tuduhan. Wakil kesatuan turut hadir dan akhirnya mereka melaporkan kepada jabatan buruh kerana syarikat memaksa mereka bekerja.
Aku tidak dapat berbuat apa-apa kerana keputusan itu dibuat oleh pengurus HR aku setelah mendapat pengesahan Pengurus HR ibu pejabat. Kami juga menurut perintah.
Atas desakan pejabat buruh, dan setelah wakil-wakil majikan berbincang dengan KSM dan MEF, syarikat swasta juga wajib mengikuti arahan penutupan kilang oleh kerajaan akibat jerebu selaras dengan peruntukan undang-undang mengenai pewartaan cuti umum.
Kami akur. Pihak syarikat akhirnya terpaksa membayar gaji pekerja ysng hadir hari itu dengan kadar upah bekerja lebih masa di hari cuti umum.
Lebih menggembirakan pekerja, selain dapat kadar 2.0X, mereka juga dapat lebihan kadar 3.0X kerana lebihan 45 minit hari bekerja cuti umum berbanding hari bekerja biasa. Pekerja yang hadir bersorak gembira. Yang bercuti sekadar mencebik.
Bagi pegawai seperti aku, satu hari cuti dikredit ke dalam cuti tahunan. Yeah... boleh pergi Cameron Highland.
Ya, jerebu di cameron highland mengakibatkan isteri aku mengandung lagi. Tak sempat brek akibat penglihatan terhad. Hahaha.

No comments: