Tuesday, September 8, 2015

Ayah buat baby boleh tak?

Ayah buat baby boleh tak?
Teringat kisah dua malam lepas, sedang aku asyik mengarang novel (baca : harap ia karya kedua aku selepas buku 'jangan sentap, okey!'), anak bongsuku menegurku.
"Ayah, ayah boleh buat baby tak?".
Dengan penuh sifat kebapaan aku memeluknya dan berkata, "boleh! Adik fahmi nak baby ye?".
Dia mengangguk.
"Malam ni adik tidur awal ye. Nanti lagi 9 bulan 10 hari, adik fahmi ada baby", kataku lagi.
"Tak nak semiyan buyan!. Nak ayah buat baby sekayang!", katanya tegas dalam pelat. Dia kemudiannya berlalu pergi kepada umminya.
"Maafkan ayah adik fahmi, permintaan 'Baby instant' tak dapat ayah penuhi", hatiku mengeluh. Aku meneruskan plot novel yang terhenti di bab 15.
Seketika kemudian fahmi datang semula kepadaku dan menunjukkan sesuatu. "Ayah... adik dah ada baby. Ummi buat", katanya girang.
Aku ketawa. Nak buat 'baby' ni je rupanya.

No comments: