Thursday, September 3, 2015

Yang Penting... TUJUAN.

Yang Penting...TUJUAN.
semasa makan tengahari di restoran cina muslim tadi, sahabatku menegur,
"Man, cara ko pegang chopstick tu salah. Cina tak pegang macam tu".
Aku yang sedang asyik makan rasa terganggu, dan mula menyoalnya kembali.
"ada 3 bangsa minum teh 'O di meja yang sama. Melayu, mengacau airnya dari kanan ke kiri. Cina, mengacau dari kiri ke kanan. India, mengacau sesuka hati. Kenapa?".
"ala.. tu senang. melayukan Islam, buat apapun mesti mula kanan dulu. Cina pulak, suka kiri. halal haram tak dipeduli. orang India lagilah, tak ada haluan, ikut suka bedal je". jawabnya spontan, namun sangat yakin.
aku sekadar menggelengkan kepala. dan tersenyum, sambil menyambung kembali makan menggunakan chopstick.
dia pula yang tidak lalu makan dan mula mendesak diberikan jawapan teka-teki aku tadi.
aku mengalah (baca : selepas selesai makan).
"jawapan ko tadi salah. kita kena faham tujuan kita mengacau teh 'O. ia tidak lebih sekadar untuk melarutkan gula. bagaimana cara kita mengacaunya tidak penting".
"Cara kita menggunakan chopstick tidak menjadikan kita cina. betul atau salah menggunakan chopstick manusia sendiri yang membuat ukurannya, sedangkan tujuan sebenar penggunaan chopstick adalah untuk mengepit makanan untuk disuap ke mulut", ujarku panjang lebar laksana pensyarah universiti bahagian kulinari.
sahabatku terlopong mendengar kehebatan aku berhujah. Heh.. aku kelentong je.

No comments: