Tuesday, June 28, 2011

Zaman Berubah, Buah Tempatan Berubah

masa kecik2 dulu, cikgu dan persekitaran aku mengajar bahawa buah2 tempatan umumnya adalah durian, tembikai, rambutan, dulu, dokong, langsat, pisang dan seangkatan dengannya. buah2 seperti strawberry, epal, mangga siam dan seangkatan dengannya adalah sukar didapati dan merujuk kepada buah2 oversea.

masa berganti, dulu aku kecik. sekarang dan ada anak kecik. rutin sama. dulu makayah aku beli barang termasuk buah tempatan, kini giliran aku dan isteri pulak. dulu kalau pergi pasar malam atau pasar pagi, dapat beli buah laici tu dah kira hebat gile. buah dari oversea la katakan. buah tempatan memang la ada dijual tapi orang kampung cam aku ni buah2an jenis toknenek tanam sendiri. durian, duku, rambutan, pisang bersepah; tak payah nak beli.

anak2 sekarang?

ahad lepas kami ke pasaraya seperti tiap2 hari ahad yang lain, membeli keperluan dapur dan rumah. selain lauk pauk, dan sayur mayur, memang beli jugak buah2. minggu lepas isteri beli rambutan. luqman nak beli buah kiwi. puas aku cakap, kenalah makan buah2an tempatan.

ayah : ummi dah ambik rambutan, tak payah la ambik buah kiwi. buah tempatan bagus.
anak : la, kiwi pun buah tempatan jugak.
ayah : bukan, kiwi tu buah luar negeri. kiwi dari new zealands.
anak : bukanlah ayah. buah kiwi ada jual tiap2 minggu kat sini. mana ada dari luar negeri. new zealands tu jauh.
ayah : dulu jauh, sekarang dekat. makan rambutan je lah ye, buah tempatan.
anak : tak nak, nak buah kiwi jugak.
ayah : oklah, pergi ambik kiwi hijau.
anak : tak nak la kiwi hijau, dah biasa. tu ada jualan murah kiwi kuning ayah.
ayah : (membelek kiwi kuning dan melihat harganya. mak aiii... berganda dari kiwi hijau). oklah, ambik satu paket je. kena makan sampai habis ye.
anak : yeahh....


aku rasa sudah sampai masanya jenis buah2 tempatan dikaji semula. ye lah, strawberry macam biasalah dah jadi tempatan sebab bersepah kat cameron highlands. tapi epal, anggur pun dah ditanam dan berbuah dengan baik di negara kita, so kira buah tempatan jugak la ye.

6 comments:

insan marhaen said...

Masa IM dulu ada subjek Sains Pertanian. Di ajar tentang buah-buah tempatan. Sekarang subjek tu ntah ada ntah tidak. Jadinya..

marinahunny said...

betul jg kan...

dulu masa sek rendah slalu ada subjek pendidikan seni suh lukis buah2an tempatan..hahaha

nurayunni said...

biase la anak2 zaman skrng nie..suke buah luar dri tempatan ka..:)

Mak Su said...

hehheh heh, kelakau ;)

Anonymous said...

susah nak lawan anak sendiri ni
hhaha

ku-cit said...

kena tuka ni dari buah-buah tempatan kepada buah-buah yg selalu mkn...