Tuesday, June 14, 2011

Stiker Kenderaan Paling Glamer

dalam perjalanan berkenderaan, aku pasti ramai yang perasan bahawa rata2 kenderaan mempunyai pelekat atau sticker pada kenderaan mereka. macam2 ada, dari sekecik2 stiker kepada besar punya!

adanya stiker nipun bagus jugak, dapat jugak cuci2 mata. memang ada stiker yang menarik dan mencuri tumpuan, dan ada jugak yang menyakitkan hati.

kat sini aku nak senaraikan beberapa stiker yang pada aku paling banyak aku jumpai semasa berkenderaan. senarai ini tak semestinya betul, tapi lantak akulah senarai aku. stiker 'P' dan road tax tu tak payah kira la beb.

STIKER KENDERAAN PALING GLAMER
1) stiker negeri = Kelantan (kelate)
2) stiker bola sepak tempatan = kelantan FC
3) stiker bola sepak antarabangsa = manchaster united (MU)
4) stiker keagamaan = Islam (we love Islam, ayat2 Al-Quran)
5) stiker sukan paling popular = golf (kelab golf)
6) stiker pasukan keselamatan / kerajaan = Polis (PDRM, bekas polis, koperasi polis)
7) stiker universiti/kolej = UiTM (UiTM shah alam, UiTM cawangan, Alumni)
8) stiker stesen radio = Radio era
9) stiker direct selling = Hai-O
10) stiker gedung membeli belah = tesco
11) stiker persatuan = pekida
12) stiker insurans = kurnia
13) stiker fastfood = mc donalds
14) stiker kad loyalty = bonuslink
15) stiker stesen minyak = petronas

sebenarnya banyak lagi kategori, tapi aku dah lupa. kalau korang suka, korang tulis sendirilah.

11 comments:

Yunus Badawi said...

sticker di kereta saya menyebabkan saya sering diberi tabik hormat bila masuk kawasan kem hehehe

Anonymous said...

Pekida tu gengster ker? hehe

marinahunny said...

tq izman bg aku kongsi citer hari bapa ko. kata2 papa ko sgt mengesankan hati aku. x puas aku baca. aku nk share jugak dgn org lain terutama adik beradik aku..thanks a lot

Cheritera Kami said...

sticker logo company bg mengelakn kena saman dek DBKL kat kws parking

suriani said...

aku pasti aku ada sticker bisnes aku laa.. DCL.. ko ada tak.. nanti kukirimkan.. mau?

izman said...

yunus badawi :
alangkah bestnya kalau saya pun ada satu stiker mcm abg tu. he.he.he..

izman said...

roza ami nanomiya :
kalau di kampung aku pekida tu persatuan yg amat dihormati. cakap je kenduri kendara, mereka kumpul duit sesama pekida dan hulurkan bantuan. tempat lain??? no komen.

izman said...

marinahunny :
no problemo.

izman said...

KSWSK :
loga apa tu sampai dbkl tak berani nak saman? bagi satu. he.he.he...

izman said...

kak su bidadari :
apa stiker pun takde kat kereta aku buat masa sekarang. nak bagi aku ambik, tapi bagi dgn produk dia sekali le.... he.he..he...

Long term investment said...

Emm... tiada kajian dibuat untuk mencari jawapan kenapa stiker Negeri = Kelantan paling banyak dijumpai semasa berkenderaan; menurut penamatan aku mungkin:-
a. Stiker Kelantan banyak dijual di kedai² runcit
b. Stiker Kelantan diedarkan secara percuma ketika mengisi minyak Petronas
c. Orang Kelantan yang support negerinya (sememangnya) gila stiker
d. Orang Kelantan yang paling ramai berkenderaan (orang negeri lain jalan kaki ker???)
d. Orang Kelantan memang macam tu untuk menzahirkan protesnya kerana terasa dipinggirkan oleh Kerajaan Pusat... kalau cakap Kelantan kalah 1-0 kpd T-Team, dia cakap kekalahan kedua tahun ini, kekalahan pertama ialah kalah kepada ATM (apa bangang aku pun tak tahu kenapa kena campur Liga Super dgn Piala Sumbangsih).
** Kat kereta aku pun ada Emblem Negeri Kelantan