Wednesday, June 15, 2011

Cikgu Paksarela Murid Membeli Buku Tak Berkualiti

dalam mana2 pekerjaan even kerja gomen, kelibat pekerja2 membuat business part time memang ada. ada buat insurans, jual kain baju, kuih raya, jualan langsung dan seumpamanya. bagus, even kt tempat aku, aku tak halang. jangan buat hingga keterlaluan dan mengabaikan kerja udah le.

guru2pun sama. mereka juga membuat part time di sekolah. dari menjual benda2 MLM atau lain2, mereka berniaga untuk menambah pendapatan. bukan aku kata gaji cikgu kecik, heh... gaji mereka bukan kecik ye. tapi dalam mencari duit lebih disekolah, aku memohon agar cikgu2 kita lebih bertimbangrasa.

kenapa aku cakap begitu. ada sebab.

bukan sekali, bukan dua kali, malah dah berkali2 anak aku yang darjah satu balik dari sekolah membawa risalah. bukan risalah politik, bukan risalah suruh masuk direct selling, tetapi risalah untuk ibubapa membelikan anak2 mereka buku2, permainan dan produk makanan yang dijual disekolah. bukan! bukan kat kedai buku atau koperasi sekolah. ini adalah jualan ad hoc, atau lebih sesuai digelar jualan oleh salesman yang datang ke sekolah.

aku cukup yakin bahawa golongan salesman ini masuk ke sekolah dengan restu dan izin pihak sekolah. apatah lagi ada sekolah yang memberi peluang kepada salesman ini untuk membuat demo produk kepada pelajar semasa sesi pembelajaran.

ada bukti? mestilah ada. semalam (14/6/2011), anak aku luqman balik dengan risalah untuk jualan buku panduan matematik dan ilmu silap mata. harga murah rm6 sebuah buku. kalau bayar rm10, boleh dapat buku dan set permainan silap mata. aku setuju bahawa tak ada paksaan untuk beli. tapi bila anak aku balik sekolah pegang risalah sampai ke malam, memujuk ummi dia beri rm10 kalau tak merajuk tak makan nasi, ibubapa tak nak belikan ke? rm10 bukan besar manapun nilai dia, tapi berbaloikan beli buku picisan dan permainan begitu disekolah.

aku tak kata buku tu tak ada nilai pelajaaran. tapi berbaloikan membelinya. anak aku merengek dibelikan buku dan alat permainan silap mata sebab dia beritahu "ayah, kat sekolah tadi, ada orang cina datang kelas luqman. dia bawa buku silap mata. dia buat magic ayah. ada 3 tali tak sama panjang, pastu dia magic, tali jadi sama panjang. pastukan ayah, dia magic duit jadi hilang...... ayah boleh beli tak? rm10 je ayah. dapat buku satu, pastu dapat alat2 silap mata. hebat ayah". aku malas nak tengok anak aku merajuk tak makan nasi sebab buku rm10 tu. pejam mata bagi je rm10.

bukan kali pertama. awal2 tahun dah beberapa kali. jualan buku2 kartun rm2 sebuah. pakej rm10 dapat 5 buku dan dapat hadiah misteri. merengek2 anak aku nak beli buku rm10. hadiah misteri dia? cam lahanat, jadual waktu kelas ada gambar ben 10. kalau buleh tulis jadual waktu kelas tak le aku mencarut, ini kecik yang amat, nak tulis singkatan matapelajaran pun tak boleh. kualiti buku pulak tahap kambing, ejaan salah, lukisan gambar pulak macam lukis dengan kaki.

aku bukan tak sokong anak2 membaca, atau menyokong penulis/pelukis malaysia, tapi biarlah ada kualiti. ini jenis penerbit dan penulis bidan terjun, dan sekolah menjadi pusat jualan bahan tak berkualiti.

dah habis marah? belum. bab menjual produk dari salesmanpun satu hal lagi. pernah suatu masa, ada jualan coklat. ini sekolah kebangsaan di kampung (bandar koboi), tak payah la jual macam jual kat kolej anak2 orang kaya. dapat risalah jugak, satu paket coklat harga rm12. stress aku. pernah aku tak bagi duit untuk anak aku untuk beli menda2 dari salesman yang buat jualan disekolah selepas memberi risalah pada hari sebelumnya, anak aku balik muka toye. sepanjang hari muka sedih. bila ditanya anak menjawab "kat sekolah tadi, luqman je tak beli air kotak tu. semua orang beli. orang lain minum air kotak dalam kelas, luqman tengok je. orang lain ayah dia kerja kilang boleh beli, ayah kerja kilang tak boleh beli".

ye, aku tau ada yang kata kenapa nak manjakan anak. kenapa nak bazirkan duit. kenapa nak bagi muka kat anak. jawapan dia macam kat atas, tak mau anak sedih. ye, anak aku darjah satu, memanglah tak matang lagi. sesetengah kita, dah anak 3 pun belum matang, inikan pula budak umur 6 tahun 6 bulan.

oklah, kesimpulan cerita ni aku bukan nak salahkan sekolah. dan bukan jugak aku nak salahkan cikgu2. aku cuma nak mintak jasa baik sekolah dan cikgu2 agar tidak keterlaluan memberi muka kepada salesman untuk meniaga disekolah. ye, aku yakin dan aku confirm, setiap jualan akan membuahkan sedikit komisen kepada sekolah atau guru terlibat, tapi fikirkan juga kami ibubapa yang terpaksa mengeluarkan duit untuk semua menda yang kurang berfaedah itu. kalau ada buku yang bagus, harga sedikit mahalpun tak apa. aku sanggup beli. opsss...pun begitu janganlah promote produk yang mahal sangat pada budak2 even bagus. bulan lepas, anak aku bagi risalah jugak. mengenai kamus elektronik bahasa melayu. harga rm299. merajuk sampai muncung boleh diikat si luqman bila aku tak bagi dia beli kamus elektronik tu. perluke budak darjah satu beli kamus elektronik tu cikgu? kalau perlu, bawalah dalam mesyuarat pibg, kita wajibkan semua murid beli. kalau setakat nak menggalak budak2 kenal produk berteknologi, anak aku dah ada henpon dan netbook sendiri. setakat laptop aku ni semua dia dah reti explore, tu aku tak bagi dia pakai. pakai netbook dia sendiri je lah. kalau diikutkan memang dah tahap layan facebook sendiri, tapi mengeja pun merangkak, aku sorok broadband aku tu. he.he.he....

sekali lagi aku menyeru cikgu2 agar lebih prihatin dan hormatilah proffesion anda itu. aku hormat cikgu dari dulu sampai sekarang, sebab guru2lah aku ada ditahap ini sekarang (even kuli kilang). kurangkanlah beri budak2 risalah beli2 buku cerita tak berkualiti dan makanan obes yang mahal itu. dah berlambak buku2 yang menjijikan dipasaran, jangan kotorkan institusi yang mulia ini dengan melambakkannya disekolah dan memaksarela pelajar membelinya. untuk jasa baik cikgu itu, saya mengucapkan TERIMA KASIH.

11 comments:

eeeda said...

Benda mcm nie, kami yang guru biasa memang berasa kurang selesa...

Pertama juru jual nie dah curi masa anak2 nak belajar...

Kedua, melibatkan duit untuk perkara yang bukan keperluan pun... maklum lah sek aku nie sekolah kampung...

Masalahnya, siapa yang memberi kelulusan... bukan kami guru biasa... tapi guru yang berkuasa... kami sendiri pun kekadang tak selesa... baru nak tanda buku... datang juru jual,,, nak jual barang... cakap sekejap je cikgu... sudahnya tak gerak selagi tak beli barang...

So ibu bapa perlu faham... kesimpulannya dalam mesyuarat PIBG... perkara ini perlu disuarakan. Suara ramai lebih laku daripada suara yang satu.

E-na Zarina said...

depend pd pentadbir sebenarnya. Ada sekolah yg strict, salesman x dibenarkan masuk sama sekali but ada juga pentadbir yg mengizinkan... guru biasa tak ada kuasa untuk menolak kehadiran salesman kalau dah pihak pentadbir benarkan mereka promote brg2 kt sekolah. Cikgu2 pun rimas dengan kehadiran tamu sebegini...memang mengganggu tugas P & P...from my xperience salesman lebih suka ke sekolah rendah compare sek men...mungkin faktor budak2 kecil mudah terpengarh dgn benda2 baru yang menyeronokkkan mereka, boleh kasi income yg banyak kt salesman...Kalau dah kes mcm u cerita ni rasanya better di usulkan dalam mesyuarat PIBG, tindakan sewajarnya akan di ambil...mungkin pentadbir sekolah tu terlepas pandang...

suriani said...

kesian budak2.. dia rasa semua tu cam perlu.. yelah, dorang manalah tau.. kalu bawak risalah, tentu makpak nampak cam penting... tu la pandangan aku sebagai anak ni...

yg tak tahan tu anak hang sampai merajuk tuuu.. heheeh

Anonymous said...

betul
zaman sekolah aku ada magician masuk jual barang magik dia

mesti sekolah benarkan magician tu buat magik dia... of course ada komisyen

insan marhaen said...

Zaman AH sekolah tahun 60an dulu pun dah ada. Apatah lagi zaman anak-anak AH.

Kekadang, seolah seperti anak kita dipaksa membeli.

izman said...

eeeda :
setuju dgn ko, pihak ada kuasa kena bendung. kesianlah pd yg tidak mampu.

izman said...

lovely kitchen :
aku akan usulkan dlm mesyuarat pibg nanti.

izman said...

ka su bidadari :
ko taula budak2, tak dapat merajuk je la kerjanya.

izman said...

roza :
kapten, kalau zaman ko dah ada, so menda ni may be dah jadi rutin. emmm....

izman said...

abuhanifah :
may be ianya dah jadi menda yg wajib di sekolah, dan barangkali sebagai bapa kita kena menghadapinya dan sekadar mengeluarkan uang belanja sahaja.

ku-cit said...

apa lagi jom wat report kat aduan rakyat..ehehe