Sunday, April 11, 2010

Kutip Sampah untuk kitar semula; melarat atau pendapatan lumayan?

cam biasa hari ahad adalah hari keluarga, hari membeli barangan dapur, hari jaga haiwan peliharaan dan hari membersih rumah. bersih rumah memang kerja wife aku, cuma bab nak bersihkan bilik stor adalah kerja aku. biasalah sebab yg memenuhkan stor tu majoritinya barang2 aku. dengan pelbagai buku rujukan, novel, komik, tools dan sebagainya. tidak terkecuali berkotak2 surat. err... bukan surat2 chenta, surat kredit card, surat utiliti, bil dan sebagainya. masa aku rajin aku terus failkan ke fail masing2. tapi bila malas kalu, aku masukkan ke kotak dulu, bercampur aduk.

hari ni agak senang, tak de banyak hal. lepas beli sarapan, lepak2 baca surat khabar, layan blog, layan anak2, layan ikan, layan hamster. pastu keluar shopping barang dapur, hari ni aku gi sorang je. kalau aku pegi sorang lagi cepat. bahaya sekarang ni sebab virus H1N1 mula menular balik, bahaya wooo!

lepas makan tengahari aku memulakan operasi bersihkan dan kemaskan stor. kertas2 surat khabar lama, risalah promosi pasaraya, majalah2 astro lama, cosway, dan sebagainya aku kumpulkan satu tempat. bekas simpanan barang kitar semula yg aku khaskan juga aku keluarkan. bekas simpanan ini aku saje beli yg besar dan berpenutup untuk galakkan anak2 dan keluarga simpan barang2 yg boleh dikitar semula disitu seperti tin susu anak, bekas milo, botol mineral, botol 100 plus, botol yakult/vitagen/solivite, dan sebagainya.

sambil menyisih surat2, sampul surat tu aku asingkan, surat tak berguna aku asingkan dan bertambun jugak sampah kitar semula aku. anak2 cam biasa membantu. aku asingkan sampah2 itu dan masukkan dalam kereta. aku bawa ke kedai kitar semula berhampiran dan guess berapa ringgit aku dapat? rm13.80 beb!

ye lah, ia tak banyak dan duit2 tu cam biasa aku bagi anak simpan dlm tabung mereka. tapi aku terfikir bahawa orang yang kutip brg kitar semula yg kita nampak saban hari tu sebenarnya may be diorang memang tak nak bekerja makan gaji. anggapan aku sebelum ini bahawa mereka tiada pekerjaan kerana tidak diterima adalah salah. bayangkan dengan sedikit ilmu menebalkan muka, mereka cuma perlu ke tempat2 awam atau tepi2 jalan atau kalau yg lebih berinisiatif akan menyelongkar sampah di rumah2 orang. ya.... aku dah banyak kali tengok ada beberfapa orang yang menyelongkar sampah di rumah2 orang untuk habuan sampah kitar semula. ada yang bagus, mereka memanggil tuan rumah dan meminta kebenaran. mereka akan rabakkan plastik sampah asal, mencari sesuatu yg boleh dijual dan memasukkan semula ke dalam palastik sampah baru yg mereka bawa.

entahlah, pada aku kerja menyelongkar dan mencari sampah di tempat2 awam nampak hina, tapi bagi yang nampak ia sebagai punca rejeki may be pandangannya berbeza. ye la, apa peduli apa orang kata jika dapat duit yg banyak darinya.

aku kutip sampah dari tempat buang sampah orang atau public ??? errr...err..... belum tebal lagi kulit muka aku untuk itu.

3 comments:

PnConfused said...

paper bila tah ada baca pasal seorang warga britain yg ada simpanan jutaan dolar dgn hanya menyelongkar sampah dan juga kebijaksanaan dalam saham... :)

Mak Su said...

lain orang lain caranya mencari rezeki kot....

relevan said...

Mengitar semula bagus .. jika dipandang dengan mata kasar nampak melarat..cuba selidik dengan mata halus.. income lumayan .. Satu Pakcik kat Landfill jengka 10 .. boleh dapat hampir RM100 lebih sehari..asal jadi duit saja..