Thursday, April 22, 2010

Kisah Anne Jual Susu Lembu

terlanjur bercerita kisah ali baba dan suparman baba ni, aku cerita pasal kaum india sekali. ye lah, kitakan konsep satu malaysia. org melayu dan cina selalu kita dengar kisahnya, tapi orang tamil ini bagaimana?

aku rasa ramai yg perasan bahawa kat negara kita ni jurang kekayaan org india sangat ketara dengan org cina dan melayu. malah sesama kaum dia pun sangat ketara. ye lah, kalau yg kaya tu, terlampau kaya sampaikan satelit kat angkasapun dia punya jugak, sedangkan yg miskin terlalu miskin hinggakan nak makan roti kosong dengan kaya pun tak mampu.

aku ada satu kisah. pada suatu hari aku berkereta dengan sahabat aku si saiful, ada tugas rasmi diluar (sila percaya). aku tanya saiful;

aku : pul, ko kenal tak india bawa motor tu?
saiful : tak. india jual susu tu ke?
aku : ko rasa2, dia kaya ke miskin?
saiful : kaye ke benda, jual susu kambing la.
aku : tu la, ko silap. kaya tu.
saiful : banyak le ko dia punya kaya. roti kaya ada la dia. motor pun buruk.
aku : pul, ko tau tak, harta dia aku rasa lebih banyak dari harta ko campur dengan harta aku.
saiful : he.he.he... banyak la harta dia
aku : pul, anne tu kaya. percayalah cakap aku. dia tu ada ladang lembu tenusu, ada kambing tenusu, ada lembu, ada ayam.
saiful : mane ko tau ni?
aku : tu lah ko, katak bawah tempurung. dia tu tokey lembu dan kambing. lembu dia ada lebih 30 ekor. lembu susu dia lebih 12 ekor. kambing dewasa dia lebih 50 ekor. kambing tenusu dia berpuluh ekor. kuli bangla dia ada lebih 6 orang. dia buat hampir semua kerja sendiri.
saiful : abis apa yg kayanye?
aku : tu la ko, matematik failed. lembu dewasa seekor dalam rm1500, kalau 30 ekor dah beraapa? ko kira la sendiri. tu belum campur lagi kambing. kambing dewasa seekor tak kurang dari rm600 seekor.
saiful : ye la. kaya la dia. bawak motor buruk je tu. dia sendiri yg hantar susu ke kedai2 tu.
aku : india ni pandai, dia sorok2 je kumpul harta. orang melayu? heh.. baru ada duit sikit, berlagak nak mampos.
saiful : ko ni macam tau semua ni, betul ke? kelentong la
aku : aku kan pernah bawak bangla yg nak beli lembu masa raya haji dulu, tu yg aku tau.
saiful : ye la, ko ni semua benda ko tau la.
aku : biasa la...(sambil hidung kembang kempes menahan rasa bongkak)

3 comments:

Anonymous said...

kat tmpt kerja aku org india gak

hari2 datang kerja x ada ler bergaya. lebih kepada pakaian murah2 x ada fesyen.

jawatan pun x besar tp ketua gak ler.

tp dia jenis pandai simpan duit... ada dua banglo, ada kereta mewah (tak bawak pegi keja sebab naik motor)

rasanya lg kaya dr executive bergaya tmpt aku. haha

Mak Su said...

sebenarnya memang benar, orang melayu kalau ada duit sikit, kuat sungguh berlagak. bukan saja berlagak tunjuk dia ada duit, malah siap perleceh orang lain pulak tu, seolah-olah orang lain yang kurang pada matanya tu, semuanya low class... hahaha, gelak jer lah.

padahal orang jenis berlagak tu, lagaknya kejap jer, lepas tu bila kekurangan datang bertimpa-timpa, monyok mengalahkan kucing mati anak

oops! menceceh plaks kat sini, sori ya izman

hai said...

org 'lelaki' melayu yang baru je nak senang selalunya mudah lupa diri...mula2 sibuk beli kete besar pastu tayang sana sini,kehulu kehilir sambil usha2..dan akhirnya berjaya le membuka cawangan baru..hehehe....