Friday, April 2, 2010

Hari sabtu, Hari Tanpa Beg Plastik selangor

sekarang masa rehat2. baru balik dari shopping sedikit barang dapur dari pasaraya berhampiran. sebenarnya boleh pergi beli esok atau lusa, tapi sementara ada kelapangan, pegi je lah. kalau esok (sabtu) memang tak pegi la sebab pengguna terpaksa membayar dua posen untuk setiap beg plastik yang digunakan untuk membungkus barangan yang dibeli. dua posen beb, nampak macam murah tapi kalau sekali aku beli mau 12 beg plastik, dah berapa hengget tu.


Poster : ehsan www.selangor.gov.my

kedekut? bukan kedekut la... aku prihatin pada alam sekitar sebenarnya. sebab gomen selangor isytihar hari sabtu hari tanpa beg plastik, aku kena ikut la. kalau hari jumaat malam sabtu tak payah ikut. err... buleh ke cam tu??

secara peribadi aku setuju dengan langkah kerajaan selangor mendera rakyat selangor dengan memaksa mereka membayar untuk beg plastik dipasaraya2. biar pengguna juga sedar bahawa mereka terpaksa membayar harga yang mahal untuk kos mencemarkan alam sekitar. err.. kalau harga nak memulihara alam sekitar? sendiri mau ingat la.

langkah kerajaan memulakan dengan plastik pada aku sangat bagus. plastik adalah sesuatu yg dah jadi habit. kita gunakan plastik terlalu banyak, dan plastik inilah yang sebenarnya banyak mencemarkan alam sekitar. korang tau lah, plastik ni even plastic bag akan ambik masa beratus-ratus tahun untuk hancur dan terurai.

masa mula kerajaan selangor laksanakan bayaran dua posen untuk beg plastik ni aku marah jugak. ye lah, dah la barang mahal, nak kena bayar untuk beg plastik pulak. kemarahan aku itu kalau boleh diterjemahkan sebagai ingin memangkah kertas2 undi pilihanraya. kalau ada je calon kerajaan selangor dari pakatan rakyat, aku akan pangkah. itulah bencinya aku pada dasar meletakkan harga pada beg plastik ini. mau tak marah, satu beg plastik yg ada 70 keping baru berharga 80 sen, tapi dia charge pengguna 20 sen satu, yahudi punya kerajaan. tapi menimbangkan pangkah kertas pilihanraya bukan bermaksud tak suka atau salah seperti yang cikgu aku masa kelas 3 anggur ajar dulu. pangkah maksud dia suka calon tersebut, kalau aku jumpa cikgu aku dulu, nak aku sontot tali pusat dia. berani tipu aku dulu.

tapi balik rumah aku rilek2 aku buat ilmu matematik mudah (kalau matematik susah, memang susahlah aku nak menjawabnya). ini hasil saampah plastik keluarga aku dalam sebulan :-

beg plastik pasaraya 6 kali sebulan X 12 keping/trip = 72 beg plastik
beg plastik nasi lemak/sarapan = 8 beg plastik
beli jajan/burger/brg runcit = 12 beg plastik
bekas plastik vitagen/solivite/yakult = 60 botol plastik
botol vitamin/baby oil ect.. = 3 botol plastik

itu secara kasar, belum perincian kecil2. banyak sebenarnya kita menyumbang kepada kerosakan alam sekitar. so, aku menyokong penuh langkah menyelamatkan bumi melalui kaedah mendera pengguna mendapatkan beg plastik percuma pada setiap hari sabtu.

tapi, gomen selangor kena pantau jugak kedai2 yang kenakan harga dua posen untuk beg plastik pada setiap hari sabtu ni. kang tujuan murni, tapi alih2 tokey2 kedai yang buat untung jual beg plastik. kena ada audit, biarlah duit untuk kegunaan alam sekitarini digunakan untuk manfaat alam sekitar.

2 comments:

relevan said...

Ayuh kita mulakan kempen membawa bakul rotan untuk pergi bershopping pula..

nurazzah8 said...

Salam...akak memang menyikong 200% sejak dulu lagi patut dah laksanakan... pada akak dah makan masa beberapa bulan ni, patut di tambah dari 1 hari, Sabtu sahaja, ke 2 hari pulak, mungkin Sabtu dan Ahad..sebab weekend ni mmg ramai orang berbelanja dan membeli belah...

mmg bagus... akak dah sentiasa stand-by dalam kereta beberapa beg kaler hijau tu, dan juga beg2 lain yang degradable dapat dari tempat lain... dan 1-2 kotak dalam kereta dan van.. kalau terkena pergi shopping hari Sabtu, dah ada tempat...

sokong..sokong...! teruskan kerajaan selangor...

p/s: semasa akak pergi belajar di States dulu... di pasaraya2 mmg TAK ADA GUNA BEG PLASTIK.. semua pasaraya pakai BEG KERTAS...(yg kaler coklat tu) ... padahal dia orang negara maju... lagi maju drpd kita...