Monday, March 1, 2010

Siapa Bodoh??

apa tajuk nak tulis ni ye... aaa.... kisah adik2 kita ambik keputusan stpm (sijil tinggi persekolahan malaysia). sesetengah kawan aku kata stpm ni sijil tunggu pinangan malaysia. emmm... ye kot. dulu2, lepas stpm ramai yg dah tak tau nak gi mana, may benak sambung ke 'u' atau maktab tak lepas atau tak de rejeki, so... tunggu orang pinang la. nikah je senang.

lepas upper 6, dah abis stpm, ramai kawan2 aku berubah haluan. ada yg masuk universiti, ada masuk maktab, ada yg masuk kursus perubatan jadi medical assistant, ada mencari rejeki di kuala lumpur, dan ada juga yang menjadi isteri orang. tak kisahlah, nasib masing2 la.

aku, Alhamdulillah syukur dapat masuk 'u'. makwe aku masa form 6 tu dapat masuk maktab. arggh... memang dia minat jadi guru. apsal aku tiba2 tak minat bidang perguruan akupun tak pasti. yg nyata masa sekolah akulah wakil sekolah dalam pelbagai kuiz, syarahan dan presenter. bosan kot, atau aku takut asyik tackle rakan seguru atau anak murid yg comel2. aku ni jenis mudah jatuh cinta dulu. kadang2 sehari, mau lapan kali aku jatuh cinta.

opss.... lari tajuk lagi. aku nak cerita pasal kisah aku ambik result stpm aku. masa result diumumkan aku pakal call kawan2 kelas aku ajak pergi ambik sekali. kalau ramai2 tu hilanglah darah gemuruh. tapi betul, macam2 perasaan masa nak pergi ambik result. lulus ke, failed ke, berapa 'p' atau 'r' yang dapat. tak dapat dinafikan stpm memang sukar. satu2nya subjek yang aku yakin skor ialah sejarah. aku minat sejarah, dan susahlah orang nak tipu aku bab2 sejarah ni (dulu la....).

hari keputusan diumumkan, aku awal2 dah ke bandar jerantut. tunggu kawan2 lain seperti mahadir jaafar, nazri, nafisah, raja zarina. kami naik kereta nazri. dalam kereta aku cuba berlawak seperti biasa, cuma nadanya agak hambar. maklumlah, bekas kekasih ada sama. bekas kekasihla sebab dia ceraikan aku masa aku diterengganu. tak patut betul! tak kan sebab dia dapat tangkap aku hantar surat cinta kat budak tingkatan 3 pun dia nak kecoh, sampai sanggup ceraikan aku. ko kijam.... aku tau ko dah bagi aku peluang beri penjelasan, tapi aku nak bagi penjelasan apa? mengaku? salahlah aku memberi peluang insan comel lain berkongsi kasih. apa salahnya, bukan orang lain, bakal madu ko jugak!

arghh... lari tajuk lagi. sampai disekolah, ramai kawan2 lain dah ada. ada yg dah ambik result, dan ada yg macam aku, masih kecut telur. walaupun kawan aku si nazri asyik beritahu result aku ok, aku tak berapa percaya. dengan langkah longlai aku ke bilik gerakan untuk ambik result. pheww..!! syukurlah. dapat jugak aku 5 Prinsipal. prinsipal 'A' cam biasalah sejarah, yg lain tu macam2 le. yang aku lagi happy sebab aku orang ke 7 paling cemerlang di sekolah itu, pada tahun itu. siap ada nama dalam majalah sekolah lagi. dengan result aku dapat hari tu saje aku pergi tayang kat kawan sekelas aku yg dikatakan 'hebat' sangat. malah pernah suatu hari kawan2 itu mencabar aku tak mungkin dapat challange dia dalam reslut stpm nanti. ye lah, dia mat studi, aku dulu suka berpersatuan. keluar result, aku lagi hebat, sape tak eksen.

may be ada yg rasa aku keterlaluan dalam berkawan. ye, sedikit keterlaluan. tapi memang aku tak suka mamat tu. kok ye pun dengki kat aku ada awek comel dalam kelas kita, aku selalu diberi perhatian oleh cikgu kerana keaktifan dan kepetahan aku, kerap diberi jawatan kerana ketokohan aku; tapi jangan la cabar aku dan kata aku lebih BODOH dari kamu. kata2 kamu itu membuat aku benci kamu dan syukurlah aku sering menjadikan kamu satu benchmark takat kebodohan diri aku. kemarahan itu terbawa2 hingga aku di universiti dan aku bekerja. malah aku sempat cipta satu nukilan jiwa buat sahabat aku itu.

(i)
Ya, kerana aku tau aku bodoh
aku belajar, salah...
tapi terus belajar.
Dan aku adalah graduan
sebuah menara gading.

(ii)
Ya, kerana aku tau aku bodoh
aku berusaha gigih
menempuhi segala cabaran
Dan aku kini seorang
sepekerja yang berjaya.

(iii)
Ya, kerana aku tau aku bodoh
aku tak pernah leka majukan diri
Dan sekarang semua orang tau
siapa bodoh?
ENGKAU ATAU AKU????



catatan :
Izman
18/0402002

2 comments:

Diarihatiku1976 said...

chaiyoookkk

xiiinam said...

Lepas paper terakhir STPM dulu, pengetua panggil ckLah. Dia suruh ckLah jadi guru sementara kat sekolah tu sementara tunggu result...



Maknanya...masa result keluar, ckLah ada di sekolah tu...jadi cikgu budak2 tingkatan satu...
Seram...rasa tak cukup tanah...
Nasib baik jadi best student....tak delah malu dgn budak2 tu..jadi cikgu depa sampai masuk UM...he..he..