Saturday, March 6, 2010

Petrol Tak Jadi Naik Harga

Surat khabar hari ini dihabarkan berita gumbira, harga minyak tak jadi dinaikan pada mei ini. pada aku memang BAGUSlah. sapa tak suka tindakan gomen ni confirm otak dia ada satu skru tercabut.

ye la, sebelum ni kita tertanya2 apa mekanisma untuk gomen beri kita subsidi. aku yakin 100% masa gomen umum nak naikkan harga minyak dan beri subsidi pada rakyat tempatan je, gomen sendiri tak tau mekanisma apa nak digunapakai. mereka sebut ikut sedap mulut je sebab masa tu kecoh sebab ramai orang siam dan orang singapura beli minyak negara kita kerana harga minyak petrol kita murah. ye lah, beli di negara kita dengan kuantiti yang banyak dengan tangki yang diubahsuai, kemudian balik negara mereka dan jualkan semual. untungnya berlipat kali ganda.

apa yang aku nampak, gomen masih nak buat sesuatu yang nampak tak menindas rakyat tempatan dengan janji memberikan subsidi tapi mekanismanya? nak tiru pemulangan wang rebet rm625 macam pak lah beri dulu mereka malu, sebab mereka banyak mengata bahawa pentadbiran pak lah dulu lemah.

bercakap tanpa berfikir memang inilah natijahnya, langsung tak jadi. dan tak jadi itu pada aku bagus. cuma orang yang cerdik sikit akan nampak bahawa gomen tak buat homework sebelum nak cakap sesuatu. ye lah, orang ni kata nak guna IC nak beli petrol, orang yg kereta banyak terpaksa menanggung kos lebih sebab kereta dengan cc yang tertinggi akan dikira untuk subsidi minyak. orang yang bersikap tak kisah, memang tak buat apalah. tapi yang teliti macam kawan2 aku ramai dah mula bertindak sejak gomen kata nak naikan harga minyak. mereka segera menukar kad pengenalan sebab takut nanti cip kad pengenalan mereka tak boleh dibaca dan menyebabkan mereka tak buleh isi minyak dengan harga rakyat tempatan. ada kawan yang aku tak nak sebutnya saiful nizam takut orang tau yang dia dah mula menelefon sana sini untuk tukar nama pemilik keretanya yang satu lagi ke nama isterinya. ye lah, subsidi untuk satu kereta je, lagi satu kereta tu sapa nak tanggung?

namun aku juga setuju bahawa penarikan kenaikan harga minyak juga boleh disebabkan oleh suara2 rakyat seperti kita. ramai tulis kat akhbar, blog, memorandum dan sebagainya dan mengatakan tidak setuju. jadi sebagai kerajaan yang kita undi mereka bertindak bijak dengan melupakan hasrat untuk naikkan harga petrol, sekurang-kurangnya buat masa ini.

DS najib, TERIMA KASIH kerana tidak naikkan harga petrol.

2 comments:

maiyah said...

nasib x pakai mnyak hehe

idasm said...

alhamdulillah. baguslah kalau x naik harga.