Thursday, March 11, 2010

Rock Kapak

entahlah apa nak aku nak berblog apa malam ni. untuk mengelakkan ada sahabat yang esok bukak blog aku sambil baca entry basi, aku ceritalah sikit.

bagi orang yang lahir sejaman dengan aku atau lebih awal sikit atau selepas aku sikit rasanya masih terbawa2 dengan minat pada rock kapak, atau rock jiwang karat. ye lah, jaman tu pemuzik2 rock hebat memang ganas. pakaian gambar tengkorak, seluar fit, rambut repos dan panjang sampai punggung, rantai, gelang penuh satu badan macam nak tambat gajah liar. ada lagi ekstreem sampai conteng2 muka. senang cerita memang ganas giler la....

tapi, itu cuma penampilan diorang la. bila bukak mulut nyanyi.... cehh.... memang takat leleh punya. lagu memuji dan memuja pompuan. lagu putus cinta. lagu merayu kekasih kembali semula. memang tahap lelaki lemah semangat la, err... lemah semangat bukannya lemah tenaga batin ye. pantang sebut menda tu malam ni.

akupun terpengaruh jugak la dengan rock kapak ni. siap cipta slogan "NGNF atau no girls no fun". pengikut aku cuma aku cuma beberapa budak baru akhil baligh kat hostel, itupun diorang masuk takut aku pelempang diorang. kalau ada bebudak smps atau cikgunya yang singgah sini, kalau terjumpa logo NGNF kat locker, katil dan sewaktu dengannya memang hampir confirm itu kerja aku dan geng2 aku la tu.

oklah, memandangkan malam makin lewat dan aku ada tugas. korang layanlah video clip yang telah diemailkan ke kotak email aku oleh seorang rakan mengenai rock kapak ni. lagu ni dinyanyikan oleh budak2 dan diiringi oleh gendang tong. sape tak de sound kat pc dia tu sori le bro.

Layannn........

video

IZZI ADVERTIZING-------------------------------

3 comments:

Mak Su said...

no girls no fun..? hehehehe

Nur a.k.a admansyah said...

gatal sungguh mung nie...

Aku suke Rock alternatif... jiwangzzz nie tak main ler Bro!

Nek Cun said...

Tak tahulah kenapa... dari dulu, kini dan selamanya nekcun tak suka 'rock'...
p/s: rock & roll suker ler... hehehe....