Monday, March 8, 2010

Raja Lawak Astro

semalam ialah malam terakhir pertandingan raja lawak musim ke 4. dan peserta dari sabah iaitu kechik berjaya menjadi juara raja lawak. perghh... dapay duit, dapat glamer, dapat jam tangan, dapat audio rumah dan dapat kereta naza sorento lagi tu. lumayan! pelawak sekarang dah mahal hadiahnya, dulu2 mana ada, harap glamer je, upah tak setara mana.

bab kemenangan kechik tu aku tak mau pertikai. dah ramai orang sms dia, dia menang la. dah konsep dia 100% undi sms, baguih ke idak itu soal nombor 2. tapi secara ikhlas, aku yg menonton raja lawak dari musim pertama sampai sekarang, aku rasa musim pertama dan kedua yg terbaik. musim ni even final tapi masih banyak kelemahan terutama bab lupa skrip sendiri, dan contents tak berapa lawak.

untuk malam final tu, aku sokong alex. kedua2 sketsa dia pada aku the best untuk malam itu. idlan even dikatakan peserta pilihan jadi juara, pada aku memang aku tak suka. may be sebab dia orang semenanjung kot, itu yang orang undi. jadi undi kenegerian. ye lah, yg dua lagi tu orang belah malaysia timur. apa2pun, salah aku jugak, langsung tak pernah mengundi sapa. he.he.he... aku lebih suka duit aku guna makan kfc dari undi depa. kalah menang depa tetap diberi show oleh astro.

sekarang bidang lawak dah jadi lubuk kekayaan. jadi pelawak dan macam2 dapat. tapi yang orang cam aku nak lihat ialah kualiti pelawak cam tan sri p.ramlee, a.r. tompel, aziz satar, hamid gurkha, a.r. badul dan seangkatan dengannya. kalau filim p.raamlee contohnya, aku yakin ramai dari kita dah layan cerita2 beliau lebih dari 5 kali. tak jemu ke? cam aku filim2 seperti madu 3, nasib labu labi, laksamana do re mi, dan lain2 memang tak jemu ditonton. filem komedi sekarang? aku yakin ramai yg tak hingin masuk panggung. kalau terasa nak tengokpun, ramai yg lebih suka gi beli dvd/vd cetak rompak.

salah siapa?

IZZI ADVERTIZZING----------------------------------

2 comments:

Mr PenyuBiru said...

takde ke org nak tayang semula citer p. ramlee kat panggung.

Mak Su said...

seriusly, memang meluat ler tgk raja lawak.... tak lawak... huhuhu