Wednesday, March 3, 2010

Ubi kemili Atau Ubi K*ling?

sekarang ini di port klang fenomena air pasar besar, atau dikenali juga oleh masyarakat tempatan sebagai "air pasang k*ling". aku tak leh nak sebut terang2an kerana aku yakin akan ada yg merasa sensitif akan penggunaan frasa k*ling tersebut. aku setuju, tapi ia dah jadi suatu nama yang digunakan sejak berjaman dahulu. bagaimana nak hentikan penggunaan.

bercakap pasal frasa "k*ling' ni akupun tak tau dari mana wujudnya istilah ni. ada mengatakan ia gelaran untuk golongan india muslim yang dahulunya datang dari negara india. katanya istilah itu diwujukkan bagi membezakan orang india yang majoritinya hindu dengan orang india beragama Islam. tapi sekarang golongan ini enggan digelar sebagai k*ling tapi lebih selesa di gelar 'mamak'. gelaran mamak itu sendiri datang dari mana ye? mereka beri gelaran sendiri atau memang wujud generasi mamak ini di negara India? entahlah, dan aku sendiri malas nak ambik peduli. yang aku peduli ialah aku adalah pelanggan setia mamak2 ini.

dah pasal tu. kalau nak kupasan ilmiah, nanti aku belajar semula ambik master dan ph.d aku buat tesis tentang tajuk ini. err... sanggup ke aku belajar lagi, otak pun cam dah payah je nak ulangkaji dan simpan data2 ilmiah ni.

sama ada kita sedar atau tidak istilah k*ling ni dah banyak digunakan seperti masjid kapitan keling di pulau pinang, tanjung keling di melaka, dan ubi k*ling (juga dikenali sebagai ubi kemili).

aku ada cerita pasal ubi kemili ni. kat kampung aku di batu balai, ubi ini adalah antara ubi yang sedap dimakan dengan cara merebusnya. dapat pulak makan petang2 dengan kopi panas, memang boleh tak sedar diri punyalah. silap2 gaya punya syiok makan, mak mertua lalu belakang pun tak sedar.

kat kampung aku, kedai2 dimonopoli orang orang cina dan india. melayu ada la 2-3 kedai, itupun ibarat retak menanti belah je. yang famous amos ialah kedai india. so, orang2 kampung yang ada hasil jualan seperti pisang, jantung pisang dan termasuk ubi kemili ni akan meletakkan di kedai india ni untuk melariskan jualan mereka. ala beri la sedikit upah pada tokey kedai.

satu makhluk Allah ni telah meletakkan ubi kemili ni kat kedai india ni untuk jualan. dan seperti dijangka ramailah bertanya dan memblinya. since ubi mekili tu juga dilebih dikenali sebagai ubi k*ling, penduduk lebih suka memanggilkanya dengan nama ubi k*ling.

"saroja, ini ubi k*ling berapa harga?"
"tokey, ini ubi k*ling macam mana kira?"
"anne, bungkus ini ubi k*ling satu longgok."

pertanyaan dan permintaan menggunakan istilah ubi k*ling rupanya telah menyakitkan hati pemilik kedai india itu dan akhirnya menyuruh tuan punya ubi k*ling mengambil semula hasil jualannya dan tidak membenarkannya meletakkan di kedainya lagi. sensitif benar istilah k*ling ni ye!

apa2pun aku setuju kita kena memahami isu2 sensitif disekeliling kita. dah orang india tak suka di panggil k*ling, so jangan panggillah. cuma aku juga setuju sebab ia dah tadi sebati dalam diri, susah jugak nak mengelak dari bertutur mengenainya. apatah lagi aku yang lahir dan membesar dikampung yang memang itulah ayat yang kami pakai untuk merujuk kepada orang india. untuk orang cina biasanya dipanggil 'tokpek' atau lebih manja dipanggil apek. kalau istilah tu HARAM dipakai dan menyalahi undang2, kementerian bertanggungjawab patut keluarkan istilah2 yang diharamkan penggunaannya itu.

anak aku, luqman pun pernah aku tegur bila bercakap menggunakan istilah 'k*ling' ni. ia gara2 ada bunyi motorsikal dan aku meminta luqman melihat takut2 ada kawan2 yang datang menziarah.

ayah : siapa datang rumah kita?
anak : bukan rumah kita la ayah.
ayah : abis, ayah dengar bunyi motor.
anak : itu motor datang rumah 'k*ling' sebelah.
ayah : siapa ajar luqman cakap 'k*ling'? itu orang india la..
anak : luqman dengar tokpa cakap. dia cakap nak pegi beli barangg kedai k*ling.
ayah : luqman tak boleh cakap k*ling, cakap orang india.
anak : kenapa tokpa boleh cakap k*ling?
ayah : tokpa dah tua, dia duduk kampung. luqman duduk bandar, kena cakap orang india. boleh?
anak : ok ayah.
ayah : bagus. dah, pergi sambung tengok tivi.

so, dalam hal ni salah siapa? salah asuhan, salah meneladani perbuatan orang2 lebih tua, atau salah mesyarakat yang membudayakan sesuatu yang jelas tidak disukai oleh orang lain. entry ini TIDAK bermaksud menghina sesiapa atau mana2 bangsa, ianya sebuah cerita dan berniat untuk mengajak semua agak lebih peka dengan isu2 sensitif dan tidak mengulanginya.

3 comments:

UnGu VioLet said...

k*ling.. hehehe..

relevan said...

Buat pengat sedap ubi kemili ni..Orang India pun cukup suka dengan ubi k*ling ni..

norfadzilah said...

sy student tahun 3 teknologi makanan.tengah wat research pasal ubi kemili..leh tau tak kat mana ade jual ubi nie?important sgt2...