Saturday, March 20, 2010

Dua Kali Kursus Kahwin

hari ni, 6 orang bebudak tempat aku kerja mengahadiri kursus kahwin anjuran majlis agama Islam klang. dua hari, sabtu dan ahad. dari ramai2 itu yang akan kahwin dalam masa terdekat cuma sorang je, yang lain tu sama ada plan nak kawin hujung tahun ni atau awal tahun depan, atau saje2 ikut akupun tak pasti. pada aku mereka2 ni tak boleh nak sorokkan daripada aku sebab kalau yang jantan tu bila nak buat permohonan nak menikah, confirm kena dapatkan surat pengesahan bujang daripada aku. ye, aku sorang je yang buleh sign pengesahan tu kalau di tempat aku kerja. ha.ha.ha.... gelak stail jahat sekejab aku.

dan bila dah confirm nak buat kenduri sekali laagi mereka kena beritahu aku, officially. ada surat jemputan untuk aku, dapatlah 2 hari cuti berbayar yang diberikan oleh syarikat. kalau kawin sorok2 atau kawin kat siam, sorilah nak dapat cuti ehsan syarikat ni. yang pompuan pulak kalau nak menyorok kahwin jugak seperti menjadi bini kedua, ketiga dan keempat tu masih tak leh sorok ngan aku sebab mereka kena laporkan kepada HR untuk melayakkan mereka dapat cuti bersalin. kalau mengandung disorokkan dari syarikat, tak dapek la cuti bersalin. yang jantan pulak tak dapatlah cuti paternity.

dah, cukup pasal tu. tajuk ni psal kursus kahwin. sebut kursus kawin bebudak kilang aku tu, teringat pulak masa aku kursus kawin dulu. bukan sekali aku pergi, aku pergi dua kali. Ye, DUA KALI. err... kursus nikah dua kali bukan bermakna aku nak mempunyai dua orang isteri. ye, aku faham bahawa kalau ikutkan undang2, sekali kursus kawwin untuk satu isteri. tapi bukan itu terjadi pada aku.

apa? aku gagal kursus kawin? tidak, aku tak sebangang itu untuk ambik dua kali baru lulus. lepasan universiti aku ni tau! ingat universiti utara malaysia tu tak de kelas ke, ia kelas 2 anggur tau.

begini, aku ceritalah......

"kali pertama, aku mengenalimu
raut wajahmu bersih..."

woi samdul, itu lagu black la.....

opsss.... im sorry.....

kali pertama aku ambik kursus kawin ni ialah masa aku belajar kat upper six (terjemahan : tingkatan enam atas)di sekolah menengah jerantut. akupun bukan nak sangat kursus tu tapi semua bebudak upper six diwajibkan, aku ulang DIWAJIBKAN menghadiri kursus itu. ia gara2 ada kelas syariah di kelas upper six. aku tak belajar syariah, aku ambik ekonomi. so, kursus kawin tu diadakan di dewan sekolah SMJ itu. percuma aku rasa la... tenaga pengajar kursus tu dari pejabat majlis agama Islam jerantut.

ok gak kursus tu. pada masa tu aku kalau nak dikirakan ada gak gatal2 nak berbini. maklumlah kekasih hati aku pada masa tu sekelas dengan aku. adalah berkira2 nak meneruskan perhubungan hingga jinjang pelamin. err... gatai betul padahal duit asramapun papa aku yang bayarkan. ada la terfikir kalau kami dapat tawaran ke universiti atau maktab, ingat nak ikat dulu. bukan ikat kepala pakai tali kambing ye adik2, ikat tali pertunangan. kalau talli kambing harga dia paling mahalpun dalam rm23 hengget untuk 10 meter, tali pertunangan ni harga dia mau ribu riban. dah la mahal, tak boleh disembelih untuk buat korban ye.... ia digunakan untuk menjaga tuannya dengan menjaga rumah, anak2 dan tempat tidur.

kursus kawin disekolah menarik gak la, sambil2 mendengar ceramah, boleh gak jeling2 kekasih hati yang turut sama berkursus. mendengar keseronokan berkahwin, ingat2 hati ingat lepas kursus tu terus je nak kawin. tapi takut lak nak cakap dengan papa aku, kang makan penampor. masa tu kursus tu jugak dua hari dan ada exam. ye, exam. dan alhamdulillah, berkat mendengar dengan penuh minat pada bab2 munakahat (nikah kawin) tetapi tersengguk2 bila ceramah bab ibadat dan bersuci, aku berjaya lulus. semua lulus la..... he.he.he... semua dapat sijil kursus perkahwinan.

lepas periksa stpm, masing2 membawa haluan masing2. ada yang terus bekerja, ada yang sambung belajar dan ada yang labi bagus terus gunakan sijil yang dapat untuk menikah. bagus, sangat tidak membuang masa. tapi aku..... tidak ada jodoh dengan si dia. kami clash selepas scandal aku dengan budak form 3 yang aku goda masa sama2 dalam aktiviti persatuan dibocorkan oleh sepupu kekasih hati aku itu. why? salahlah aku memasang satu lagi? bukan orang lain, bakal madu kau jugak!

aku sambung belajar ke uum. lepas belajar aku menganggur kejab, pastu kerja. akhirnya bila usia menganjak 27 tahun, kegatalan untuk beristeri tidak dapat dibendung lagi. aku kemudian bertunang (dengan isteri aku sekarang la). bila tarikh pernikahan makin dekat, aku mintak akak aku check dengan majlis agama Islam jerantut tentang kesahihan sijil nikah aku itu. tapi "seribu kali sayang, sangkaku..." opss... rupanya sijil nikah itu dah expired. ia hanya sah 3 tahun sahaja. bancau!

nak tak nak aku kemudiannya mendaftarkan diri untuk kursus kawin kali kedua. aku ambik di kuala lumpur. dua hari jugak, tak perlu exam. since aku dah pernah kursus, kedatangan aku cuma untuk ulangkaji sahaja.

dan alhamdulillah, setelah sijil diperolehi, akupun menikah dan alhamdulillah ia kekal bahagia hingga sekarang dengan 3 orang anak.

ada impian untuk mengambil kursus kawin kali ketiga? err..err... tak de.

IZZI ADVERTIZING----------------------------------------

Selalu sakit kepala akibat selalu menghadap komputer/ laptop atau bergayut berjam-jam di telefon bimbit?

Ia akibat radiasi alatan tersebut. Gunakan pelekat SCALAR ENEGRY bagi mengurangkan radiasi tersebut.



Keterangan lanjut, sila layari website dibawah :-

www.4mula.biz/?id=izzi

1 comment:

umi ameer said...

Tentu ko lebih ariff bab2 menguruskan hal rumah tangga yek... sebab ko terlebih kursus.

Selalunya org lelaki liattt sgt nak pi kursus2 ni sumua, but, bila kursus kawin elokkk je pulak ek?

Baguihlah tu.. tabik!