Sunday, February 28, 2010

Mengajar Atau Mendera?

beberapa hari kebelakangan ini di surat khabar, tivi, dan kedai kopi kita dihidangkan dengan kes dera anak kecil berusia 3 tahun yang akhirnya meninggal dunia. lebih mengejutkan ia didakwa dilakukan oleh teman lelaki ibunya yang khabarnya turut menghasilkan anak luar nikah dan sekarang sedang mengandung anak luar nikah lagi.

aku tak nak bercakap pasal isu moral dan agama berkaitan bersekedudukan dan anak luar nikah. pada aku itu harga yg perlu dibayar untuk sifat individualistik dan tidak peduli masyarakat dan tok-tok guru kita. mustahil seorangpun tidak tahu, dah mengandung dan bersalin, tak kan klinik dan hospital tak tau. argh... biarkanlah.

aku nak bercakap mengenai budak kecil berusia 3 tahun. aku yakin ramai dari orang yg membaca blog aku ni dah beranak pinak dan ada yg dah anak besar2 pun. apa kerenah budak sekecil itu sampai dia didera sekejam itu. tiadakah sekelumit sayang pada seorang budak kecil. anak kedua aku juga berusia 3 tahun lebih, dan juga seorang budak perempuan. budak2 memang lumrahnya bermain, degil, bergaduh adik beradik, petah dan suka melakukan sesuatu even kita tidak suka. itulah sifat budak kecil, apa yang kita kata 'tidak' dan 'jangan', itulah yang suka dibuatnya. tapi apakah hukuman untuk kesilapan dan kedegilan mereka? di sepak, ditampar, dicucuk api rokok atau lebih sesuai di pijak perutnya dengan kasut bola?

celakalah orang yang mendera anak sebegitu kejam! jika anak aku berbuat kesalahan malah bergaduh adik beradik; memarahi mereka dan membuat mereka takut dan menangis sudah cukup membuat aku tidak lena tidur. rasa sesal memandangkan mereka masih kecil dan mereka tidak tau apa yang mereka lakukan. kemarahan atau meninggikan suara dihadapan anak2 hanya sekadar menunjukkan bahawa aku sebagai ayah serius mengajar mereka. sekadar untuk menunjukkan bahawa aku ayah yang tegas.

mendengar rajuk dan tangisan mereka, luluh hati aku. tapi sekadar menunjukkan ketegaasan diharapan mereka. dibelakang anak2, aku minta isteri memujuk mereka dan kadangkala mengalir air mata aku sendirian. siapa yang tidak sayang anak wooi....

apa2pun mengajar anak dengan sedikit kekerasan dan ketegasan pada aku tak salah. yang salah ialah bila menyakitkan dan mendatangkan kecederaan pada batang tubuh anak2. jangan jadikan anak2 tempat melepaskan geram. lagi salah kalau memang jenis suka-suka hati mendera anak2. orang yang suka mendera anak2 ni pada aku memang jenis manusia bersifat haiwan dan SAKIT OTAK.

Al-Fatihah untuk adik Syafiah Humairah Sahari. Moga Allah menjadikan Allahyarham sebagai bidadari di syurga kelak.

7 comments:

sha said...

x bole buat apa lagi...kepala dah penuh dgn najis dadah...campaklah kemana pun..

admin said...

salah man mana plak teman wanita ibunya.. haha.. tapi memang kejam giler aa.. mak dia pun dera dia jugak..

izman said...

sha,
yup, itulah bila dadah menguasai diri.

izman said...

admin aka nurizan,
thanks.... marah sangat tadi, tu yg ejaan dan lain2 pun salah. dah betulkan.

hai said...

mmg x de perikemanusiaan langsung..yang peliknya tu mak dia x rasa sakit ke masa beranak,sampai sanggup dera anak camtu!!

Ah Fatt said...

ajar anak kena keras luar, lembut dalam... hehe

Mak Su said...

maksu sengaja tak ikuti/baca news tu. tak sampai hati.... luluh perasaan rasanya :(

Al-Fatihah untuk arwah