Monday, February 22, 2010

Aduhai Mercun

sekarang dah masuk hari isnin, tapi nak tido tak boleh sebab anak2 semua dah terkejut dari tidur sebab jiran2 dan komuniti cina kat kawasan ni start bermain mercun dan bunga api sejak jam 12 tengah malam. dah terbiasa bagi aku, tapi anak2 terutama yg kecik masih asyik terkejut dengar mercun yg kuat bunyinya.

dalam bercerita pasal mercun dan bunga api ni aku dari kecik memang berjiran dengan perkampungan cina di damak dan kemudiannya di batu balai, dah tak kisahpun seikhlasnya. dulu masa sebelum pengharaman mercun, aku adalah pelanggan utama mercun setiap kali raya. sebutlah apa jenis mercun, dari mercun katak, roket, ketupat, bola, mercun das dan segala mak nenek punya mercun aku pernah cuba main. ala raya sesekali, apa salahnya mmeriahkan malam, apahal nak tidur awal2.

tapi bila gomen mengharapkan mercun, aku stop main. tak nak cari pasal dengan bermain mercun. tak kan nak tidor lokap beb! tapi apa yg aku perhatikan larangan tu sebenarnya untuk orang melayu macam aku je. ye lah, bila nak raya melayu je, polis hari2 beritahu dalam tivi yg sape main mercun akan di dakwa, ditangkap dan sebagainya. tapi bila nak raya cina atau india, HARAM langsung takde sorangpun polis yg akan bercakap pasal pasal larangan bermain mercun ni.

tak pe lah, orang cam aku faham yg mercun tu budaya cina, bukan budaya melayu. so, kalau dia main tak apa. kalau raya melayu kita main salah, sebab orang melayu memang suka modified. mercun yg tak bahaya akan dimodified jadi mercun tahap bom kereta kebal. bukan takat bunginya kuat, silap gaya boleh putus jari dan hilang nyawa sekali. ala... orang melayu!

cuma, aku harap yang fair itu fair. kalau cina boleh main dan polis buat pekak telinga orang main mercun sedangkan balai polis memang betul2 dalam pekan cina, aku harap masa melayu raya nanti polis dapat pekakkan telinga jugak lah. tok sah la susah pergi ronda ke kampung melayu masa diorang main mercun tu. tak adil la kalau polis sanggup masuk kampung yg ulu banat untuk kesan orang main mercun sedangkan orang cina main tepi balai pun korang tak kisah. kena adillah, kitakan dah 1Malaysia. ini bukan tulisan rasist, ini tulisan mohon kesamarataan. dan kalau ada mana2 pertubuhan nak buat petisyen untuk desak kerajaan tarik balik larangan bermain mercun, aku sanggup ikut serta. anak aku mercun pun tak kenal, aduii malu betul!

apa2pun, kepada yg merayakan tahun baru cina, SELAMAT TAHUN BARU CINA.

4 comments:

Maiyah said...

nasin baik kat umah sy x bising, bunyinya jauh

suriani said...

a ah, akupun rasa pelik gak..takde pun isu2 mercun ni kuar kat tivi masa raya cina, kan?

satu hal lagi, takde pulak org2 cina yg cedera masa main mercun yg kuat bunyi dan terus menerus mengganggu tidur malamku ini.. during this time, kan?

mmg sgt tak adil, ek?

Anonymous said...

sebab ramai yg cedera tu org melayu

kuchalana said...

klang beb.. hokkien punya area.. biasa la yop.. family gua pon hokkien.. skali depa bakar mercun.. sampai kesubuh xabis2..

ole...