Tuesday, March 16, 2010

Hangin Aku

sekarang mood aku dalam keadaan sangat tenang. anak bongsu aku tiba2 merengek nak tidur aku dodoikan. cam biasalah kena dodoi sambil berselawat dan ada jugak menyanyi. nak menyanyi lagu lagu2 moden rasa tak sesuai, so cam biasa aku dodoikan dengan lagu turun temurun, lagu lancang kuning. ye lah, lagu tukan jenis mendayu2 cepatkan layu mata anak aku tu dan tidur.

pagi tadi kat kilang, temper aku nak sekejab. ia gara2 ada pekerja yang keras kepala. waktu rehat pagi cuma 15 minit, tapi dah lebih waktu masih ada masa hisap rokok dan pekena teh kat smoking area. bila nampak aku, ramai dah lari tapi ada sorang mamat ni buat2 tak nampak aku, hisap rokok selamba badak air je. dari jauh aku tunjukkan isyarat jam menunjukkan masa rehat dah abis, dia tunjuk rokok. tu aku hangin satu badan. aku pergi dekat dia dah cam biasa keluarlah bahasa2 yang best2.

mencarut? tidak! aku mana reti mencarut ni. aku cuma bahasakan dan cakap dengan sopan tapi tegas, kalau aku nampak dia berfoya2 cam gitu sekali lagi, aku bagilah surat chenta. surat chenta ni kalau budak2 kilang memang cukup tak suka dan cuba elakkan. ye lah, satu surat chenta akan menyagikatkan bonus atau ex-gratia atau insentif mereka pada tahun itu akan dipotong atau langsung tak dapat. rugi woo... dah aku memang pegang aku cakap, kalau aku kata sekali lagi buat dapat, maka dapatlah. kalau korang tak dapat bonus tu, peduli apa aku! salah korang sendiri la.

yang aku geram tu, yang selalu buat pasal tu orang sebangsa dengan aku. kalau gaji besar sangat tu ok lah, ini dah la gaji ciput, eksyen mengalahkan manager. sembang kemas! buat kerja habuk pun tarak!. yang bestnya ada yang mengadu dengan manager masing2 yang aku sound mereka untuk ambil tindakan, dan manager mereka datang jumpa aku cakap. so what? salah tetap salah. kalau jenis berbudi bahasa tu kira boleh bertolak ansur, jenis kurang ajar kalu, sendiri mau ingat la....

apa2pun mood aku cepat cool. itulah kelebihan orang HR. kesimpulannya ialah, semasa bekerja, bekerjalah dengan ikhlas. jangan curi tulang dan jangan jugak curi isi. walau berapa tahunpun kita kerja, selagi kamu berguna kepada syarikat, kamu akan terus digunakan. kalau kita buat salah even sekali, kadang2 dah tak ada peluang kedua untuk mereka.

pssst.......! jangan cari pasal dengan orang HR.

2 comments:

Mak Su said...

tak per..... dah bagik amaran, sendiri mau ingatlah, kan... nanti jgn kata tak jaga kebajikan plaks, ek

Relevan said...

Bagi je Show Cause letter izman..