Wednesday, March 10, 2010

Finale Asia Biggest Loser

malam semalam aku layan finale the biggest loser asia. pergh.... besar betul impak transformasi yang terjadi kepada peserta2. masing2 berjaya menurunkan berat badan mereka dengan bantuan jurulatih, dan pemakanan yang betul. yg ditendang keluar awalpun tak kurang hebatnya. malah peserta pompuan malaysia yang aku dah lupa apa namanya berjaya mendapat hadiah kerana berjaya menurunkan berat badan terbanyak even dah terkeluar awal.

4 peserta akhir iaitu martha, carlo, aaron & david tidak menghampakan. saban minggu aku layan latihan mereka dan mereka lakukan dengan baik. yang agak culas dan sku yakin takkan menang cuma martha. yg tiga lagi tu masing2 ada peluang even king david diramal menang dengan tahap konsistensinya menurunkan berat badan terbanyak setiap minggu.

dan akhirnya setelah dibantai di kem latihan saban minggu akhirnya mereka dibenarkan pulang ke rumah masing2 bagi meneruskan latihan tanpa paksaan. pada malam finale tu transformasi masing2 sangat mengejutkan. dari episod awal hingga finale, aku rasa pengurusan berat badan dan berjaya membawa perubahan penampilan terbaik aku nampak lebih kepada carlo. carlo nampak slim dan mukanya nampak sihat.

selepas sesi penimbangan dan seperti dapat dilihat dari struktut badan dari episod kedua dan akhir, budak sekolah kelas tiga anggur pun dapat teka bahawa david dari indonesia berjaya menjadi juara dengan berjaya mengurangkan berat sebanyak 83kg. banyak tuuu!!! tapi dari pandangan peribadi aku, muka david nampak pelik, dia nampak sakit. terlebih exercise kot.

menang atau kalah bukan kita yang dapat, so tak kisahlah! cuma dari cara senaman dan gaya hidup sihat yang diketengahkan saban minggu tu telah berjaya menimbulkan keinginanku untuk turut sama mengamalkan cara hidup sihat. aku dah mula berjinak2 dengan senaman dan bersukan. berhuha2 menikmati makanan lewat malampun dah aku kurangkan, err... makan seafood masih belum buleh tinggalkan lagi. eeee.... mana buleh nak lupakan daging rusa masak kicap, tom yang gong, udang stim, dan seketurunan dengannya.

berjayakah izman menurunkan berat badan?
a) ya, sebab dia tekun berlatih dan menjaga pemakanan.
b) tidak, dia tipu. hangat2 taik ayam je tu. biggest loser abis, abis la.
c) entah, dia asyik berubah. bersenam sikit tapi makan tak hengat donia.
d) lantaklah, kalau kuruspun dia, kalau gumukpun dia jugak. peduli apa aku!


IZZI ADVERTIZING------------------------------

4 comments:

wanita mutalib said...

saya lagi la tak berjaya heeee..

Mak Su said...

saya sokong carlo, even aaron pun tak berjaya menjadik sangat slim. tapi compared me, saya adalah hampeh. real looser. huhuhuh

mmg dah sangka david menang, tapi dia nampak tak lawa ler... huhuhuhu

suriani said...

baguss.. mari kita sama2 usaha nak kuruskan badan.. sikit2 pun takpe..
umur2 macam kita ni mmg patut kena ubah cara pemakanan dah,kan?

pedulikan pandangan orang, yg penting, kita tau kita usaha utk jadi sihat, betui tak?

Hairun Azmi said...

Saya sokong Carlo aritu...