Saturday, March 13, 2010

Boboy The Hamster

cam biasa hari tak kerja, masa2 dihabiskan dengan melayan anak2. hari ni kebetulan aku nak pegi beli anak udang untuk habuan makanan ikan emas aku; wife dan anak2 cam biasalah ikut sekali.

masuk je kedai pets tu, aku cam biasalah tengok ikan2 dulu mana berkenan. ye lah kena tengok yg comel2 jugak sebelum beli. teringat pulak seorang rakan perempuan aku pernah bertanya " dah kawin ni masih tengok perempuan2 cantik ke?". of cource la aku tengok, tak kan nampak perempuan cantik je aku nak terus tutup mata. kang masuk longkang pulak. jadi dalam pilik ikan emas ni pun sama, tengok betul2 cantik dimata aku baru aku beli. tapi tadi tak beli ikan emas baru sebab dah cukup kouta dalam akuarium tu.

tapi anak2 lain agendanya. masing2 memujuk ummi diorang untuk beli set hamster. sebenarnya dah beberapa minggu luqman dan pika nak set hamster tu, tapi aku tak layan. setakat nak beli tu apalah sangat, tapi aku tak nak beli sebab aku malas nak menguruskannya. cuci akuarium, tukar filter dah la aku, ini nak uruskan hamster pulak. dah banyak kali masa pergi pasaraya, pika dan luqman lama melekat kat kedai jual hamster. saje aku malas melayan, buat hati kering je.

tapi tadi melihat anak2 asyik memerhati set hamster dan anak2 tikus comel tu aku cuba buat garang ajak balik. tapi bila tengok muka mereka yang kesedihan dan kehampaan, aku pulak yang tak sampai hati. biarpun wife agak keberatan membenarkan aku membeli hamster kerana tak ada yg sanggup jaga; aku gunakan kuasa veto anak2 untuk membelinya. ingat nak beli set yang kecik je, tapi rasa membosankan pulak. last beli set hamster yang sedang (medium). aku beli sekor je dulu hamseter tu, jantan. nak beli sepasang malas pulak sebab aku tengok hamster2 tu masih kecik, masih bawah umur. kang tak pasal aku kena tindakan sebab kahwinkan hamster bawah umur. hamster2 ni kalau letak sepasang berlainan jantina je mesti asyik nak mengawan je kerja dia. dah tu bunting. bila bunting yang betina dia memang akan garang cam singa betina. garang ngan jantan yang buntingkan dia aku faham, tapi kalau tuan dia pun dia nak gigit, itu yg aku hilang sabar. dah beranak pulak bukan sekor2, pernah beranak sampai 12 ekor. banyak tu. kalau halal dimakan dah confirm aku buat hamster masak kicap, tapi ini haram. err.... sori teremo sikit, yg aku cerita tadi ialah pengalaman aku bela hamster masa bujang dulu, awek hadiahkan. dah jangan tanya, cerita lama.

kita layan je la gambar set hamster anak2 aku ni.





sape2 ada petua, atau cara mengjaga hamster ni tolong bagitau aku yer.

5 comments:

Hairun Azmi said...

Uwaaa... cantiknyer rumah Boboy....

~cik shanashaida~ said...

santeq nye rmh boboy..
tringat lak dolu2.. gle sgt sama hamster..cumellll!!

Anonymous said...

ko tanya siggplus dan huda
diorg ada pelihara hamster lama dah
beranak pinak lg

http://siggplus.blogspot.com/

Relevan said...

Kat rumah kawan pun banyak Hamster..kawan selalu pasang jerat je...ada semalam tu sekali kena 2 ekor dalam satu jerat..

Mak Su said...

perempuan, ikan emas, hamster... maksu tak kasik anak2 bela hamster, ntah dorang rajin ker malas ker.... maksu ngeri nak bela2 binatang ni macam hamster ker arnab ker, takut. tapi kalu bela lembu boleh gaks buat korban, ahaks.