Tuesday, March 9, 2010

Aku Newbie Facebook

aku secara jujurnya tak suka facebook, dulu laa.... aku daftar facebook pun atas desakan beberapa orang ahli keluarga dan kenalan. dulu, berpuluh friend request yg ajak join, tapi aku pandang sebelah mata je. tapi kini hampir setiap hari aku akan bukak facebook, tapi malam je la. siang keje, nak bersukaria kena malam la.

dalam berfacebook, rupanya ramai kawan2 yang dah berpuluh tahun lost contact dapat bertemu semula. ye lah ada yg dah lost contact dari lepas sekolah rendah lagi. hilang contact number, eleh.... macam la jaman dulu dah ada henpon sampai nak lost2 contact number. dulu, rumah akupun mana ada telefon. henpon jauh sekali la.

dengan facebook, tibe2 aje sedara mara, rakan2 dan orang2 yang sebelum ni tak pernah kenalpun jadi kenal. since aku suka guna nama penuh, ramailah orang buleh kesan aku. dari senarai geng facebook aku, rasanya ramai betul sedara mara. adik beradik la, sepupu sepapat la, waris jari hantu la, opss,.. waris-warah la, dan tak terkecuali yg pangkat anak ssaudara. nasib baik cucu saudara belum reti menulis lagi, kalau tak mau dipanggilnya aku atuk dalam facebook, gerenti potong stim punya.

yang aku syiok ialah ramai rakan sekolah aku masa di sek men padang saujana dulu memunculkan diri. sorang2 wujud, dan nostalgia sekolah dulu mula bermain di minda. argh.... memori daun pisang betullah.

dan mau tak mau, pergerakan dan keluarga aku juga terdedah kepada pengetahuan bekas2 buah hati aku dulu (opss... ada ke? atau perasan je). ada jugak kawan yg suruh block dan buat apa yg patut agar yang pernah menjadi mimpi ngeri aku tidak dibenarkan menjelajah atau menjamu mata di facebook aku. err... sekarang mimpi ngeri, dulu may be orang tulah mimpi basah aku (opsss!!). malas aku nak buat apa2, kalau korang datang dengan niat baik, datanglah. jika dengan niat buruk, Allah sahaja mengetahuinya dan dengan Allah jua aku mengharap perlindungan.

oh ya, pada kawan2 yang dah otai dalam facebook tu, maaflah aku tak layan request farmville, aquarium, cafe world, perang bantal dan sebagainya. aku memang tak reti. akukan masih newbie dalam facebook ni. blog ni oklah, dah pandai jugaklah sikit2.

apa2pun aku masih suka berblog. aku kalau buleh nak berblog hari2. kalau ikutkan bilangan pengunjung, ala berapa sangat yg datang. tapi tak kisahlah. mana yang datang tu aku ucapkan terima kasih. seperti janji aku dulu, siapa yg datang blog aku dan tinggalkan jejak, aku mesti akan ke blog mereka juga.


IZZI ADVERTIZING--------------------------------

13 comments:

wanita mutalib said...

mak saya pun ada facebook, comey tak hehehe.. layan kan ajer heee..

sonata anak kancil said...

saya dah kuburkan FB...malas lah...tatau la nak sambung semula ke...lebih suke bersantai macam ni..je

nurizan said...

integrate kan blog post trus ke dalam FB la man.. senang kawan2 nak kongi.. kalau brani la.. haha

Rayz said...

ceh! aku selalu letak jejak ..tp x pernah masuk blog aku pun...ahaks!..lalalala,...

hai said...

asalnya saya bt facebook pun sebab nak chat ngan member baik yg pindah ke kelantan..x sangka jumpa ramai member2 lama,dari zaman beringus dulu..tapi x penah publishkan blog saya kat situ..segan wak...hehehe...

izman said...

wanita itu,
mak pun joint fb jugak? hebat tu. respek mak kamu.

izman said...

sonata anak kancil,
ye ke, kena kuburkan ke kalau dah tak aktif. he.he.he....

izman said...

admin,
err... aku tak reti nak integrate la.... nampak sangat aku newbie

izman said...

rayz,
byk la aku tak jenguk blog ko. blog ada 2, dua2 tak aktif, jaman bila ko update? cakap aku.

izman said...

hai,
ye lah, segan jugak nak publish blog kat fb tu. ramai sedara mara pulak tu, dalam blog asyik nak mengarut je

Mak Su said...

sama ler, tetiba jer kat fb ada ramai2 rakan2 sekolah rendah, sekolah menengah muncul kembali, sebab maksu kan guna nama betul ai...lalalalala

tapi tak layan akuarium ker hapa ker... macam boring, sbb ternet selalu hang, lagipun tak reti nak main cemana....

Anonymous said...

aku pun ada FB tapi x aktif sangat
aku tolak semua ajakan main game
takut nak ketagih. aku suka lg blog dr game tu semua

hehe

Nur a.k.a admansyah said...

Tu larr ngko... awalX2 dh negative thinking kt FB! Apa lagi??? layannn

Aku layan FB sbb old fren ler bro! sonot sgt memule tur... bulih chat ngan kwn i kt negeri lain n obersi lagiks u...

p/s: don 4get to add aku LENNY HASHIM hehehe