Thursday, July 2, 2009

Pasar Malam Kota Pendamar

semalam, hasrat menonton transformers berkecai. fully booked. pakai online tak leh, pakai phone tak leh. member yg nak joint sekali bawa anak dia, si khairul dalam pukul 6 ptg dah ada kat panggung nak beli tiket, tapi hampa. tapi sebab dia dah janji ngan anak2, dan anak2 dia jenis brutal sikit kalau janji tak ditunaikan, dia siap tunggu depan kaunter. nasib dia baik sebab ada yg booking tapi tak ambik. show jam 830 mlm. aku nak menunggu cam tu, memang takde lah.

untuk membuang masa, aku ajak anak2 ke pasar malam kota pendamar. ala kecik je pasar malam nya. aku nak gi carik durian sebenarnya. tiap2 minggu pekena durian ni. anak2 cam biasalah dah tau bapak dia gaji mulalah mintak macam2. bapa manakah yg sanggup dengar rengekan anak2, aku belikanlah mainan untuk mereka. ala... yg murah2 je.

ummi dia dah abis tempoh mengidam. lagipun pegi lepas makan malam dirumah. aku cuma beli 2 biji murtabak. wife beli buah epal hijau longgok(aku ketagih minum jus epel hijau sebenarnya), sedikit kuih. wife ambik laksam. memang tak sedap laksam sini, kuah terlalu manis, adunan sambal dia agak masin, kuah dia tak fresh and white. senang cakap, memang failed kalau masuk akademi 1001 rasa babas.

since jacko dah meninggal dunia, aku seronok tengok ramainya manusia kat pasar malam tu berebut beli cd, vcd dan dvd lagu dan konsert jacko. aku tumpang semangkuk memeriahkan majlis. aku dah nak sambar dah, tapi tengok wife dok pegang anak2, kesian pulak. aku batalkan niat memilih cd dan menuju kereta.

aku start enjin kereta, sejukkan aircond, bukak kuih dan air untuk anak2 dan aku kembali semula ke pasar malam. he.3x... cd dan durian belum beli. wife jaga anak2 la.



ada ramai penjual durian disitu. aku usha2 harga, dan akhirnya jumpa yg menepati poket aku. durian D24 dengan harga rm5.00 sekilo. aku pilih 3 biji (ambik ikut suka hati sebenarnya, mana reti pilih). aku suruh penjual dia belah tenguk isi. kuning dan errmmm lazat! jadik. dalam 5 kilo lebih. nampak kecik tapi buleh tahan beratnya, guna baja tahi gajah ke hape ni.

since ke pasar malam bagi keluarga aku bukanlah untuk membeli laukpauk dan sayur mayur, sampai rumah just bukak makanan dan makan berjemaah. lepas makan laksam, kami makan murtabak. murtabak dia setakat gred 3 anggur. dari mati kelaparan, baik makanlah. kalau untuk rasa mengikut tekak aku, memang kureng sedap. adunan tepung kulit murtabak agak liat, isi dagingnya terlalu manis. kuah kari dia kurang kick. larat makan satu je, satu lagi tu aku makan masa layan csi:miami. kalau nak murtabak sedap korang pergi pasar malam jerantut(pahang). korang cari murtabak saufi batu balai. harga dia memang mahal dalam rm4.00 sebijik, tapi memang puas hati. dah la sedap, besar, inti banyak, kuah pun kick. lagi best sebab dia orang kampung aku, dah bergenerasi dia buat murtabak ni. kalau duduk jerantut tapi tak tau murtabak saufi, memang orang tu jenis katak bawah tempurung la tu, atau jenis tak makan murtabak. murtabak saufi ni diwarisi turun temurun, sekarang anak2 dia yg handle. dan still sedap.

durian time paling best. isi dia kuning, cuma ada yg dah agak lembik, tapi oklah sebab anak2 aku suka yg lembik. wife macam biasa takat 2 ulas je, then surrender. anak2 lagi hebat, selagi tak abis tak berenti. macam ni lah anak2 ayah.




IZZI ADVERTIZING-------------------------------






10 comments:

aza ni said...

he he he,kadang kadang cari makan kat pasar malam ni seronok,tapi aku tak rajin, aku malas tergesel gesel,aku kan lebar, habis semua tersentuh..sebut pasal durian ni kat penang sebiji RM 1,dalam star,aku tak pasti ok tak ok isinya.

Kapten Luffy said...

'taste' tinggi abang ni

ima shhs said...

tak makan durian..hehehe...

murtabak best kat kuantan - Murtabak Mengkasar -

julietchun said...

sepanjang jln kat tempat aku ni penuh dgn durian,rambutan,manggis dan yang terbaru mata kucing. kalo kat pasar malam lagi bahaya, dok tgh berjln2 tu buleh tersepak kulit durian sbb ramai sgt yg menjualnya.

Rayz said...

kat sini kalau nak carik murtabak ngancam nyer gi kat USJ 9, restoran victory, arab street... kat ngan masjid. Alamat

No. 21-1, Jalan USJ 9/5Q Taipan Business Centre Subang Jaya Tel No: 03 - 8023 5924

nurizan said...

betul kat usj 9 tu aku penah test.. tapi test tengok aje la.. murtabak dia beso kertas a4. beso nyer tebal lagik... man, wife ko bleh makan durian ker? orang kata panas dan tak sesuai utk orang pregnant.. orang kata la..

Nek Cun said...

Izman, nekcun memang suka durian tetapi anak2 sorang pun tak suka. Jadi setiap kali nak makan durian, nekcun ngan atok kenalah makan kat tepi jalan dekat gerai yang jual durian tuh!.. Baru ni nekcun ngan atok makan durian kat ada satu lori yang sentiasa jual durian kat Seksyen 19 Shah Alam. Tapi apa yang nekcun kesalkan ialah... dia cekik darah betul. Dia kata durian tu jenis 101, paling best, so nekcun ngan atok pun suruhlah buka 2 biji. Kecik jer buahnya dan dapatlah kami rasa anggaran sorang 5 - 6 ulas. Tapi dia bantai nekcun ngan atok sampai RM32 sebab dia kata sekilo RM14.00 Atok merungut pot-pet-pot-pet... tapi pasal dah sayang isteri punyer pasal bayar jugalah kan!.... hehehe... Skrg Nekcun dah tahu dah, lain kali kalau nak makan durian kat situ tak leh bawa kereta atuk atau kereta nekcun, kena bawa kereta anak yang kat U tu, barulah depa kesihan agaknya!... Harga durian dia ikut harga kereta agaknya!... huhuhuk...

secangkir madu merah said...

oh izman ngan anak2 pon 'hantu' doreyan jugak ek... boleh join the club lah kita ni.. tengah musim ni tiap2 tiga hari skali beli doreyan.. klu rajin hari ahad ni klu tak silap gi lah subang parade ada makan doreyan sambil menderma, bayar RM10 dan boleh melantak banyak mana nak, he..he..he..

DaliaLiyana said...

alahai sedapnyer durian....ari tu makan durian sampai sakit pewuutttt....nasib ari ahad....

haruan tasek said...

teste ko lebih dari orang mengidam nie