Thursday, July 23, 2009

Anger Management

sekarang department aku agak sibuk dan aku setkan ia dalam mode bizi. biasalah dah ujung bulan ni, siapkan gaji, prepare pelbagai report untuk syarikat dan HQ. kerja2 lain termasuk prepare untuk re-audit ts16949 bulan ogos nanti. kpi (key performance index department nak kena monitor dan present untuk separuh tahun. penatnya!

blog ni payah aku nak tinggal sebenarnya. kalau nak kira berapa kerat je jenguk, tapi saje aku suka suki nak selalu update. jadi jurnal hidup aku barangkali. makian dlm blog ni korang abaikanlah ye, akupun bukan orang baik sgt, ada anger jugak. apatah lagi duduk kat department yg berdepan dengan pelbagai kereneh manusia. nak kena jaga syarikat dan dalam masa yg sama nak jaga pekerja.

crita pasal anger ni, kadang2 tak tercontrol jugak. cuma aku kena pandailah jangan sampai bawa kemarahan ke rumah. kesian isteri dan anak2. aku masih ingat pesanan boss lama aku kat apm dulu, en fauzan. "kamu kena tegas dengan pekerja, kalau mereka buat salah. kalau patut marah, marah! kalau patut hukum, hukum! cuma kamu perlu guna akal dan pertimbangan sendiri dalam menilai dan menghukum" katanya. "lagi satu, maarah macam manapun kamu kat pejabat, sangkutkan marah kamu kat pagar kilang je sebelum balik rumah. jangan bawa balik marah kat keluarga. esok datang kerja, ambik balik marah tu".

secara peribadi aku tak suka bagi warning letter, gantung pekerja, atau terminate pekerja. tapi tak bermakna aku tak pernah buat. dalam career aku dah ada yg kena penangan aku, tapi buleh dibilang dengan jari (bilang termasuk jari kaki sekali yer).

pernah sekali dalam bulan ni, aku sengaja datang awal (biasa memang lewat sebab aku boleh datang jam 9pagi). tiba2 aku perasan ada seorang kerani perempuan baru masuk dengan motor, dah lewat masa tu dlm jam 825am. bila nampak aku yg sengaja lepak tak jauh dari area guard, dia punch card dan bawa bersama punch card dia. aku panggil :

HR lelaki : kenapa lewat? mana nak bawak punch card tu?
kerani pompuan : mintak maaf en. izman, motor saya buat hal tadi. punch card saya print masa bertindan, saya nak mintak manager saya verify dan sign.
HR lelaki : ok, datang awal sikit lain kali. bagi punch card tu saya sign.
kerani pompuan : takpelah en izman. tak nak susahkan en izman.
HR lelaki : saya kata bak sini (tinggikan suara setelah mengesan sesuatu yg tidak kena.)
kerani pompuan : (menghulur punch card)
HR lelaki : kenapa masa datang jam 745am, kamu datang tadi 825am?
kerani pompuan : tu lah pasal. ada orang silap punch tu. tu yg saya nak manager saya sign.
Hr lelaki : awak jangan nak main2. awak ingat saya bodoh. cakap betul2 sape punch atau saya halau awak balik.
kerani pompuan : (tergamam)
HR lelaki : kalau awak tak cakap, saya ambik punch card boifren awak sekarang. kalau masa punch sama, saya buang kerja awak dua2 orang.
kerani pompuan : saya mengaku salah en izman.
Hr lelaki : dah, masuk kerja cepat. nanti saya fikirkan. kalau mood saya baik kamu dapat surat, kalau mood saya tak baik nanti, jumpalah kita kat inquiry.

kesudahan cerita tu.... saje malas nak cakap. korang tekalah sendiri.

10 comments:

joegrimjow said...

tegas jugak ek
tp bagus la
cam ni baru ley wujdkan suasana profesional

pB said...

kat pejabat ni dah ada yg kena D.I sebab lamabat masuk kerja.

ima shhs said...

wahhh...lama tul tak komen kat sini...;p apa pun spt bese blog nih sentiasa update...huhuhu...

ketegasan itu penting dlm keje... lebih baik org takut kat kiter krn hormat kat kiter dr takut ke kiter krn amat takut pd kiter...:))

Jard The Great said...

kalo aku serius.. seme org akan wat muka ketat.. huhu

izman said...

joegrimjoe,
betul tu joe, kena tegas bertempatlah. dah tugas kan.

izman said...

pB,
setakat lewat tu, biasanya aku tak bagi DI. absent oklah... HR ko lagi strict.

izman said...

ima shhs,
ala bila senang2 datanglah... tapi datang tu santaplah juadah yg ada. layan diri kata orang.

izman said...

jard the great,
aku takleh bayangkan rupa ko yg serius atau marah2. mau ketawa aku bah!

nurizan said...

nasib baik dulu keje apm aku tak penah kena panggil dengan HR.. haha

izman said...

eiman,
takat kena panggil ajak minum tak salah kan...