Thursday, December 18, 2008

Vendor Briefing dan Manusia Berhati Busuk

Alhamdulillah lega sikit kepala aku psl salary calculation utk gaji december dan siap dan dah hantar kt exec director utk signatory. vendor briefing jugak dah berlangsung dengan baik petang tadi (18/12/08).

berbalik crita persiapan vendor briefing, HR dept dipertanggungjawabkan urus makanan, registration, door gift, name tag, security dan parking serta lay out conference room. since, menda ni 'kacang' je, department aku senang hati menguruskan nya. actually, HR dept involved last minutes. aku saje buat tak tau bile procurement dept mcm nak buat semua. nak buat, buat la. aku bukan rugi ape!

since ED dan GM minta aku involved, aku ok je. kami arrange bilik, tempah makananan, buat welcome banner, prepare registration form, prepare design name tag dan sebagainya. since semua ok yesterday (17/12/08) aku balik dgn senang hati. name tag dan lain2 form tu cuma tunggu final name list sebelum print out.

malam semalam, wife dan anak2 merengek nak gi pasar malam kat kota pendamar. tiada pilihan, aku jadi driver la. pasar malam memang cikai giler. aku panggil pasar malam cina, sebab majoriti peniaga dan pembeli org cina. peniaga melayu cuma jual burger, rangka ayam, kuih2, ayam dan minyak urut.




sebab gi saje2, yg dapat cuma ayam percik, leher ayam goreng, buah2an dan sayur ape tah wife aku beli.

dtg kerja pagi tadi, semua berkisar pd persiapan vendor briefing yg akn berlangsung jam 2pm. dlm 11am baru dpt senarai nama utk buat registration form, dan name tag. welcome board juga baru nak print, kalau print awal kang banyak la tangan gatal mengotorkannya. tiba2 bebudak exec procurement call mintak soft copy menda2 alah tu sebab bos diorang nak tengok. aku mail je softcopy. haram jadah, pastu mereka call aku bagitau diorang akan buat semua menda tu. kalau buat sendiri tak pe, ini ambik HR punya dan kata diorang buat. mula2 tu diorang edit registration/ attendance form jadikan form diorang. aku ok je. pastu diorang kata buleh buat sendiri welcome board, aku kata go ahead sebab diorang kata design diorang better. tengok print out, memang design aku punya 99%, cuma print colour pilihan diorang je.

pastu softcopy name tag aku diorang email balik kat aku kata just ikut design mereka. anak h*r*m betul. aku bukak attachment, menda tu sejibik aku punya design. aku call dan tanya minah tu. dia cakap design aku tak sesuai, jadi ikut je design dia. aku siap sound dia, kalau 'font' aku buat dia cuma 'bold'kan, itu jd design dia ke? aku maki kaw2 punya. masih tak sedar diri, 4 ekor exec dept tu call aku bagitau registration diorang akan handle. siap bgtau doorgift diorang blh urus. mengamuk staff aku. diorang susah2 balut hadiah, letak reben dan sebagainya. semua dh in order, diorang nak handle.

sebelum tu semalam (17/12/08), sebab kena buat registraion form, aku minta namelist dari sorang minah melayu dept tu, dia cuma bagi kat kami fax copy dari participant yg reply. since tulisan pakai tulisan tangan dan tiada tertulis jawatan mereka sedangkan big boss nak name tag ada nama dan jawatan, aku call minah melayu ni. ni antara butir perbualan kami :

aku : bila boleh bagi saya senarai nama dan jawatan?
miss n : bukan ke saya dah bagi list kat staff en. i tadi.
aku : diorang dh bagi saya. tapi nama tak jelas dan tiada tertulis jawatan. boleh tak saya dapat jawatan mereka sebab big boss yg nak menda tu ada.
miss n : perlu ke saya tau menda2 tu?
aku : kamu tau tak tau terpulang kepada kamu, tapi dlm meeting tadi kamu aggree nak bagi menda tu. so, saya tanya kamu la. saya mana kenal ngan vendor.
miss n : kan nama dan contact number dah bagi.
aku : ini bukan bidang HR. kamu yg kena call mereka dan bg kat HR. saya cuma tolong buat form je.
miss n : en. i tengok la sendiri nama diorang dalam copy saya bagi tu.
aku : saya susah nak baca nama diorang psl itu tulisan tangan, lagipun semua nama cina. kalau saya boleh baca tak payah saya tanya kamu, tulisan tu kalau tulisan cakar ayam, saya masih buleh baca, ni dah teruk macam cakar babi, mane saya tau baca (sambil menghempas telefon).

petang tadi GM ada panggil aku tanya kenapa department lain yg buat urusan yg sepatutnya HR kena buat. aku explaint, dan katakan bahawa semua menda tu mmg HR yg buat. dari susunan kerusi, name tag, door gift, makanan dan sebagainya. Last minutes, org procurement tak de kerja dan mintak dgn boss dia nak handle, saya bagi la.

staff aku memang tak happy dengan apa yg terjadi sebab mereka yg buat kerja dan tau kena tiau dengan big boss kata department lain mcm engineering dan procurement yg buat kerja. stupid goat. aku malas nak bergaduh ngan bebudak exec department tu yg semuanya tak sampai setahun kerja. semuanya fresh dan kami ambik diorang dari management trainee bila grads. pada aku, orang macam ni memang cepat naik pangkat sebab pandai show off pd boss, sedangkan ia hasil kerja org lain.

jam 230pm bila vendor briefing start, aku terpaksa joint sebab big boss nak introducekan pd vendor2. lepas introduction, aku cabut la. malas nak dengar vendor performance ke hape yg tiada kaitan dengan HR. kalau boss announce bonus, sampai malam pun aku sanggup dengar. keluar dari bilik briefing tu selepas kurang 10 minit joint, aku lepak ngan staff aku kat reception. pastu aku gi sambung kerja2 aku yg lebih penting sebab boss akan ke oversea utk jangka masa yg lama.

20 minit dlm masa registration tadi, staff aku suarakan rasa tak puas hati, bebudak busuk hati tu semuanya ada. aku cuma cakap kt staff aku tu " kita buat kerja dengan ikhlas, dengan kemahiran kita. kalau ada orang suka2 hati bercerita dengan boss dan org ramai itu hasil mereka, lantak pi lah. jangan sedih. orang ni nanti akan rasa macam mana diorang akan merasa saat kejatuhan yg teruk bila tiada siapa nak tolong mereka dan semua orang tau mereka cuma copycat sahaja. mereka juga akan tau saat dipulaukan dan dimusuhi oleh kawan2 kerana sikap mereka.

untuk sejukkan hati, aku menuju ke cafeteria syarikat dan pekena air kotak perisa coklat yg sejuk. dapat pulak makan karipap panas, pergh... sedapnya. malas nak simpan dalam hati sebab 'this is what real life is all about!'. life must goes on.

malas nak pening, malam ni pun malam jumaat. kalau stress nanti performance lari.

10 comments:

cendawanintim said...

ayat akhir tu tak buleh tahan maaa...

lari komen aku nak taip tau!

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

bialah bro..
benda2 camnie.....bila perkara2 yg baik ramai plak yg nak show off walhal...x menyumbang langsung pun...

biarkan jerlah si luncai terjun ngan labu2nya....untung2 timbul....tp rasanyer lebih pada tenggelam...he he he....org2 camtu, selalunyer takkan kemana.......tetap di takuk lama....he he he..

izman said...

cendawanintim,
byk2 aku tulis, itu je ko ingat. ish.3x, sungguh luar biasa rupanya penangan mlm jumaat.

izman said...

Zanna_MamaBatrice,
mmg malas nak ambik port kewujudan org2 mcm ni. pembalasan hukum karma akan dtg pd mereka nanti.

Nur a.k.a admansyah said...

Aku kalo pi psr mlm mesti sambar tudung. Smlm dpt yg Ekin(mawi) punyer, sapa laki ku ckp... "dah penuh dah koleksi awak tur, cukup-lah yea!"

HaX3... mmg kelako exp lari performance tur!

Mak Su said...

pelik tgk sebahagian org ni kekadang malas tahap cipan tak mahu guna akal... simpan utk emergency cases kot, kan izman.

ILA said...

sod ba ro... ok!!!!
kut ye pun bahasa mnunjukkan bangsa.Nak marah2 pun kat budak melayu tu patut2 le kan...hehekkk..
lagi molek kalau kau balas kata2 sinis jerkkk..
pssttt...aku cakap berdasarkan pgalaman sndiri.ye lerr..kau keje kat HR dept utk syarikat besauuu..manakala aku kat HR dept syarikat cap kicap jerkkk..huhukk


woiiiii...walau niat tak mo dtg sabtu ni....aku ttp nak bagi klu umah aku kat belakang grand union telok pg garang.nmpak canopy je..masuk je lahhh..tu maknanya umah aku tgah wat majlis.

Zaaaaassssssssssss!!doakan majlis bjalan dgn selamat & lancar..wasalam!

izman said...

nur a.k.a admansyah,
nasib baik bini aku tak suka buat koleksi, dia tau laki dia tak de duit kot.

alhamdulillah, performance bagus.

izman said...

mak su,
org malas masih bolh terima, tapi bab ambik org punya dan mengaku dia punya tu yg menyirap ros sikit.

izman said...

ila,
aku pun fikir gitu jugak, aku kn byk saber.

aku mmg tak suka guna bahasa keji tapi kalau sinis tak makan, kena la umpatan berbiso sikit. bia raso penangan yo. (aku ckp jawa ke bahasa bajau ni?)

aku kerja company besar? ye ke besar.... tu yg susah nak buat cleaning sebab besau, aku kan cleaner je.

insyallah kalau tak de aral aku sampai.