Tuesday, December 23, 2008

Perancangan Cuti di Melaka

Alhamdulillah petang semalam (22/12/08) kami dikunjungi oleh wakil sykt pengaaudit persijilan TS16949 bagi mengumumkan bahawa kami secara rasmi telah berjaya dianugerahkan persijilan TS16949. sijil ini penting bagi sykt ni utk lebih maju dalam dunia perniagaan automotif.

Lepas kerja, sebab tak puas hati tak dapat snap gambar nasi ayam teluk gong, aku pergi lagi. lepas keje trus pergi ngan beberapa kawan seopis. ni hah rupa sebenar rupa set nasi lemak ayam tu. Oh ya, hidangan nasi lemak ayam semalam telah disponsor oleh kawan baik aku si khairul, yg kini kami panggil si botak dari gua hantu.



untuk yg berminat, ni sedikit info warung tu :-

Nama Warung : (TAk TAu)
Lokasi : Sebelah Pasaraya 99 Cawangan Teluk Gong, Port Klang
Landmark : Sebumbung dengan Pasaraya 99. Sebelah pintu gerbang cina teluk gong
Speciality : Nasi Lemak Ayam Goreng

balik rumah, mcm biasalah layan anak2 sambil layan tivi. anak2 dah beberapa lama follow crita awan dania. mlm tadi siri last kata wife aku, so aku tumpang layan la. sambil2 layan awan dania, luqman cakap hadiah besday dia nak naik kapal terbang macam tu (sambil tunjuk kapal terbang air asia). aku malas nak bantah, cuma aku cakap "ok, nanti ayah ada duit kita naik kapal terbang ye". terlukis senyuman lebar diwajah luqman. kemudian dia cakap lagi "luqman nak pegi cameron highland. luqman nak makan stroberi". aku cuma jawab "boleh, kalau ayah ada duit". luqman pun baru beberapa hari menyambut hari lahir ke 4. aku akan cuba penuhi impian anak lelaki kesayangan aku ni.

dalam hati terfikir mane nak cekau duit ni, aku nampak luqman mcm asyik sebut nak naik kapal terbang. kalau aku ada duit, confirm the next day aku dah bawa dia naik kpl terbang. tapi ...... (ish.3x). dalam senyum kelat aku sebenarnya dah bangga sebab luqman dah menjelajah dah hampir semua negeri di semenanjung. malah dah sampai singapura pun. aku dulu dah kerja baru dapat menjelajah semua negeri dlm malaysia dan merasa ke luar negara. bertuah ko luqman dan pika. dapat juga jalan2 walaupun kita tak kaya.

insyallah hasrat luqman utk naik kpl terbang tu akan aku cuba penuhi, pegi dekat2 dah la kot mcm terbang ke terengganu. bab pegi cameron highland ni aku rasa hasil pujukan ummi dia yg tak puas hati ke cameron highland walaupun baru pegi bulan februari 2008 utk 3 hari 2 mlm. kalau pergi lagi, confirm aku tak nak drive lagi ke teh boh sungai palas. takut sioott!

oh ya! aku nak ucapkan terima kasih kat ila dan mak su atas cadangan hotel/chalet utk percutian aku minggu ni. semalam juga aku dahpun menggoogle info dari kedua2 cadangan tersebut. aku juga telah call kedua2 nya utk info accomodation, facilities dan cost. cadangan ila utk a farmosa resort adalah superb kerana semua ada disitu. pakej cuti sekolah utk keluarga actually sgt berpatutan yg meliputi hotel, breakfast, tiket ke animal safari dan cowboy town carnival. manakala mak su dengan cadangan km chalet pula bersifat budget sekeluarga. kedudukan ditepi pantai dan tidak jauh dari bandar melaka juga menarik utk melawat bdr melaka.

setelah ditimbang, dibincang dengan adik aku, termasuk menyeluk kocek sendiri; kami memilih menginap di km chalet. sebab utamanya ialah keluarga adik aku lebih berminat nak ke zoo melaka, taman buaya, muzium2 dan taman mini malaysia. kalau stay kat a farmosa resort, kami hanya habiskan masa kat dalam je. petang semalam jugak aku dah booked 2 bilik di km chalet. sebat je apa bilik yg ada, janji bermalam. harap2 cuaca baik sepanjang kami kat melaka nanti.

9 comments:

cendawanintim said...

nanti dah dpt tiket datang teganu, koling2 aku...no enpon ko dah bagi ker kat aku nih??

bestnyer ko dapat bercuti2 mesia...turn aku bila la...nampaknyer aku kena travel sorang2 ler...

mana tahu ader masa aku terjah ko kat port klang...!blanjer aku karipap sardin yer...

izman said...

cendawanintim,
la dah dua kali bagi tak dapat lagi ke? aku ko delete lagi?

dgn family la baru best travel. paksa la hubby ko.

karipap sardin? jual kat mane are port klang ye?.. dtg call je, kalau kebetulan ada duit blh la makan seafood.

ILA said...

Oh yeee..sama2 kasih:D.hehekk:p
ermmm..terpulang kat kau lerr..pilih mana satu yg selesa.OLeh kerna family kau kepingin sgat nak jenguk bndar air keroh & mlawat zoo buaya sekali kan..(adusssss..mana ada apa2 kat sna lorrr..bushuuukkk)..
but d best part, kau bley gi Tmn Mini Mesia (kalau tak silap namanya)..alahh yg penyanyi noraniza Idris handle tu...berdekatan situ ada satu kawasan yg jual2 madu .siap ada pameran lagi.Kau plan pgi kat cuti crsmast ni ke...so enjoy yr holiday wokey!!

cakap pasal cameron, aku ada kenalan rakan blog yg saudaranya duk kat sna.MEreka ada apartment & chalet.Tapi kat tanah rata lerrr..
Harga bley negotiate.Yg bestnya chalet dia tu..berdepan dgn ladang stobery persendirian.mmg lawa..tak sama ladang stobery yg kat brincang..nak masuk pun terlalu terhad.

Apa sekalipun...percutian mmg perlu utk orang2 bekerjaya 'cleaner' spertimu.nanti bila time cuti tu..tolong bersihkan kpala jgn pikiaq hal2 kerja.kau rehat betui2 okeyyy:D

So ,selamat bercuti!!!

ILA said...

Oh yeeee...Eye mesia pun dah de kat Melaka kannnn...so silakan naik dgn epy2nya..:D

izman said...

ila,
aku hargai info kawan2 bg. bg aku nama dan phone kat cameron highland tu. tanah rata pun ok gak rasanya, dulu aku stay kt brincang kat country lounge resort.

mmg nak cuci sikit otak aku yg penuh sampah sarap ni. biar fresh msk 2009.

eye of malacca? nanti aku carik.

Mak Su said...

hihihi, kelakarlah ko, nak jugak amik gambar ayam goreng tu :)

oh..mekasih sudi pertimbangkan km chalet, ok ler kan reganya. yg penting, tepi pantai, tidur dibuai lagu-lagu ombak. teduhan pun byk kat situ. ok ler, tapi tak tandingler hawai.. oops! hehehe.

pasal CH, ko dah terai ikut jalan baru? kurang pusing2, dari mana ek? simpang pulai kot. tapi mmg jauh ler drive kat situ, 2 jam kot.

terengganu, nanti ko terai gi awana, macam best jer aku tgk area kat kijal tu.

aku ni cadang kat orang pandai ler, sendiri pun selalu soru miss
:(

izman said...

mak su,
aku jenis suka puaskan hati sendiri.

KM chalet tu nampak menarik dan harga berpatutan. thanks psl recomenkan.

CH dulu pegi mmg ikut simpang pulai. utk kali seterusnya mmg ikut situ lah, tapi cuba hotel/ apartment lain pulak. yg murah2 je..

teganu mmg duduk rumah family je. kang ada yg merajuk hati.

MOLY said...

bang ..
saya baru je balik dr a famosa last weekend pergi ...

:)

izman said...

lily.lulu,
a farmosa resort ke? tentu best kan. kena kumpul duit nak pegi ni.