Friday, December 19, 2008

Hadiah Papa & Umie, serta Urusan di Klang

Sebelum aku syiok bercerita, terlebih dahulu aku nak ucap terima kasih kat papa & umie (http://papa-itam.blogspot.com) atas pemberiah hadiah yg cantik ini. Walaupun perkenalan masih agak baru tapi aku rasa kemesraan tu mcm dah lama kenal. ni hah menda yg dia bagi :-



malas nak ingat psl kejadian beberapa hari lepas yg menyebabkan temper aku agak kureng baik. jangan risau ila, terapi aku hanya makan dan rileks. yg penting ada support wife dan keletah anak2 yg manja.

hari ni semua nak rushing psl big boss akan ke oversea dlm jangka masa yg lama. tak kisahlah, bukan pertama kali pun. kalau ada hal, Gm masih ada. kat HQ pun ada lagi lain2 directors.

pagi2 aktiviti byk siot, pelbagai briefing dan meeting. tambahan pula ada salah satu cawangan di area port klang yg akan dipindah masuk ke kompleks kilang di tempat aku sekarang. so, peranan aku turut timbul sebab melibatkan manpower, pengalihan mesin/jentera, urusan pendaftaran dgn government agencies mcm bomba, mpk, jas, dosh, socso, epf dan segala bagai.

tiba2 aku ditunjukkan surat mpk utk renewal lesen 2009 utk company tersebut. since campany tu pindah alamat, secara automatik kena buat registration baru kata mpk (majlis perbandaran klang). sebenarnya akupun tak faham kenapa perlu buat permohonan baru sedangkan sykt tu dah wujud berpuluh tahun dan cuma pindah lokasi ke jarak kurang 10KM. aku faham sebab lay out, safety specs dah ubah, tapi kenapa perlu fresh application? sepatutnya mpk perlu wujudkan satu borang dan procedure baru utk pindah lokasi, sedang je. kalau pindah lokasi pun apa yg kalut sgt, sykt biasanya akan notify mpk dan seluruh related agencies. nak buat inspection keselamatan ke, kebersihan ke, atau ape2 lagi, datanglah. tak kan company yg operasi berpuluh tahun di layan mcm sykt baru nak mula bertapak, not fair la..... kilang2 haram payah pulak nak dikacaunya.

so, aku ngan safety officer ke mpk lps solat jumaat utk dptkan prosedur sebenar tukar alamat kilang. cakap kat phone ni payah sikit. kami ke jabatan perlesenan mpk, tingkat 4, bangunan A & M kat bandar klang. ni hah kat mane opis jabtan perlesenan mpk.



oh ya, sebab aku malas nak drive, safety officer juga bertindak sebagai pilot aku. aku sponsor kenderaan je la. kalau sape belum pernah gi bandar klang, ni sedikit gambar buat tatapan. bandar klang ni memang bandar kecik yg susunan jalan2 dia memang huru-hara. mpk suka2 hati dia je tukar2 jalan dua hala jadi sehala, dan akhirnya menjadi jalan yang tak tentu hala. tiap2 bulan aku datang, ada je yg tukar. kalau makin baguusss tu ok lah, tapi ........ jammed, dan mengelirukan. adakah kerajaan keadilan/pas/dap selangor dpt jadikan klang lebih bagus dari kerajaan BN dulu, sape orang klang korang tau lah.





balik opis dlm suasana yg jammed. malas aku nak fikir sebab aku jadi co-pilot je. aku biarkan saje kwn baik aku si saiful tu menyumpah sorang2 sebab jalan jammed. dia ni hidup langsung tak pernah jammed teruk sebab rumah dia ke opis dari dulu sampai sekarang dekat amat, maklumlah tak pernah keluar dari port klang. port klang kalau jammed tu maksud dia ada road block, org buat jalan atau ada eksiden.

tiba2 kawan cina aku yg biasa keluar ngan aku tu ajak pekena teh tarik sebab lama tak minum sekali. terfikir jugak aku baru je minum teh tarik ngan dia beberapa hari lepas, tapi pekena teh tarik lagi apa salahnya. dua orang member opis lagi iaitu saiful dan azmir turut joined kami. lokasi ialah warung nasi lemak ayam goreng kat pekan teluk gong. dah lama aku tak datang sini semenjak bln puasa lepas.

nasi lemak dia sedap kerana sambal dia sedap, dapat pulak ada ayam goreng rangup berempah dia. memang kick betullah. err... sebab dh lama tak makan, aku jadi lupa diri. aku terus bedal tanpa ingatan nak snap gambar. dah abis makan baru diorang tanya tak ambik gambar masuk blog ke, cit poodah punya kawan2, dah abis baru ingatkan. tapi utk mengecewakan kawan2 yg suka makan2 mcm aku, aku snapkan gambar pinggan bekas nasi lemak ayam tu je. utk pilihan air kali ni aku pekena teh o ais limau.



kalau sesape nak datang makan sini, warung ni tah la nama ape, tapi ia terletak sebelah betul ngan pasaraya 99 kat pekan telok gong. ia dibuka setiap hari bermula 6pm. ia cuma tidak dibuka pada hari ia ditutup, yang hari itu tertakluk kepada kesukaan tokey warung tu nak tutup hari apa. nombor telefon utk tanya bila bukak ke tidak aku tak ambik, so korang cari lah nombor telefon pasaraya 99 telok gong. korang suruh diorang jenguk, pasti mereka suka hati memberitahu anda. yg tak suka cuma supervisor mereka.

10 comments:

arsaili said...

salam saudara, sy dh selamat sampai ke perth semula...macam baru semalam gi port klang...now dh ada kat perth..iskkkk tak besnya balik sini..kena menghadap kerja setinggi gunung aa

apa ke bijak perlu fresh application...kekadang dia org ni memang la tak buat kerja, tade penambaikan, itu la kaedahnya...bila la nak berubah

izman said...

arsaili,
alhamdulillah dah selamat kembali ke perth ostolia.

kerja setinggi gunung? biasalah tu... seronok sgt cuti pjg, bagi la kerja sikit.

he.3x, tanpa pembaikan, sampai bila2 tahap kebanyakan agensi gomen mmg camtu la...

cendawanintim said...

weiii, sila la email aku no. phone ko yer...

memang jalan kat klang ni suka suki tuko ajer, pegi bulan nih cenggini, bulan depan kalu pegi...harammmmmmm...mak ayah aku kalu nak pegi umah kakak aku jalan kebun tu tak pernahnya sampai elok..asyik kena tunggu tepi jalan ajer - tunggu bantuan sampai..huhuhuhu..

izman said...

cendawanintim,
aku dah anto minggu lepas la no hp aku, tak dpt ke. xpe aku anto lagi.

biasa la... klang, klung, kl***....

ILA said...

Ermmm...
tak pasti kau penah dgar crita ni @ idak..
time masa gomen under BN..agak lancar dia orang buat .Tapi bila PK menang...tiba2 jerkkk ada yg tergendala projek tu..dengarnya kerajaan pusat kurangkan budget yg disalurkan kpd mereka.Satu lagi pihak kontraktor pun demand quate lebih2..time petrol naik ari tu..
ontahhh lahh...
btw...mmg maksimum majoriti bengang bila lalu klang ..aku pun ikut malu...sebab penah jadi warga klang 10 tahun dulu.
Paling awalpun...ambik masa 30 jam nak melepasi kawasan tu.

izman said...

ila,
30 jam? lbh cepat 30 minit. aku yakin typo error ka?

entahlah, aku bab2 politik ni failed sikit. tapi kalau namapun dah negeri pembangkang, mmg cam ni la.

Nur a.k.a admansyah said...

hek elehh... nasi lemak tur dah licin br snap! camaner nak tau sedap ker idak nie?

Ko cengite psl keje HR nie mcm aku pun dah expert bab termX2 HR tu-lah! heh..heh..

Anonymous said...

haha..kalau dah jalan ditukar tak tentu hala tu..pakai GPS pun belum tentu boleh cari...macam best je nasi lemak tu, nanti sampai klang boleh try...

Fisol-shiny happy people

ILA said...

yelahhh..aku tersilap type tuuu...very sory..
nak cepat le tu gamaknya:D

izman said...

Nur a.k.a admansyah,
aku saje nak sakitkan hati org yg mbaca sebenarnya. kalau ada makanan pun, ko bukan buleh rasa. kuang.3x.

baguslah kalau sikit hal HR ko faham. itu hak pekerja.