Thursday, December 4, 2008

Char Kuew Teow Paling Sedap di Klang

semalam (03/12/08), lega sikit sebab verification audit ts16949 telah berjaya. audit sebelum ni ada beberapa ncr yg perlu di close kan. alhamdulillah masa audit ts16949 dulu, HR department tiada masalah, langsung tiada NCR. sibuk masa verification audit ni sebab aku kena support department lain dari segi training dan lain2.

petang tu ada masa terluang gi bukit kemuning untuk tukar tayar 2 bijik. hajat hati memang nak tukar empat2 bijik tayar, tapi kewangan tidak mengizinkan. tunggu bonuslink dan salary increment lah januari nanti.



sesambil cina kedai tayar tu tukar tayar aku sempat la usha2 spotrim. kereta aku tak pakai sportrim. menitik jugak air liur tengok spot rim lawa2. takpe lah anak2 kat rumah tu lebih penting, kang pakai sport rim, anak2 dari minum susu dutch lady serbuk, kena minum susu dutch lady yg buat bancuh teh. tak ke haru.

sebelam malamnya pulak sebab member tu ikut aku gi beli tayar, aku belanja dia char kuew teow kat jalan meru yg menjadi kegilaan kami.


info kedai char kuew teow:-

Nama restoran : Kedai Char kuew Teow Jalan Meru (nama sebenar Tak TAu)
Alamat : Jalan Meru, Klang
Petunjuk : dari Klang Parade (sebelah kanan) teruskan perjalanan kira2 200 meter. tengok sebelah kiri. Ia terletak sebelah pusat snuker eighty-eight (88).
speciality : char kuew teow dan otak-otak. sate pun ok jugak.





restoran ni pada aku ialah penyedia char kuew teow tersedap di sekitar klang/port klang/shah alam yg pernah aku makan. kalau tak caya korang try lag. cuma kepada yg ada kelas pemakanannya, tolong jangan datang sini. walaupun dia ada restoran tapi semua meja diletakkan di luar restoran, dan tempat utamanya diatas penutup longkang besar. lokasi berdekatan trafic light juga tidak sesuai bagi pasangan bercinta yg nak privasi dan nak belaian manja pasangan masing2. sedap tak sedap aku malas nak cakap besar, tapi untuk makan char kuew teow tu, aku terpaksa mengembara lebih kurang 40km pergi balik, tu belum masuk tol lagi.

27 comments:

cendawanintim said...

kalu nak lagik sedap kena drive ratus2 km...

pehtu baru sampai umah aku!!!!!!!!

**mati la ko cakap tekan lif naik sendiri nanti!!

izman said...

cendawanintim,
aku yakin masakan ko sedap. nanti aku sekeluarga sampai.

jane said...

salam,

haha...jauhnya nak p..nampak mcm dapp!

BurungBelatuk said...

char kuey teow peberet aku wei....sure aku p try ctu kang...

LK said...

weila... saya sudah terliur di sini...

Mak Su said...

tq sudi share info ngan wealls :)

izman said...

jane,
ikut selera aku mmg sedap la. org lain tak tau la....

izman said...

laila kamilia,
sedap nama kau. trima kasih singgah.

kalau sedap, cubalah. macam duta promosi char kuew teow pulak dah.

izman said...

maksu,
saya pun seronok share info dan makan. blog maksu dan kengkawan pun selalu informatif dan berguna.

izman said...

burungbelatuk,
kalau ko tinggal tak jauh dari situ, may be ko patut cuma. tekak aku sedap la....

ILA said...

Salam Izman,
huiii..sebenarnya aku bukan pminat kuew teow..tapi tiap kali kau crita pasai char kuew teow..semakin ingan tahu lak pulaaa...nmpak sedap ler...ada udang besau2 takkk??

uiii.bukan ke kau kerja cleaner?? tuggu bonus & increment gakk keeee????:p

izman said...

ila,
udang dia boleh tahan besor? utk permulaan pekena char kuew teow, may be ko patut cuba sebelah petronas tmn pendamar indah 1 dulu. itu pun sedap jugak.

sbg cleaner lah aku patut sapu semua yg ada spt bonus dan increment. kuang.3x.

kuchalana said...

weh.. mmg sedap bro.. aku pernah sampai kat situ...

Lama aku xturun kelang... hai.. tempat tumpah darah ku... kekeke

arsaili said...

salam. Waa kue tiaw, my fav nih. Klu tau ajak g sana semalam..ehehe

izman said...

kuchalana,
alhamdulillah, ada gak org sependapatan dgn aku bab2 ckt jln meru. org klang mesti tau punyalah. cayalah!

izman said...

arsaili,
tak pe lain aku ko dtg, kita gi makan kat sana. situ malam je bukak.

thanks sudi jumpa semalam. info dan gambar ptg atau mlm ni update

Nur a.k.a admansyah said...

brp sepinggan tu Bro? kalu kat Kl Rm3.50 plg murah.. Rm5 pun ada!
aku suke tau CKT nie...tapi dgn syarat! NO TAUGEH PLSS...

SALAM AIDIL ADHAN UTK KO & FAMILY!

BALIK KG TAK...?

izman said...

nur aka admansyah,
rm3.50 kot? aku main bayar je.

selamat hari raye haji utk ko sekeluarga jugak.

MOLY said...

tgk melazatkan aje
perot dah laa lapar
x makan lagi nih
tapi bila kedai kat klang
alahai ....
bab klang selalunya saya mmg fail
:D

izman said...

lily.lulu,
walaupun agak mundur, klang/port klang sgt best utk makan.

Anonymous said...

bro,
kalo tak silap aku..ni mcm kat dpn pasar besar klang tu eh?? kat sebelah tmn bunge melor..

izman said...

red orked,
dekat pasar? tak sure pulak aku. maklumlah tak pernah beli kat pasar klang (ye ke??)

www.katobengke.com said...

bagi dong jangan makan sendiri aq juga lapar nih.....
heheh..........
salam knal yah...............

Anonymous said...

Chop!! ttiba terbukak plk blog nih...
dah alang2 aku nk tumpang skaki buleh??hehe...
Ye! red orked...tempat tu mmg dkat ngan psar borong klang.
aku pn dlu rajin gak ke c2...psal aku dok meru je..sdap whoa...!!!
rhege x mahal ar...

biase 3.5O
special 4.00

kalo mkn ngn otak2 dye + milo ais Perhh!!...

Betul2 Ho! Liou! hohoho...

-manja.lara87-

Unknown said...

As salam.. ade 1 char kueh teow kat taman rakyat, klang.. sy dh cuba best.. dia gerai ja bukak payung, pkol 5ptg smpai 9mlm

izman said...

asea zukri :
tmn rakyat andalas tu mmg biasa pergi, nanti nak usha2 char kuey teow dia.
terima kasih kerana singgah dan rekomen tempat makan.

Unknown said...

assalamualaikum...
jalan2 kat google, terjumpa pulak blog ni...

ada kesempatan, meh lajak ke bandar botanic, klang. kawasan pangsapuri palma.
ada satu gerai char koey teow bawah pokok. setentang dengan dobi cleanpro express bandar botanic.
PALMA CHAR KOEY TEOW.
mana tau, kena dengan tekak dan selera...
boleh tengok kat page FB Palma Char Koey Teow