Thursday, December 25, 2008

Bizi kerja Dan Perancangan Cuti Ke Melaka

Hari ni (25/12/08)adalah hari cuti sempena krismas. malam tadi aku dah sms boses dan rakan2 yg menyambutnya dengan ucapan selamat hari natal. itu gara2 dapat email yg menyatakan umat Islam tak boleh wish mereka dengan ucapan merry christmas. betul ke menda tu, atau sekadar email berantai yg nak seronok2. kalau betul, apsal tok2 guru atau alim ulamak kita tak beritau atau aku yg tak mengambil tahu.

seharian kerja semalam (24/12/08) aku betul2 penat. pagi dengan pelbagai kerja rutin, jam 1130am aku ke majlis perbandaran klang (mpk) sorang uruskan renewal lesen 4 kilang utk thn 2009. menggu lepas pegi urus sykt yg lagi satu. balik tu dah tengahari, aku singgah jab beli tapau nasi ayam utk makan bersama family aku sebab nasi belum masak. masa beli nasi ayam kat Aden Seafood kat pendamar indah 2, terkedu jugak masa nak bayar sebab harga nasi dah naik lagi. sebelum ni aku dah rasa marah sebab nasi kosong harga rm1.00, tapi kali ni dah jadi rm1.50. aku siap sound dia bukankah beras dah turun harga. cashier tu diam je. kalau beli nasi ayam ni mcm biasa aku beli 2 set dan satu nasi kosong untuk pika dan luqman. diorang suka makan dengan sup nasi ayam je. lagi satu yg tak bestnya kat situ ialah sup dia terlalu byk ajinomoto. kepala aku lebih ajinomoto mesti rasa berdenyut punya.

balik opis pelbagai kerja perlu diberesin sebab aku akan cuti dari 25/12/08 hingga 29/12/08. then, kemudian keluar lagi urusan dengan maybank psl gaji. pastu dapat sms member baik aku si khairul tu masuk wad di hospital tengku ampuan rahimah klang (htar). nak redah gi sana trus tak sempat sebab dia masuk operation room jam 4pm. minor case je. ptg dlm 630pm, aku dan 2 org kawan yg nak mengikut ke htar utk melawat.



since minor case dan dia boleh makan, beli la sikit makanan/minuman masa melawat dia. kalau tak boleh makan kena la bagi menda lain kan. aku beli la lebih sikit dan boleh la berkelah kat wad tu. seronok betul si botak tu tengok kami datang. dia sebenarnya boleh pergi specialist kalau nak, tapi wife dia kerja htar, tu dia prefer masuk sana. wife dia boleh tengok2 kan free lak tu. sebagai HR aku tak kisahlah. save utk company kan. kalau semua staff mcm ni, sykt mesti seronok dan cepat la aku dapat naik manager mcm di doakan oleh cendawanintim dan ila tu.

syok juga ye pemandangan dari wad tingkat 5 ni waktu petang2 ni. tapi kalau boleh aku tak mau la masuk wad atau sakit.



abis waktu melawat jam 730pm, kami rushing balik sebab belum solat maghrib. balik rumah kemudian kami ke tesco utk beli sedikit barang dapur. lebih sikit la psl adik aku sekeluarga akan datang dan kemudian kami akan ke melaka. belum pasti nak buat bbq atau just nak makan kat restoran pd malamnya. tapi wife dan beli bbq sos dan ayam in case nak buat bbq ayam. selalu sgt tunjuk gambar anak lelaki kesayangan aku, kali ni aku tunjuk anak perempuan kesayangan aku pulak masa kat tesco.



berbalik pd trip ke melaka, tempat tujuan lawatan masih belum confirm secara total. yg pasti berikut adalah antara tempat yg dirancangkan :-

1) tmn mini malaysia & asean (adik aku tak minat)
2) taman rama2
3) zoo melaka (wife aku tak nak pegi)
4) taman ular (aku tak nak pegi)
5) taman buaya
6) kubu a farmosa
7) bangunan merah
8) Gereja st paul (malasnya nak naik bukit)
9) muzium setem (aku dgn luqman je beria2)
10) muzium kesultanan melaka
11) muzium kecantikan/rakyat/kecemerlangan (aku mcm tak minat)
12) pertunjukan light & sound (minat mlm tersebut hanya bahasa mandarin, kami tak faham)
13) pertunjukan alien kat mitc (semua mcm tak minat)
14) muzium samudera (aku tak pernah masuk)
15) muzium pengistiharan kemerdekaan (tak menarik, muzium negara lagi best)
16) makam hang tuah (kalau sempat)
17) jongker street (kalau sempat)

itu semua perancangan je. rancangan sebenar ialah masa kat sana. kekangannya ialah masa dan fizikal. loteh tau mendokong budak2. cam ne nak anak ramai ni...

akulah doakan kami selamat dlm perjalanan pergi balik, dan semoga percutian ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan mendidik anak2 supaya cintakan agama, bangsa dan negara. selamat bercuti, selamat menyambut Awal Muharam dan semoga selamat semuanya.

12 comments:

cendawanintim said...

giler banyak xtiviti yang dirancangkan tu...

nak aku buatkan itenarary tuk ko ker?!

hepi holiday!!

ILA said...

tengok list tmpat kau nak mlawat...'mguap' aku di buatnya..
& feel boringggg..hehekk..
pasai apa..entah ler..apa yg bley aku ckap kena bersedia dari segi mental & fizikal.penat berjalan lorrr..& kena bersedia dgn rengekan anak2 pula..

aikkk..berangan manager yeakk..
aminnnnn...:D

sbagai kawan cuma reti doakan jerr...;)

jane said...

salam izman,

kalo p jonker street ngan muzium samudera tu pun dah lama giler. tu yg aku pegi cuti sekolah yg tgh tahun aritu ler...

depan muzium samudera tu ada satu building jual kraftangan. ada banyak barangan menarik d situ! boleh tawar!

arsaili said...

salam..wahhh bes nyerr...kalau ke melaka sure tak miss makan asam pedas melaka..sedap tul....
Ameennnn moga cepat naik jadi manager...

T@sh Sch@ said...

enjoy your holiday bro!

Nur a.k.a admansyah said...

Anak ko Pika tur ekk? lenkali kena tayang muka wif ko sekali tau! naper..? coz anak dara ni muka mama die!

Bro, jgn kecik ati tau! coz aku kalo bwk my 2nd pun cenggitu! Boy sorang tu takde lgsg muke I or my hubby! depa ingat aku `kutip' anak mat salleh mana daa...

izman said...

cendawanintim,
rancang je, yg pegi berapa tempat tak pasti lagi. yg penting merancang keluarga (apa aku cakap ni?)

hepi oliday tuk ko sekeluaarga jugak.

izman said...

ila,
jgn la menguap dulu. itu tempat aku pun x yakin blh pegi semua. tah2 cuma 2 tempat je pegi. aku cuma nak teman family adik aku sbb aku dh pegi thn lepaih.

angan2 mat jenin Ke? kalau ada rejeki bila2 dpt jugak. akupun muda lagi, msh byk kena belajor sblm jd menejer.

trima kasih atas doa.

izman said...

jane,
muzium samudera tu mmg nak masuk sbb pegi lepas tak masuk. arked jualan tu dah penah pegi. wife siap beli beg kraf dengan bakul kot. belacan dan makanan pun byk kami borong kat situ. mahal gak tapi malas nak cari tempat lain.

izman said...

arsaili,
masalahnya asam pedas aku tak berapa gemor. maklumlah lidah pandai timur, asyik2 cari budu dan tempoyak je.

izman said...

kini,
thanks. harap ko pun enjoy ur holiday gak.

izman said...

nur aka admansyah,
si pika tu ramai org kata muka bulat ikut aku, tapi tah la.

anak ko mcm mat saleh sebab ko byk tengok filem mak saleh kot ms mengandung?